Wednesday, April 06, 2011

teman sebilik tak sekatil

Aku dalam proses carik rumah sewa baru ni.Haih la jabatan aku ni rajin bebenor nak hantar aku sana sini,last-last tercampak balik dekat-dekat port lepak aku sebelum ni.

Ni kira pengalaman aku yang ketiga la duk rumah sewa.Masa kat u aku budak skema rakyat,so stay hostel la sampai final year.Masa lepak UPM,aku duduk sebulan la kat hostel,tapi atas ketidaksesuaian aku dengan roomate,maka aku pun mengambil keputusan untuk stay outside,dan bermulalah kehidupan aku sebagai penyewa tegar.Ni fasa melepak rumah Payied,kira kedua la,then sedang mencari rumah ketiga.

So far,aku takdelah pengalaman kurang menarik sepanjang menyewa rumah ni.Takdelah jumpa roomate kaki bawak jantan balik ke,kaki clubbing balik pukul tiga pagi sambil muntah-muntah bau arak ke.Alhamdulillah,setakat ni roomates dan housemates aku ok je.Sebut pasal roomates,aku nak mengimbau sejarah-sejarah roomates aku sejak aku duduk kat u sampai dah keja

1.Roomate wara' masa first year

Walaupun perangai aku adalah tidak semengah,tapi masa masuk USIM Allah memberi hidayah kepada aku melalui perantaraan roomate.Masa mula-mula masuk bilik tu,aku tak sangka bahawa beliau akan satu course dengan aku,mana tak,dengan tudung labuhnya,penampilan sopannya.Last-last satu kelas kan.
Masa mula-mula tu aku siyes segan dengan beliau,tapi lama-lama aku boleh je ikut cara beliau.Inilah orang yang boleh tegur aku,ajak aku ke arah kebaikan dengan cara berhemah.Tak macam certain goup yang "holier than thou" mementang ko pakai tudung besar,semua orang tudung pendek ko pandang sebelah mata.

2.Roomate low profile

NI roomate aku paling lama.Dari second sampai final year.Mula-mula kenal aku ingat budak ni senyap gila babas,pastu nerd.Ada berbaur seram jugak la nak duduk sebilik.ala,tapi last-last sama je!!!Hahaha..cuma beliau ni jenis tak becok macam aku,tapi seorang pendengar yang baik,dan suka ketawa walaupun aku buat lawak bodoh splastik tahap Mazlan Senario(serius,aku tak pernah rasa Lan pet-pet itu lawak)

Beliau ni pun sebenarnya anak kepada seorang yang berpangkat besar dalam jabatan kerajaan,tapi tak pernah menunjuk-nunjuk.Serius low profile.Tapi aku tengah geram ni dengan ko Faam!Hilang tanpa contact nih!Aku jumpa,siap la ko(Takut la tu..takut la tu)

3.Roomate UPM

Ni aku lepak sekejap je.Malas nak cakap banyak,mungkin antara kita tiada keserasian,jodoh tak panjang kata orang-orang tua

4.Roomate Taman Sri Serdang

Beliau sebenarnya tua 4 tahun dari aku,tapi tidak membahasakan diri kakak.Takpe,sebab beliau nampak muda dari usia sebenar.Walaupun begitu,beliau tetap treat aku macam adik-adik.Sangat concern.
Satu lagi yang menarik adalah beliau seorang yang stylo,juga penjual tudung.Jadi aku sangat la updated dengan perkembangan fesyen bertudung ketika itu.Nasib baik dah pindah,kalau tak mesti aku akan bertukar menjadi Hana Tajima sekarang ini

5.Roomates sekarang

Taknak tulis dulu.Tunggu dah kuar nanti..Kalau tak takut jugak aku malam ni Payied humban aku ke bawah.Hahahahhaha.Satu je ayat.You guys rock!!!!!okeh,tambah satu lagi word,MAKAN!!!!!!

Oh ya,ciri-ciri rumah yang aku carik untuk penempatan nomad aku yang terbaru ini:


  • Dekat dengan Hentian Kajang
  • Kalau boleh nak yang fully furnished,koman-koman ada mesin basuh dengan fridge ah
  • Sewa bawah RM 350
  • Senang nak parking kereta
  • Kalau boleh nak sebilik sorang
  • Housmates bukan seorang yang terlalu SOCIALISTA
Tu je kot.Aku ni bukan cerewet sangat pun.Bak kata peribahasa kitab Kamasutra,"Make it simple and sweet"eh,Wadehal pulak keluar kitab kamasutra.By the way,aku tak tau pun isi kitab tu,banyak ternampak kat iklan-iklan kat forum dengan web online Berita HArian je(berlagak innoncence)

5 comments:

Nuruljannah BadrulHisham said...

ko nk yg dekat dgn hentian kajang kenape? keje naik train ke?
cuba cari dekat2 dengan master's skill cheras.. actually dia dh dekat sgt ngan kajang.. tp rate kat situ murah lagi..

Sayer Best said...

tak ak.tempat keja dekat2 dengan hentian kajang.actually,takde ah dekat kajang town pun,more to Bangi,even nama dia plaza Hentian Kajang,tapi terletak di Jalan reko,hala ke UKM

Najihah Kaspin said...

cerita la kalau nak rasa kena pos g rumah auntie bawah...muahahaha....

errr...kamasutra??...uhuk3....hahahahaha

ciketon fazya said...

saya ada kawan yang mencari penyewa di apartment area hentian kajang..

rumah 3 bilik.. ada mesin basuh..hehe... ada kekosongan 1 bilik skang.. diorg nak cari sorg je roomate..

klu interested leh email nutaizaf@gmail.com ye

Sayer Best said...

payied:Tidak!!!Jangan campak aku kat rumah anney....

fazya:Ok kak!Tq...jap lagi saya email..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja