Tuesday, March 08, 2011

Wedding desperado syndrome

1st question:

How old is to be called as anak dara tua

and

How young is too young to get married

Okeh.Telah pulih dari kecelaruan emosi.dan mula mahu berfikir secara waras.Hasilnya dapat menghasilakn pemikiran positif dan mahu ditulis dalam blog.Peh cakap macam selama ni kau tak pernah tulis negatif pulak kan.

Kalau korang perasan,pressure untuk kahwin ini banyak ditimbunkan ke atas perempuan.Ya,lelaki ada jugak istilah bujang terlajak,tapi wanita lebih-lebih pula digembar-gemburkan.Itu yang wujud istilah Andartu(anak dara tua) dan Andalusia(anak dara lewat usia).

begitu juga lewat Facebook dan blog.Ada korang nampak blogger lelaki buat blog khas untuk kahwin,siap perancangan bagai.Ada takde pun kalau lelaki buat blog kawen just nak letak kad kahwin dia je kot.Kalau yang perempuan...haaaa..hamek ko.Dari pilih cincin tunang,dari pilih catering,semua nak letak kat blog baiiiii.kalau dah ada blog sendiri,siap buat blog khas lagi semata-mata untuk kawen..

Ada beberapa faktor yang aku dapati menyebabkan bendalah ni(should I called it
Wedding-desperado syndrome?) yang sering dialami wanita.Aku la salah sorang kena sindrom tu semenjak dua menjak ni,nasib baik dah pulih:

1.Peer Pressure

Pompuan ni dilahirkan dengan sikap suka compar-mengcompare sebenarnya.Aku tak tau pompuan lain.Tapi dalam lingkungan circle of friends aku benda tu ada.I say "compare" not "jealous".Aku rasa lelaki kurang sikit kot buat comparison.Lelaki suka buat comparison pasal pasukan bola kegemaran,atau kereta kesukaan.Itu sahaja.
Tapi pompuan lain.Kawan kau dah tunang,junior ko yang dulu sememeh dah ada anak sorang,lelaki tak hot yang ko pernah dump tayang gambar bersanding atas pelamin,ex-boyfriend ko tengah sengeh-sengeh gambar peluk baby.Tak cukupkah bukti yang menuding ke arah "ko pompuan tak laku a.k.a loser".Kena ingat,women mostly rasa insecure dan rasa insecure tu yang akan develop low-self esteem bila ko yang dulu bajet hot berjuta peminat still takde orang pinang.Tertekan kot.
Lelaki mungkin ada pressure jugak.Tapi aku tak rasa ia peer pressure.Lelaki kalau ada pun mostly parental pressure

2.Insecurity

Lanjutan point pertama

Kuat mana pun pompuan,tegar mana dan tabah mana beliau,memang perlukan sorang lelaki untuk jadi pelindung.Bukan nak kata pompuan lemah,tak.Pelindung ni bukan le macam bodyguard ko nak heret sana sini,tapi pelindung ni maksud pelindung maruah,and someone yang ko nak rely terutama time ko PMS dan susah buat keputusan.jauh mana pun sorang pompuan tu boleh drive sorang,tak kira ke Temerloh pun sampai,Kuantan pun boleh,Kuala Kubu Bharu apatah lagi,mesti berharap akan ada someone untuk sit kat driver seat and do all the driving for her,sincerely.

3.Kepercayaan yang ditanam oleh orang tua

Dulu-dulu time ko kanak-kanak tapi dah gatal nak bercinta,mak ko mesti nasihat,"Belajar tinggi-tinggi dulu,kerja bagus-bagus,beli kereta siap-siap,baru fikir pasal kahwin"

dah ko ada semua benda tu.Mestilah automatik otak ko terfikir pasal kahwin.Bukankah begitu?

4.Dah lama sangat bercinta

Should I explain more?malas nak cakap.Kot yang ada sound,"bercinta selepas nikah lebih baik",bukak forum I luv Islam.Silap tempat baii ko bukak blog aku.Aku nak cerita benda yang dah "terjadi" iaitu "dah terbercinta" lama gila.Ingat senang-senang nak suruh cakap pasal clash dan tunggu jodoh depan tangga rumah.Susah kot nak cakap pasal benda ni.Anyway,aku bukan syadid punya type k.

5."So called" advice from "so-called" orang alim yang bernikah awal

Aku ulang sekali lagi.Aku tak anti orang kahwin awal.Tapi aku menyampah dengan orang yang suka benar nak menyalahkan orang-orang yang tak bernasib baik macam korang ni.memang la impian semua orang nak kahwin awal,cuma masa,kemampuan dan keupayaan tu belum ada lagi.Kadang-kadang situasi pun ya jugak.KO kat seremban,laki ko kat New York belajar 6 tahun lagi baru abis,what for kahwin?Jumpa 3 tahun sekali.Sesetengah orang maybe boleh,tapi aku kompem tak boleh.

Korang yang dah ditakdirkan kawen awal tu patut bersyukur,dan doakan kami yang tak kawen lagi.Bukan menghukum dan menjeleskan kami dengan kebahagiaan korang tu,

******************************************************************************

Setelah aku analisis faktor-faktor tu,last-last aku buat konklusi,what for aku desperado sangat.aku bukan anti kahwin awal,aku cuma cakap on behalf orang yang rasa mereka dah tua tapi tak kahwin-kahwin lagi,macam aku ni lah.Aku rasa pemikiran di atas tu lah yang disrupt emosi aku dua tiga hari ni(sila rujuk entri sebelum ni),tapi sekarang aku dah rasa chillax sikit.

Akan datang masa,yang macam dah ditetapkan kat Luh Mahfuz sana,akan adalah pernikahan tu.Tak cepat,lambat la sikit.Macam mak cik aku,umur 53 tahun baru bertemu jodoh,sekali ko apa dia dapat?
-suami yang penyayang dan membimbing ke arah kebaikan
-anak-anak tiri yang sayang dan respect dia macam emak sendiri
-Peluang berjalan dan melancong yang dia tak pernah dapat masa bujang
-dan kebahagiaan yang baru dikecapi setelah berapa lama berkorban untuk orang-orang lain

Allah knows best,dia tahu kot mana kita ni dah ready ke belum.Ada duit simpanan tak bermakna ko dah pandai masak.dah pandai masak,tak bermakna dah pandai kawal emosi.Dah kenal 10 tahun,tak bermakna ko betul-betul kenal hati budi.

So,cheers~Anak dara tua berumur 23 tahun

7 comments:

Najihah Kaspin said...

terbercinta????...erkkk....hahaha

so...i'm the pressure jugak la kan.......heee

chill babe...i'll pray the best for u okeh...

len kali nak nanges lagi aku ade je nak peluk ko...hua3...

peace...(^_^)v

Sayer Best said...

wahahaha...
takpe..aku faham pressure ko jugak.aku rasa selagi jadik pompuan,selagi tu la rasa pressure.

Ada pakwe,orang tanya bila nak tunang
dah bertunang,orang tanya bila nak kawen
dah kawen,bila nak ada anak
dah ada anak,tanya bila anak ko dah pandai apa

ko nak peluk aku???/Pehhh..tunang orang ni..hahahaha

Ruwaida Ridzwan said...

ayook...23 tahun anak dara tua ke?

24 tahun anak dara ape plak?=D

Sayer Best said...

ida:do u read sarcasm?hahaha

attie said...

wana..

rasa jeles gak dgn member2 yg dah kawen tp takpe la rezeki masing2...

tp org kata muda lagi umur 24 nie utk kahwin... family pun tak pressure...
kdg2 org yg dah kawen tue pun jeles gak dgn kita yg bujang nie... ideal marriage vs real marriage... sebelum kahwin berangan segala bagai.. nmpk yg indah2 je... lepas kahwin br rasa susah senang hidup dgn makhluk bernama lelaki..

apapun, akhirnya kembali la kita kepada Allah.. percaya segalanya telah ditetapkan.. usaha tetap kena ada...

moga bahagia menjadi si bujang sekarang..

mas said...

like the last paragraph..people wont stop questioning as if so interested about our life..bluerk~

Allah knows best.

Sayer Best said...

ati:tu la,kita jeles dgn dorang,entah2 dorang pun jeles kat kita pada ada kehidupan yang tak terikat dgn komitmen.

Mas:Yup,human never satisfied.the questions keep running.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja