Friday, May 06, 2011

Berabuk beb berabuk

Assalamualaikum,
Lama kot aku tinggalkan blog ni,tanpa menulis apa-apa.Nak menulis,tapi idea selalu datang di tempat tak logik seperti di tandas,semasa menggoreng nuget,semasa sedang Window Shopping di Bonia tanpa membeli kerana mahal (by the way,taraf ketidakmaluan aku dalam window shopping makin meningkat.Dulu sekadar berani masuk Guess,Elle,Sembonia,sekarang dah berjinak-jinak masuk Bonia,Yves Saint Laurent,M.A.C.Wahahaha..tapi takat tengok-tengok,bjet-bajet test depan cermin,kerut-kerut muka konon-konon design tak taste.ceh padahal kau takde duit kan).Oh ya,dan juga ketika meeting.Wahaha gila tak senonoh kan.
Aku kat sini,Alhamdulillah ok ok saja.Yes,tapi masih berhati-hati.Aku letak diri dalam status berhati-hati sebab kita akan sentiasa alert dengan tindak tanduk kita.NI pun aku hapdet blog,aku kunci pintu bilik siap-siap.Pastu PC dipastikan orang kat luar tak nampak.Wahahaaha .Alert la sangat.haih.Berhati-hati tu maksudnya aku triple check keja aku,pastikan takde salah silap,cacat cela,sebab aku tau even kesilapan kecik pun boleh jatuhkan imej aku bila-bila masa.Nasib la boss bahagian aku ni OK,guide aku sikit-sikit,fuhhh.Staff-staff unit bawah unit aku ni pun setakat ni Ok je,tapi just to be prepare,aku kawal segala tindak tanduk,takde ketawa syaiton,ayat gila-gila macam dalam blog ni.Bunyi hipokrit kah?Tak,aku just suaikan diri dengan keadaan,dengan umur yang muda,aku tidak boleh nampak terlalu naive,childish,kalau tak kena pijak kepala.
Busy pun ya.Apa ko ingat orang kerajaan a.k.a orang gomen balik tepat-tepat kul lima ke?Minggu ni semalam je aku balik kul 6.15 petang.hari lain sempat Maghrib kat opis.Tapi malangnya aku tak boleh claim.huuu.sambil mengesat air mata.Takpe,aku ok.At least takde lah aku dok rumah berangankan ex pakwe aku,Putera William tu.Sampai hati dia kawen dengan orang lain!
RUmah sewa pun ok.Duduk pun dengan budak opis.Senang,ape2 hal boleh deal dengan dorang je.Kalau malas drive,boleh tumpang gi opis.Opis dengan rumah pun dekat je.Tak sampai 5 minit drive,jalan kaki ada la dalam 10-15 minit,Sewa murah pun murah,tapi bilik kecik je.Tak kisah la,janji balik aku ada tempat nak baring,dan barang-barang aku ada tempat nak letak.Aku ni bukan jenis cerewet gila-gila.Nak rumah lengkap ada pouch bagai.
In a nutshell,aku masih bertatih,babystep lagi.Doakan aku tabah,kuat,sabar,kreatif,progresif,patriotik,beriman dan bertakwa.Kalau ada masa,malam ni atau esok aku hapdet lagi.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja