Saturday, February 26, 2011

Hikayat aku dan perutku.Episod 2

Sengalan.Bajet hari tu nak terus sambunag ah.Jap lagi malas bertubi-tubi.Tambah lak opis aku takde tenet,Broadband Digi aku wat sengal najis hapentaah tak boleh nak detect.

Abaikan.sambung je cerita

Sabtu,19/2

Time ni masalah masih sama berlaku,iaitu mencirit-birit.Tapi selera makan dah mula nak ada la.Boleh la jamah-jamah sikit.At least ada la sumber kalori untuk aku makan.
Tapi hari ni best!Sebab ramai orang-orang datang melawat.Antara yang paling havoc adalah mereka berdua ni:


Start dorng datang,sampai balik memang kecoh gila ah.Kalau nak tau,si Oja(yang specky tu),pergi bersajak kuta-kuat.Nasib kau tak bersajak tengah-tengah ward!kalau tak memang aku nyorok muka bawah blanket sampai kuar ward.TQ la kepada semua yang visit aku.You made my day ah..The best part is diorang bawakan buah tangan.Yeah!!!!


Yang bagi coklat tu Jai,roti Uitm tu dari oja.Errr..yang kek tu dari er ehem uhuk ehem uhukkk..hahahahhaha

Terima kasih jugak kepada cousins yang sudi visit.Best ah korang.

Ahad 20/2

Time ni aku dah bertambah sihat.Makan pun dah sikit sikit macam anak jin ahh..diarrhea masih ada lagi,tapi macam dalam 5 jam sekali.Kaler najis pun mula bertukar jadik normal,takde la warna hijau ke,hitam ke lagi.
Mak aku pulak berkeyakinan dah nak pulang ke kampung halaman setelah melihat keadaan aku yang makin sihat.Tapi yang tak bestnya,diorang tukar katil aku ke katil blakang skali.The worst part is,tempat tu dekat dengan wad pesakit laki(aku tak faham struktur hospital Klang),pastu ada lelaki takde *toot* agaknya yang melepak-lepak kat katil depan aku.Pulak tu siap bawak laptop,siap tengok VCD gelak-gelak lagi kat katil depan aku tu.Perghhhh..ini tahap menyirap siot.

Katil baru ni orang lawak-lawak.sebelah aku ada nyonya peramah,rajin bertegur sapa tapi BM dia ko kne dengar 4 5 kali baru kau faham.Nasib baik ada nyonya lagi sorang yang sudi mentranslatekan apa yang beliau cakap.depan nyonya tu lak ada sorang cikgu India sakit SLE.Kesimpulannya,wad ini memang wad 1 malaysia

Isnin 21/2

Hari ni tahap diarrhea aku bertambah sembuh.Malahan najis tidak semata-mata bersifat liquid sahaja,malahan telah bertukar menjadi sedikit solid.
PUlak tu,hari ni doktor cakap sebenarnya aku ni tak denggi pun,cuma ada infeksi sedikit pada usus,di mana perut aku ni bersifat hypersensitive dan kuat touching.Beliau tidak sewenangnya boleh menjamah makanan sebarangan,apatah lagi gerai yang diragui kebersihannya.Denggi tu efek je lebih..Hahahha

Pukul dua lebih sikit aku gerak balik rumah.sob..sob..cam sayu la pulak nak tinggalkan hospital.Tengok kereta aku kat parking dah penuh kena berak burung.Peh..ni nak tunjuk kereta orang cirit birit ah ni.
Malam lak,aku mula membalas dendam,lalu mengajak Payied menuju ke IKEA untuk membaham meatball.Gila tamak mintak sampai sepuluh meatball,jap lagi tekak terima lima je..

Kesimpulan dari cerita aku ini:

1.Kalau perut ko tu jenis sensitif,jangan makan benda-benda pelik,apatah lagi yang berunsur tenusu macam cheese ke.Malam tu actually aku dinner kt hotel uitm.tema western.tu kot perut tak tahan.

2.Amalkan sikap lihat,hidu dan rasa sebelum makan untu mengelakkan termakan makanan yang rosak

3.kalau warded,sila sediakan buku nota kecil untuk mencatat perkara-perkara penting yg selalu ditanya Dr,macam berapa kali kencing hari ni.memudahkan tugas para doktor dan nurse.

4.kalau dah pergi hospital tu,ready-ready je bawak barang keperluan harian sikit-sikit macam berus gigi ke,towel ke.In case ko kena warded takde la berlengas sangat nak tunggu orang bawakkan bendalah tu

Tu je kot pengajaran untuk entri ini.Ceh ko entri sampai 2 episod pengajaran cuma empat kannn..Dasar tak boleh dibuat contoh.Hahahah

Pesanan terakhir,

"sayangi perut anda setiap hari..."







2 comments:

Wan said...

lama tak baca blog ko.
aku pun dah dekat seminggu hidup tanpa internet.
apa pun Alhamdulillah ko dah selamat hik3

Sayer Best said...

Aku pun cam malas nak hapdet blog skarang..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja