You are what you eat-Gillian McKeith
Korang pernah baca?Aku belum lagi.Belikan boleh?
Akhir-akhir ini masalah makanan memang ada sedikit menggusarkan jiwa la.Sejak bekerja, kecerewetan aku untuk memilih makanan adalah semakin bertambah.Dulu setakat mamak je aku tak sentuh,sekarang kalau pekerja2 Indonesia pun aku cuma berani order air suam je dari dorang.
Aku tak tau la suratan atau kebetulan,tapi mungkin aku ni insan terpilih untuk menjumpai ke-slack-an tempat makan(even sebelum kerja dengan kerja aku yang sekarang la).Sejak dulu kot.antara fault yang pernah aku jumpa (dan menyebabkan mentally trauma adalah):
1. Insiden berlaku di sebuah kedai mamak.Masa muda-mudi dulu la.Buat aku trauma dengan restoran mamak sehingga kini.Ada satu hari tu aku nak makan la kat satu restoran mamak yg dekat-dekat bustand Batu Pahat,jap lagi rasa nak terkucil je.So,aku berniat la nak tumpang menunaikan hajat kecil kt tandas restoran mamak tu.Sekali ko!!!!!Dah la tandas berbau sangat "harum",itu dah merencatkan niat aku dah.Sekali tu,bekas sayur-sayuran rilexxxxx je dia letak tepi pintu tandas,kat atas lantai.Direct contact kkkkkk.
2.NI masa aku study kat USIM.Ada la satu warung depan hostel aku yang amat femes sebab makanan murah dan banyak.satu hari tu aku makan la dengan lahapnya kat situ,jap lagi tergigit cam benda keras.Ko nak tau apa?Ubat stapler weiiiiii.INI PHYSICAL HAZARD NAMANYA.Nasib aku makan baca Bismillah,Allah melindungi aku,alhamdulillah.
3. Aku pernah jugak mati selera masa nak order makanan kat satu kedai kat Desa Jati,Nilai.Ko tau sebab apa?Sebab tukang amek order tu muncul dengan rambut menggerbang dan bau badan yang wangi sikit la dari kambing.Cepat-cepat aku cabut lari.Mati selera aku
Banyak lagi la kisah-kisah sadis yang pernah terjadi kepada aku.Dah la selalu jadi mangsa Food Poisoning,selalu juga terjumpa benda pelik-pelik kat kedai makan.Jadi untuk melindungi perut,jangan salahkan aku kalau aku memilih untuk makan Fast Food,kedai-kedai established franchise dan kedai yang dilabelkan mahal,sebab pada firasat aku,kedai-kedai begitu agak menjaga kualiti.Selalu nak confirm aku akan pastikan perkara berikut:
1. Tukang amek order dan hantar berada dalam keadaan yang senonoh.kalau nampak tukang masak juga,lagi bagus.Kalau boleh pakai la penutup kepala dan apron kan.
2.Kadang-kadang aku masuk tandas.Eh,ni bukan buat-buat.Dah rasa nak terkucil kan.Nak ke tandas tu lalu dapur kan,boleh la usha-usha sikit
3.Pastikan tempat makan jauh dari kandang-kandang lembu,babi,kambing dan lain-lain.Juga tidak berhampiran dengan tempat pembuangan sampah-sarap
Errr..lagi bagus kalau masak sendiri kan.Terjamin la sikit kebersihannya berbanding makan dekat kedai.Ala,kalau sakit perut pun,makan hasil tangan sendiri jugak.Tak terkilan kalau sakit-sakit perut(Ehhh..macam terasa pulak dengan kenyataan sendiri)
No comments:
Post a Comment