Thursday, February 03, 2011

Perkara-perkara yang buat aku menghargai zaman kanak-kanak aku

Aku budak lahir akhir 80-an,dan membesar sepenuhnya dalam era 90-an.Ko ingat bukan time kanak-kanak tergila-gila pada kumpulan KRU dan lagu feminin dijadikan lagu tema semasa senaman aerobik.Bila aku tengok kanak-kanak sekarang,ada terbit cemburu,kerana mereka lebih advance technically,dan juga kesian kerana mereka tak menikmati zaman berharga kekanak aku.

1.Rancangan kanak-kanak yang Membina Minda

Ya,sekarang ada rancangan Clever,tapi tak sekemaruk masa zaman kanak-kanak aku,di mana budak-budak sukakan rancangan Along dan Di Mana Joe Jambul.Eh,aku ingat lagi,cik Payied pernah cerita bahawa beliau terpilih menjadi tukang sorak untuk rancangan Di mana Joe Jambul.



Budak zaman-zaman aku menghafal sifir menggunakan lenggok siti sifir,meneroka kajian tempatan dengan menonton rancangan Di mana Joe Jambul,juga tak lupa kartun-kartun yang menarik.Korang ingat lagi tak betapa eagernya kita nak balik sekolah agama cepat,takut tertinggal cerita Power Rangers.

2.Artis adalah orang dewasa

Zaman kanak-kanak aku,tak ramai artis kanak-kanak.Ada takde pun yang glemer adalah Ngasriah Ngasri,yang bila besarnya glemer dengan nama Anne yang dah beranak tiga tu.Comel gler beliau dalam cerita Cili Padi jadik Lily,korang ingat tak rancangan tu?

Pelakon cili Padi

Sekarang aku tengok,budak kecik-kecik dah cas gila glemer.TV yang sini buat Idola Kecil,TV yang sana  buat Kamilah BIntang.Kecik-kecik dah diajar macam tu.dah besar nak jadik apa?Fasha sandha?

3.Program Susu Sekolah

Korang ingat tak dulu-dulu time skolah rendah ada cikgu bagikan air kotak untuk kita.Peh,best tak ingat.Free okeh.Kalau nasib baik lagi dapat RMT(rancangan Makanan Tambahan).aku dulu tak dapat skim ni,tapi aku rajin je pow makanan budak-budak RMT.TU yang dah besar buncit.Eh,ada kaitan ke?

4.Kehidupan yang aktif

Masa kecik-kecik aku membesar dengan cerdas dan aktif.waktu petang aku dimanfaatkan dengan bermain basikal round taman bersama rakan-rakan.Kalau waktu rehat masa sekolah pagi aku akan main cop tiang.Korang pernah main tak?
Kalau petang-petang main rounders,main nyorok-nyorok.Campur laki pompuan lagi ko tahu?

Hidup masa zaman aku juga tidak lagi dibebankan dengan kelas tuisyen..Pergi tuisyen pun masa darjah enam,itu pun anjuran guru-guru sekolah.Zaman tu Pusat tuisyen tak tumbuh lagi macam cendawan lepas hujan.Oleh sebab banyak masa terluang,waktu petang aku akan dihabiskan dengan bermain.Manakala malam pula untuk membuat homework di bawah pemantauan abah aku.Ko jangan,kalau bapak aku nampak perkataan 'siapkan' pakai pen merah oleh cikgu,harus time tu jugak kena cubit.hahahaha

6.Indoor Games

Indoor games aku bukan macam budak-budak sekarang yang main PS2,PSP,atau farmville.Indoor games dahulu bermaksud sama ada:

-Main ceper(Penutup botol yang dijentik-jentik)


-Main lawan Pemadam


-Card Games-Bukan Poker,tapi apatah nme tu kne carik yang sama tu


-Dress up games:Ni budak pompuan punya game.Kena beli yang kt kedai,kertas keras yang ada gambar karakter dan baju-baju,lepas tu korang dress up kan la karakter tu dengan baju yang disediakan.Nak lagi advance boleh tukar-tukar dengan kawan.

Oh ya,aku ada indoor game khas aku sendiri iaitu main mekap-mekap.Selalu aku main sorang sebab takde adik beradik pmpuan.Method permainan adalah merembat sebanyak mana alat mekap mak@ mak cik lantas menggunakan ke atas diri sendiri,lalu berpoyo-poyo depan cermin bajet ko cun sangat lah.lepas tu dengar bunyi kereta mak aku balik,cepat-cepat padamkan mekap.

Zaman kanak-kanak aku memang menarik.Nasib la aku tak lahir bukak-bukak mata nampak Facebook,kalau tak mesti Frontierville aku dah level tinggi sekarang.Hahahahaha

7 comments:

atie said...

very cool!!! wana sama lak pengalaman zaman kanak2 kita... haha terkenang...

Sayer Best said...

atie:Best kan zaman budak-budak dulu

「dieyb」 said...

same jugak!!!
kan.kan.kan..kesian bdk2 zaman skang.

Sayer Best said...

tau xpe.Mereka patut kenal Cikgu Ja'far untuk pengalaman zaman kanak-kanak yang brharga

atie said...

wana..
wana membuatkan aku nak tulis blog balik... macam best jer menulis cam blog nie...

Sayer Best said...

ati..hehe..cepat tulis semula

atikNAOshi said...

woww..betol2 ingtkn sy zmn kecik2 dl..hehe!bdk2 skg sgt rugi kn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja