Monday, February 07, 2011

Ya,Sayer Memang Best.

Assalamualaikum,

Sila lihat nama blog yang anda baca.Ya.Anda tidak salah.Nama blog ini adalah sayerbest.blogspot.com.
nama sayerbest adalah nama pena yang aku gunakan sejak masuk first year kot.Entah aku sudah lupa.Tapi selain blog ini,aku juga menggunakan nama pena itu di beberapa forum dan juga salah satu email aku.Salah satu?Aku ni ada beberapa email eh sebenarnya.Aku ada 4 email kalau tak silap.Di mana pengguaannya aku asingkan mengikut beberapa kategori:

-Email untuk bermesej-mesejan dengan rakan-rakan.email ini juga aku gunakan untuk mendaftar akaun social networking,senang orang nak carik aku
-Email untuk kegiatan rasmi seperti permohonan kerja,bermesejan dengan supervisor
-Email untuk pendaftaran yang perlukan sekali je login,atau daftar tapi tak interest nak tau lebih lanjut promosi produk
-Email untuk daftar benda yang aku nak updated selalu-Email ni la yang aku guna sayerbest ni

So senang,aku tak akan miss benda-benda urgent semata-mata inbox aku penuh dengan invite dari frontierville aku yang dah lama tak berjenguk tu.

Itu bukan persoalan utama,tapi persoalan utama yang aku nak bebelkan di sini adalah nama pena.Aku pernah ditanya soalan:

Guna nama sayerbest?Best sangat ke?

Haha.aku memang la tak best sangat.Tapi aku anggap  nickname aku ini adalah salah satu motivation untuk aku menjadi best.Jangan tak tau,nama tu kan satu doa.So 40 kali korang dok sebut-sebut aku best,makbul la doa korang aku jadik best.Untuk pengetahuan korang juga,selain meletak nama blog sebagai sayerbest,aku juga sering menyimpan dokumen penting seperti resume,proposal dan sebagainya dengan nama seperti:

-Resume Syazwana Bagus
-Proposal Hebat

Nampak riak bukan?Tapi bukan riak tujuan aku,tetapi untuk memotivasi diri sendiri.kadang-kadang aku teremail resume dengan nama Syazwana bagus juga,tapi buat selamba muka tak tau malu sudahlah.Hahaha

Selain nickname sayerbest aku juga pernah mempunyai nickname seperti berikut:

Ixora

Nickname first.masa sekolah rendah jugak la tak silap aku.Nickname ni aku guna masa nak hantar sajak ke majalah sekolah.Bajet omputeh la letak nama ixora,.Tapi sebenarnya bunga jejarum je.Eh,aku teringat ada la cerita Ezora,ala yang fazura berlakon tu.Peh tahap Fazura dah aku ni.hahaha

Ixora


cyan_inex

NI nickname 1st aku gunakan untuk email aku.Cyan sebab aku nampak macam sophisticated kot kaler ni.Ceh bajet ko wanita hot la.Inex nama group aku masa form two.So high school punya cerita la beb.Group-group pun nak letak nama kannn...Hahhaha

Jentayu

Aku pernah guna nickname ni untuk hantar karya ke majalah sekolah.Tak ingat aku buat sajak ke pantun.Inspirasi nama ni adalah dari album Sheila Majid:Jentayu

Wanaviolet

Gabungan nama aku dan warna kegemaran aku masa matrik.Ceh meningkat usia bertukar pulak warna kegemaran.Sekarang ni aku dah minat warna pink dengan putih.Perlu tak tukar nickname wanapinky-pinky ke,wana white ke?Nampak meloyakan bukan nick name sebegitu?

Itu je kot nickname aku.Lupa la kalau ada lain-lain.Eh,selain nama ni,aku juga kadang-kadang menggunakan nama sendiri sebagai nickname.Tu kalau urusan rasmi je la.Tapi untuk tujuan tidak rasmi ataupun mencarik gaduh di forum-forum atau Mirc masa skolah menengah dulu,mana maen pakai nama mak bapak bagi,pakai nama samaran sudah....Sekurang-kurang kalau kena maki cyan_inex je kena maki,bukan syazwana..kannnn

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja