Monday, June 27, 2011

Dilema Untuk Memakan

You are what you eat-Gillian McKeith

Korang pernah baca?Aku belum lagi.Belikan boleh?

Akhir-akhir ini masalah makanan memang ada sedikit menggusarkan jiwa la.Sejak bekerja, kecerewetan aku untuk memilih makanan adalah semakin bertambah.Dulu setakat mamak je aku tak sentuh,sekarang kalau pekerja2 Indonesia pun aku cuma berani order air suam je dari dorang.

Aku tak tau la suratan atau kebetulan,tapi mungkin aku ni insan terpilih untuk menjumpai ke-slack-an tempat makan(even sebelum kerja dengan kerja aku yang sekarang la).Sejak dulu kot.antara fault yang pernah aku jumpa (dan menyebabkan mentally trauma adalah):

1. Insiden berlaku di sebuah kedai mamak.Masa muda-mudi dulu la.Buat aku trauma dengan restoran mamak sehingga kini.Ada satu hari tu aku nak makan la kat satu restoran mamak yg dekat-dekat bustand Batu Pahat,jap lagi rasa nak terkucil je.So,aku berniat la nak tumpang menunaikan hajat kecil kt tandas restoran mamak tu.Sekali ko!!!!!Dah la tandas berbau sangat "harum",itu dah merencatkan niat aku dah.Sekali tu,bekas sayur-sayuran rilexxxxx je dia letak tepi pintu tandas,kat atas lantai.Direct contact kkkkkk.

2.NI masa aku study kat USIM.Ada la satu warung depan hostel aku yang amat femes sebab makanan murah dan banyak.satu hari tu aku makan la dengan lahapnya kat situ,jap lagi tergigit cam benda keras.Ko nak tau apa?Ubat stapler weiiiiii.INI PHYSICAL HAZARD NAMANYA.Nasib aku makan baca Bismillah,Allah melindungi aku,alhamdulillah.

3. Aku pernah jugak mati selera masa nak order makanan kat satu kedai kat Desa Jati,Nilai.Ko tau sebab apa?Sebab tukang amek order tu muncul dengan rambut menggerbang dan bau badan yang wangi sikit la dari kambing.Cepat-cepat aku cabut lari.Mati selera aku

Banyak lagi la kisah-kisah sadis yang pernah terjadi kepada aku.Dah la selalu jadi mangsa Food Poisoning,selalu juga terjumpa benda pelik-pelik kat kedai makan.Jadi untuk melindungi perut,jangan salahkan aku kalau aku memilih untuk makan Fast Food,kedai-kedai established franchise dan kedai yang dilabelkan mahal,sebab pada firasat aku,kedai-kedai begitu agak menjaga kualiti.Selalu nak confirm aku akan pastikan perkara berikut:

1. Tukang amek order dan hantar berada dalam keadaan yang senonoh.kalau nampak tukang masak juga,lagi bagus.Kalau boleh pakai la penutup kepala dan apron kan.

2.Kadang-kadang aku masuk tandas.Eh,ni bukan buat-buat.Dah rasa nak terkucil kan.Nak ke tandas tu lalu dapur kan,boleh la usha-usha sikit

3.Pastikan tempat makan jauh dari kandang-kandang lembu,babi,kambing dan lain-lain.Juga tidak berhampiran dengan tempat pembuangan sampah-sarap

Errr..lagi bagus kalau masak sendiri kan.Terjamin la sikit kebersihannya berbanding makan dekat kedai.Ala,kalau sakit perut pun,makan hasil tangan sendiri jugak.Tak terkilan kalau sakit-sakit perut(Ehhh..macam terasa pulak dengan kenyataan sendiri)

Friday, June 24, 2011

Kadang-kadang ada rasa nak buat,tapi...

Kadang-kadang ada rasa nak pakai Cutex time period
Tapi takut mati pulak time tu,susah nanti orang nak mandikan mayat aku

Kadang-kadang ada rasa nak pakai contact lense color
Tapi bimbang pulak nampak macam minah orang putih wannabe,tapi hidung penyek pula
(Jangan bagi suggestion suruh pakai kaler Hazel,mata aku memang kaler natural hazel,no point using contact lens kaler itu)

kadang-kadang ada rasa nak kaler rambut juga,highlight sikit2 dah le,wuduk wajib kena 3 helai rambut je
Tapi nak mandi wajib pulak macamana

kadang-kadang ada rasa nak kawen juga
Tapi cik abang jauh di sana

Kadang-kadang malas nak pergi kerja
Tapi takkanlah nak makan gaji buta

Kadang-kadang ada rasa nak joging 3 kali seminggu,takpun gi gym
tapi masa mencemburui pula(serius..minggu ni aku takde balik pukul 5.30 p.m,semalam pun sampai ngam-ngam cerita Annissa start)

Kadang-kadang ada rasa nak tutup blog juga
Tapi nanti aku nak meroyan kat mana??????

