Okeh,hapdet blog time kerja.Dah la dah mula add rakan sejawatan di Facebook.Bahahaha.Kalau kantoi diam-diam sudah.Aku tak nak boss aku tahu aku ada bakat penulisan terpendam.
Isu hangat yang menarik perhatian aku minggu ni adalah isu penubuhan 'Kelab Isteri Taat' dan kenyataan orang kuat kelab tersebut bahawa isteri perlu melayan suami sepertimana pelacur kelas atasan,untuk mengelakkan suami makan luar, sekaligus mengurangkan gejala sosail.
Kali ni malas nak taip perenggan,point sudah.Ini pendapat aku la yang belum berlaki, dan tak pernah tengok porno pelacur kelas atasan la:
1, Adakah matlamat utama perkahwinan adalah untuk seks semata-mata, dan tujuan perempuan diciptakan adalah untuk melayan nafsu lelaki? Aku amatlah tidak bersetuju dengan matlamat utama kelab tersebut. Pada aku, perkahwinan tu adalah atas dasar kasih sayang, seks tu sampingan je.NI pendapat aku yang belum kawen la.Pernyataan orang kuat kelab tu pada aku adalah menjatuhkan martabat isteri seolah-olah macam sex slave pulak.
2. Mana kau tahu cemana gaya pelacur kelas atasan layan lelaki?Hah..kantoi pernah layan porno.
3. Kalau bini-bini dah sibuk dengan aktiviti kelab tersebut,asyik-asyik meeting discuss pasal buku "permata Yang Hilang(sila google)",laki dan anak kat rumah akan terbiar kesepian, kerja-kerja rumah awal-awal sub dekat maid.Aku rasa lagi tinggi potensi laki ko nak curang kot.
4.Kalau nak jugak tubuhkan kelab tersebut, apa kata jangan totally focus on sex.Cuba la anjurkan aktiviti belajar memasak sekali ke,mengemas rumah ke,grooming ke, tak pun senamrobik beramai-ramai.Bukan ke lagi molek jika begitu.
5.Apahal asyik pompuan je yang amek berat pasal bendalah ni.Lelaki kerjanya komplen je,paha bini ko ada selulit sikit dah bising,perut ko yang mengandung tak beranak-beranak tu tak pulak ko kisahkan.Pendapat aku,marriage ni adalah give and take.Dua-dua kena bekerjasama.NI tak ko selekeh memanjang,bini ko pun tak selera nak melawa untuk ko.Cuba smart-smart sikit,wangi-wangi sikit,confirm bini tercabar lantas bersaing untuk samrt macam ko
Tu je kot point aku.Kalau ada lagi,aku tambah.
2 comments:
buku permata yang hilang..
~'O'~
saya pernah terjumpa dan terbaca~terbaik juga~haha
sex penting dalam perkahwinan.sangat penting..tapiiii bukan la sex yang paling2 penting...nak kata sex sbg sampingan pun tak bleh jugak...kalo sex power gila tapi perangai yg lain2 macam lahanat pun x guna jugak perkahwinan tu...yg pntg bg akulaa sumanya kena seiring...konklusinya sex pntg dlm p'khwinan tp bukan lah yg plg2 keutamaan...hehe...ni pndpt aku laa wana...:)
Post a Comment