Aku masa kecik-kecik rajin baca cerita dongeng kanak-kanak,kebanyakan cerita mencari cinta,macam Jasmine dengan Aladin,Snow White dengan Aladdin,dan Cinderella dengan putera hape tah nama dia.
Semuanya konsep sama sahaja,hidup dalam derita,dan setelah segala rintangan diharungi,maka kita bolehlah bersuka ria beromen sepanjang masa.Happily ever after.
Dah masuk sekolah rendah pun sama.Belajar pandai-pandai,masuk asrama penuh,pastu pegi oversea,balik jadik doktor.Aku rasa kebanyakan budak sekolah rendah,cita-cita mesti nak jadik doktor.Tak caya cek balik kad 001 masing-masing.Aku tak.Dulu pilihan pertama aku nak jadi ustazah,kedua nak jadik model,dan ketiga nak jadik akauntan.macam sesenang itu dunia.kalau dapat 5A tu macam dah terjamin dah masa depan.
Makin meningkat usia begitu jugalah pemikiran yang ditanam.Kau hanya perlu belajar rajin-rajin,sampai dapat ijazah,then kau akan terus dapat kerja bagus.Apatah lagi senior-senior ko membuat lawatan mengejut tayang-tayang tudung belit-belit di depan ko yang naif bertudung labuh,seraya menggambarkan betapa hebatnya dan bestnya kehidupan mereka di universiti.
Begitu juga dengan mereka yang masa belajar,rasa bekerja dan pegang duit sendiri tu macam dah hebat gila ah.Boleh shopping sesuka hati.dan juga ada yang nak menyambung master dan phd,macamkan master ko tahap sesenang degree.
Untuk masalah kahwin pun sama,orang belum kahwin envy dengan kehidupan orang dah berkahwin,seolah-olah kehidupan selepas kahwin adalah perfect.Balik rumah,masak untuk laki sambil memakai hot pants,lantas laki korang peluk dari belakang(ehhhh..jangan fantasi lebih-lebih) diiringi anak-anak comel yang dengar cakap.
KALAU SEMUDAH ITU KAN KEHIDUPAN?????
Aku rasa dari kecik lagi kita sering dimomokkan dengan pernyataan betapa senangnya hidup ini,mudahnya kau nak achieve sesuatu.Tak caya belek karangan adik ko nak UPSR.Nesti ada terselitlah karangan "ali seorang budak yang miskin.lantas beliau belajar- bersungguh-sunggu ditemani cahaya pelita.akhirnya beliau berjaya masuk ke universiti dan bekerja dengan gaji besar"
So 80's punya cerita,even 90's pun dah tak layak sebab masa krisis ekonomi 1998,dah mula dah susah nak carik keja.Apatah lagi masuk alaf baru ni.Banyak je kerani yang ada degree.berapa ramai lepasan diploma yang jual air tepi jalan.
Aku tidak lah menekankan kita perlu bersifat paranoid,insecure,sampai ko rasa
-Tak payah belajar,nanti grad belum kompem dapat keja
-Tak payah kahwin,belum tentu bahagia
-Tak payah kerja,nanti kena buli boss,kena tengking-tengking macam dalam drama swasta-kalau boss hot macam Yusry KRU takpe
Aku rasa kadang-kadang rakyat Malaysia ni terlamau dibuai mimpi-mimpi indah.dah terhantuk baru terngadah.Macam dulu yakin gila ah tsunami takkan melanda kat malaysia.Abes yang kt utara tu ape cter?Macam sekarang aku annoyed gila dengan komen-komen orang takde hati perut time bencana kat Jepun.Ada ke patut cakap,"Nasib baik Malaysia tak kena gempa bumi".Ko kompem ke?????Dengan takde persiapan apa-apa untuk bencana,aku rasa kalau setakat gegaran 3.0 tu dah menyembah bumi dah bangunan kat Malaysia ni.
Kadang-kadang kita patut menyuntik sedikit realiti pahit ini.kalau tak pada orang,pada diri sendiri.Kira macam preventive action la,ada plan A,ada plan B.contoh:Kalau ko jenis beringat bahawa susah dapat keja pas kuar universiti,ko takkan membazirkan duit PTPTN atau JPA kau sewenang-wenangnya.Duit tu kau boleh modalkan untuk business kecik-kecik ke.Jadiklah dari mengangkang kat rumah layan Astro First saja.
Menyuntik realiti alam perkahwinan juga complicated yang teramat sangat.Sebelum kawen ko kompem terbayangkan hidup yang indah-indah saja.bercengkarama tanpa batasan,dah Halal la katakan.Tapi pernah ko fikir susu dan lampin?Pernah ko fikir duit makan bini dan anak-anak?Aku rasa kalau ko dah fikir abes semua tu,ko,bakal bini ko,keluarga bini ko,tak bother nak buat pinjaman bank semata-mata nak buat wedding grand giloss,dan berhutang sampai anak dah masuk sekolah menengah.Pernah fikir konflik suami isteri?entah,aku tak boleh cakap banyak sebab aku tak kawen lagi.
Kadang-kadang kita sengaja menyuntik elemen menyedapkan hati untuk justified bahawa benda tu akan menjadi indah.Contoh,ko dah dapat boyfriend penagih dadah,suka tak suka,atas dasar cinta,ko sedapkan hati ko bahawa si dia akan berubah lepas kahwin.Ko fikir ia berkesan?Mungkin,tapi bukan untuk semua orang.
sekadar menyedarkan diri sendiri,di sebalik karpet yang cantik,gebu mewah,sekali ko vacuum,habuk tu dah tebal setahap debu Tayamum.Jangan memandang indahnya luaran,ingat sekali realiti keindahan tersebut,sekurang-kurangnya apa-apa yang terjadi,kita sudah bersedia.
Perhatian:Aku suruh bayangkan karpet tau,bukan Pakistan jual karpet
kalau pakistan jual karpet berwajah begini,alangkah indahnya donia..... |
9 comments:
haha.best giler ah wana! ak share kt fb :)
wana dah kembali!best2..hehehe...betul2...kadang2 ramai yang pikir manis je...pahit langsung tolak tepi....
aku suka! ;) the truth does not always sweet la katakan...
ida,sa'dah,bari':Thanks 4 reading =)
mabeless bebeh!
btol tu,sesetengah tu rasa mcm Malaysia ni syurga dunia bagi dorang.
asyik nak blame org sana sini.
aku pernah jumpa satu kenyataan kt blog"tu la blajar mesir lagi kan dah susah,Malaysia ni aman damai tak nak belajar"pasal revolusi mesir baru2 ni.
Habis tu Jepun kena Tsunami baru2 ni tak nak cakap pulak,"belajar jepun lg,Malaysia ni tak da gempa bumi tak blajar"
dia tak tau kot,Malaysia ni mencatat statistik kemalangan maut tertinggi di dunia.
Kalau Allah nak bagi tak da yang mustahil..
eh tak pe ke aku bebel panjang2 ni wana??yahahaha
bb:mekacih
wan:Tu la,macam kan Malaysia ni selamat sejahtera bagai.Dengan mat rempitnya,perogol bersirinya.Takde la selamat mana,walaupun dalam satu survey kt mana tah bagitau Malaysia negara ke 22 paling selamat di dunia
wah ke 22 kira hebat gak la hahaha tu maybe dari segi kehidupan dan masyarakat kot
tapi kalau baca kosmo arini, pakar geologi cakap pasal titik gempa smakin hampir dengan Malaysia sebab kerap berlaku gempa sejak kebelakangan ni.jadi titik gempa tu berganjak.
wan:Yup,setau aku memang camtu,sebab kerak bumi dah bergerak.
hai..dah nak akhir zaman rupanya
Post a Comment