Wednesday, June 22, 2011

Quarter life Crisis

Sebelum ni aku ada pernah menulis mengenai Quarter Life Crisis.Tapi sangat ringkas kot aku menulis mengenainya,tak ingat selit-selit entri mana.Dah,tak payah susah-susah carik.Bukan setakat mid-life crisis aje okeh,ini sekarang krisis anak-anak muda,tambahan pula anak-anak muda baru bekerja.Ya la kan,sebelum ni sasaran kehidupan aku adalah berteraskan peperiksaan,ataupun exam oriented,tapi sekarang teknik membaca laju dan pantas mengingat serta mengira(Alhamdulillah,kelebihan aku kat situ) semata-mata yang banyak membantu aku semasa study,tidak cukup untuk membantu dalam dunia pekerjaan.Ya,aku memerlukan dan sedang belajar pelbagai ilmu dan pengetahuan yg bukan berteraskan exam semata-mata.Jangan lupa,PTK dah dimansuhkan ye.

Antara q-life crisis yang aku pernah baca dan jumpa di website wiki:


Alhamdulillah,ini aku tak rasa lagi.sayang nyawa kot
  • insecurity concerning ability to love oneself, let alone another person
Betul,kadang-kadang diri sendiri tidak terurus.Tidur tak cuci mata,pappp..tumbuh jerawat bermaharajalela di dahi jendulku ini.Masa untuk orang-orang tersayang pun banyak terpaksa di korbankan.
Untuk romantic relationship,ia agak betul.Aku macam banyak je abaikan 'orang itu' sejak akhir-akhir ini.Sexual frustation itu no komen sebab aku tak kawen lagi
  • disappointment with one's job
Aku bersyukur je dengan kerja aku.Mula-mula macam suck la sikit,tapi sekarang aku rasa macam dah bertambah OK la,walaupun still suck jugak kadang-kadang.Banyak benda yang luar silibus aku dah belajar.Colleagues pun ok je,bolehlah dibawak berbincang dan berkawan,serta berkongsi masalah-masalah peribadi.Kadang-kadang tengok wall kawan-kawan kerja swasta macam hot,vogue dan grand masing-masing,kawan dengan Jepun la,omputeh la,sedangkan aku berjalan bersama-sama Mamat Kelate,Minah Jowo,paling-paling international pun Mak cik clasner Indon.Tapi tu lah,jangan dilayan sangat perasaan jeles tu.Tumpukan aje pada kerja yang ada,dan perform.
Kih kih.Ini MEMANG TRUELY epic la weh punya statement.
  • tendency to hold stronger opinions
Erm.kadang-kadang pendapat dan pandangan aku agak goyah sikit.Lagi-lagi kena gertak dengan staff senior.Wehhh..mana pergi English debater SMAKJ johan debat negeri johor ni?????
  • boredom with social interactions
Tidak.Saya suka bersosial.Tapi ni bukan sosial gi clubbing gi pub tu.NI macam hubungan dengan kawan-kawan,orang pejabat,dan tak ktinggalan dengan akak tokey nasi ekrabu yang sedap giler depan opis aku.Tu la pasal duit makan tengahari aku tak lebih RM 3.50,sedangkan orang laen atas RM 4.Strategi beb,strategi.

  • loss of closeness to high school and college friends
Tidak..aku masih melepak dengan mereka lagi.
Wahahaha.Ini bukan setakat umur 23,umur 18 aku dah rasa dahhhh.Ini cara-cara takde study loan,blaja free,ujung bulan topup nak pau orang jugakkkk.BUsuk gile perangai.Ini lah akibatnya berbelanja tanpa batasan.Next gaji nak buat perancangan kewangan yang lebih berkesan.Ya,ini azam saya tiap-tiap bulan pada sehari sebelum gaji.Oh ya,dan nasib baik mama saya bermurah hati untuk tolong menyimpan wang saya,terima kasih mama.
Ini SELALU.Malam-malam balik kerja memang rasa kesunyian gila.Aku tegur sorang-sorang kt YM,FB chat bukan nak reply.Lonely weh aku,lonely!
  • desire to have children
AAh.Tengahari ni nak balik rumah officemate main baby.Nak ikut?
  • a sense that others are doing better than oneself
Telah dihuraikan dalam dissappointment with job.Dah la mereka sering mengutuk orang gomen.Wahahahahaha
Ini serius.Kadang-kadang aku pening nak deal dengan orang-orang yang memeningkan,lagi-lagi orang kilang tak pandai BM macamkan baru semalam kau mendarat dari tanah besar.Okeh,aku consider la speaking,jap lagi "zero" jadi "zelo","Itu product mau kasi import gi MAlibi sana"aku dok pernah atas dunia ni mana la letak negara Malibi,"Malibi mana?"."Ala,itu malibi punya tempat orang arab punya".Oh..Maghribi rupanya

NI salah sosial skil ke,salah kemahiran mendengar ke,boleh totally blame pada mereka.

Selain tu,ada beberapa benda yang aku perasan sedikit perubahan pada tabiat aku:

1.Dulu,aku tak pernah tidur tanpa tukar baju,kalau malas mandi sangat pun,aku akan cuci muka la.Tapi kelmarin,lepas Isyak aku selamba je landing konon-konon nak rehat la(aku balik rumah maghrib),jap lagi bangun dah pukul 4 pagi.

2.Dulu kalau makan dengan lelaki,aku selalu tak abes,Tapi sekarang dah macam lelaki dah aku makan,laju dan licin.Pengaruh rakan sekerja kot sebab aku selalu makan dengan dorang.Eh.tapi bukan makan suka-suka,poya-poya,tapi sebab selalu kena kerja sama-sama.

Itu aje kot.Wahahaha..BEstnya dapat meluahkan perasaan di blog sendiri.Eh,ni masuk simptom jugak ke.

Thursday, June 09, 2011

Kalau join kelab isteri taat dapat tambah merit tak?

Okeh,hapdet blog time kerja.Dah la dah mula add rakan sejawatan di Facebook.Bahahaha.Kalau kantoi diam-diam sudah.Aku tak nak boss aku tahu aku ada bakat penulisan terpendam.

Isu hangat yang menarik perhatian aku minggu ni adalah isu penubuhan 'Kelab Isteri Taat' dan kenyataan orang kuat kelab tersebut bahawa isteri perlu melayan suami sepertimana pelacur kelas atasan,untuk mengelakkan suami makan luar, sekaligus mengurangkan gejala sosail.

Kali ni malas nak taip perenggan,point sudah.Ini pendapat aku la yang belum berlaki, dan tak pernah tengok porno pelacur kelas atasan la:

1, Adakah matlamat utama perkahwinan adalah untuk seks semata-mata, dan tujuan perempuan diciptakan adalah untuk melayan nafsu lelaki? Aku amatlah tidak bersetuju dengan matlamat utama kelab tersebut. Pada aku, perkahwinan tu adalah atas dasar kasih sayang, seks tu sampingan je.NI pendapat aku yang belum kawen la.Pernyataan orang kuat kelab tu pada aku adalah menjatuhkan martabat isteri seolah-olah macam sex slave pulak.

2. Mana kau tahu cemana gaya pelacur kelas atasan layan lelaki?Hah..kantoi pernah layan porno.

3. Kalau bini-bini dah sibuk dengan aktiviti kelab tersebut,asyik-asyik meeting discuss pasal buku "permata Yang Hilang(sila google)",laki dan anak kat rumah akan terbiar kesepian, kerja-kerja rumah awal-awal sub dekat maid.Aku rasa lagi tinggi potensi laki ko nak curang kot.

4.Kalau nak jugak tubuhkan kelab tersebut, apa kata jangan totally focus on sex.Cuba la anjurkan aktiviti belajar memasak sekali ke,mengemas rumah ke,grooming ke, tak pun senamrobik beramai-ramai.Bukan ke lagi molek jika begitu.

5.Apahal asyik pompuan je yang amek berat pasal bendalah ni.Lelaki kerjanya komplen je,paha bini ko ada selulit sikit dah bising,perut ko yang mengandung tak beranak-beranak tu tak pulak ko kisahkan.Pendapat aku,marriage ni adalah give and take.Dua-dua kena bekerjasama.NI tak ko selekeh memanjang,bini ko pun tak selera nak melawa untuk ko.Cuba smart-smart sikit,wangi-wangi sikit,confirm bini tercabar lantas bersaing untuk samrt macam ko

Tu je kot point aku.Kalau ada lagi,aku tambah.

Monday, June 06, 2011

Hapdet kehidupan terbaru aku

Ceh ko bajet selebriti

1.Aku baru balik dari kenduri Ismatul kat Kelantan.Puan is ni budak 1st dalam batch food biotech aku yang kawen.Semoga perkahwinan beliau dirahmati Allah selalu.Part paling best adalah berjumpa rakan-rakan,bertukar gosip-gosipan serta melihat dan mengetahui perkembangan rakan-rakan lain.Oh,terlupa berposing gedik di hadapan kamera.Untuk lihat,sila ke FB aku dan jangan termuntah melihat kegedikan tiada taranya.

2.Aku busy dengan satu event yang besar yang berlaku di daerah aku bekerja.Oleh kerana aku in charge dalam satu bahagian penting event itu,err dan berlaku kejadian yang tak diingini,maka aku super busy,super penat.Apa kau ingat keja gomen tak sampai malam ke?Err..kejadian yang tak diingini tu tahap keluar paper okeh.mampus boss aku carik aku time kejadian tu berlaku.Nasib baik aku dah nun di Kelantan,kalau tak memang siap aku kena panggil balik on the spot.

3.Aku dah boleh lah adapt dengan persekitaran tempat kerja.Things improve from time to time,yet still berhati-hati sebab kadang-kdang kita takut musuh yang tersembunyi.Yeah..kadang-kadang aku ni paranoid sikit kot.Oh ya,aku dah buat cop rasmi.Sapa-sapa nak masuk u ke,mohon biasiswa ke,meh aku tolong sahkan dokumen #ini poyo gila

Itu aje.takde info berguna kan.Eh tidak lah,meh aku bagi info berguna sikit bagi mencover kesampahan entry:


Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP.


Ini bukan dapat yang forward2 tau.Ini memang dari web kementrian kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja