Monday, June 06, 2011

Hapdet kehidupan terbaru aku

Ceh ko bajet selebriti

1.Aku baru balik dari kenduri Ismatul kat Kelantan.Puan is ni budak 1st dalam batch food biotech aku yang kawen.Semoga perkahwinan beliau dirahmati Allah selalu.Part paling best adalah berjumpa rakan-rakan,bertukar gosip-gosipan serta melihat dan mengetahui perkembangan rakan-rakan lain.Oh,terlupa berposing gedik di hadapan kamera.Untuk lihat,sila ke FB aku dan jangan termuntah melihat kegedikan tiada taranya.

2.Aku busy dengan satu event yang besar yang berlaku di daerah aku bekerja.Oleh kerana aku in charge dalam satu bahagian penting event itu,err dan berlaku kejadian yang tak diingini,maka aku super busy,super penat.Apa kau ingat keja gomen tak sampai malam ke?Err..kejadian yang tak diingini tu tahap keluar paper okeh.mampus boss aku carik aku time kejadian tu berlaku.Nasib baik aku dah nun di Kelantan,kalau tak memang siap aku kena panggil balik on the spot.

3.Aku dah boleh lah adapt dengan persekitaran tempat kerja.Things improve from time to time,yet still berhati-hati sebab kadang-kdang kita takut musuh yang tersembunyi.Yeah..kadang-kadang aku ni paranoid sikit kot.Oh ya,aku dah buat cop rasmi.Sapa-sapa nak masuk u ke,mohon biasiswa ke,meh aku tolong sahkan dokumen #ini poyo gila

Itu aje.takde info berguna kan.Eh tidak lah,meh aku bagi info berguna sikit bagi mencover kesampahan entry:


Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati supaya orang ramai tidak membeli minuman SUNKIST LEMON JUICE, SUNKIST LEMON JUICE DRINK WITH ALOE VERA PULP, SUNKIST ORANGE JUICE DRINK, SUNKIST ORANGE JUICE keluaran Country House Inc., Taiwan dan produk UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE keluaran Uni-President Enterprise Corp., Taiwan yang dicemari oleh bahan kimia DEHP.


Ini bukan dapat yang forward2 tau.Ini memang dari web kementrian kesihatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja