Wednesday, July 27, 2011

Bossanova

Kadang-kadang kita tengok orang-orang berjawatan lebih tinggi dari kita,lebih loaded dari kita,lebih cun dari kita,malahan lebih banyak pakwe dari kita(erkkk???),kita akan merasa betapa bestnya hidup diorang,betapa beruntungnya mereka,betapa bertuah mereka.Betapa kita rasa hidup kita dah cukup suffer abes la.

Tapi cuba kita letak diri kita di kasut mereka,terutama orang atas anda,yang ada orang atas lagi dari dia.Kira boss yang tak berapa boss la.Kalau dalam kerajaan boleh la letak as pegawai gred 41,kira boss tahap basahan je.Eh,aku kata letak diri dalam kasut tu,jangan la pulak ko rembat kasut boss ko pulak.Menangis kang boss ko kasut VInci baru beli sempena dapat gaji hari senin ari tu kena rembat.Eh,ni sekadar contoh aje tau.

Menjadi orang atas tak berapa atas ni adalah salah satu dilema yang bukan buah delima.Apatah lagi anak buah ko kaya pengalaman berbanding ko yang kanak-kanak ribena.Naik pun sebab education level je,pengalaman zero.Pulak position ko tak berapa disukai ramai.Lagi la kau akan tersepit.Periuk nasi sendiri kena jaga jugak,hati orang kena jaga jugak,perintah orang atasan kena buat jugak.So,ko yang kat tengah-tengah ni,kalau dalam sandwich,kedudukan ko adalah macam tuna/sardin.atas tekan,bawah tekan,ko yang terpenyek,yang termeleleh keluar dari sandwich tersebut.

Sedikit pemerhatian aku:

1.Bila ada orang yang berbuat baik dengan kau,orang lain skeptikal.Macam,"ala,baik dengan boss nak bodek la tu".Padahal tak tau niat pun.Tah,pada aku selagi orang tak buat jahat dengan aku,aku anggap orang tu baik.Lurus sangat kot aku ni.

2.Bila subordinate ko lagi experienced dari ko,kemungkinan ko kena buli adalah BESAR.Padahal bendalah tu sebelum ko takde boleh je beliau buat sendiri.Sekarang benda-benda takde kaitan dengan ko pun ko kena buat.Bahahaha...KO sendiri tak perasan ko kena buli,melainkan setelah diberitahu oleh orang lain.Okeh,salahkan diri sendiri lagi yang SUPER DUPER LURUS BENDUL.

3.Bila kau baik dengan semua orang,kemungkinan ko dituduh sebagai mata-mata,kaki report adalah besar.Eh,kalau aku pandai report-report,baek aku keja jadik reporter Buletin Utama tau.Glemer lagi dan berpeluang mengorat VIP.Setakat reporter opis tak glemer langsung,malahan peluang berkahwin dengan VIP adalah rendah sama sekali.So,no use aku ni jadik reporter bawak mulut tempayan sana sini.

4.Bila ko tak tau sesuatu benda sebab ko baru keja dan alam keja sama sekali berbeza dengan alam study,orang akan memandang rendah kepada ko.Walaupun aku rendah,aku tak suka dipandang rendah.Rasa macam nak nyanyi lagu semut merah je.

5.Bila kadang-kadang ko terlepas perangai sebenar ko yang macam budak-budak,orang memberi remarks negative pada perilaku ko.Beb,aku baru 23 la.KO nak komplen perangai aku,tengok-tengok sekali perangai anak-anak atau adik-adik ko yang umur 23 jugak.Bagi aku masa,please.atau bagi aku kawen.Mana tau dah kawen lagi matured.BAhahaha..INI MIANG.

6. Bila kau rapat dengan staf lelaki,ko dituduh gatal.Padahal kadang-kadang nak keja dengan staf lelaki ni lagi mudah sebenarnya.Dorang kutuk belakang tu tak tau lah,tapi sekurang-kurangnya kt depan masih cover lagi perkataan tu.

7.Bila ko hot,semua orang jeles dan menuduh ko curik limelight..bahahaha..ini tipu.Bajet ko model ah

Sekian sahaja luahan hati saya yang stress pada pagi ini.Izinkan saya membuat balik report saya yang telah direject oleh Boss besar saya.Wabillahi taufik wal hidayah,wassalamu alaaikum warahmatullahiwabarakatuh

p/S:Ayat sentap yang pernah diterima,
"Ala,pegawai-pegawai kan memang pandai cover kesalahan sendiri,sebab tu nampak baik,rajin je karja"
Respon aku(tapi dalam hati je la,nak sound depan-depan belum berani lagi):
Aah,sebab tu aku jadik pegawai.Aku memang pandai.Kalau ko yang jadik,mau satu opis kutuk sebab kau tak pandai cover lansung..wahahahha


Monday, July 25, 2011

Menyentuh Mataku

Semenjak berkhidmat di sektor awam ini,aku amatlah rajin memakai kanta sentuh atau nama tradisionalnya,contact lens.Bukan apa,aku terasa ada sedikit la self confidence sewaktu memakai contact lens,compare dengan pakai spek besar aku ni.Tambahan pula,kalau pakai contact lens ni terasa macam senang nak pakai tudung macam-macam pesen,nak pakai Syria tak tersangkut-sangkut,nak pakai bawal tak terkembang-kembang,malah boleh bermain mata dengan lelaki-lelaki kacak.OKEH GATAL.Lagi satu,kalau nak makan bihun sup kow2 punya,takde la berwap spek ko.

Ada beberapa rakan sering bertanya,wehhh..tak leceh ke pakai contact lens ni?Tak bahaya ke?

Jawaan aku:Mula-mula memang leceh ah jugak.20 minit kot nak pakai sebelah mata.Tapi bak kata budak-budak zaman sekarang,"alah bisa tegal biasa",sekarang kalau aku tido pas subuh,bangun balik pukul 7.20 pun.Pukul 8.00 dah siap dah,bukan siap pakai contact lens,tapi siap satu badan nak gi opis dah.

JAdi hari ini kerana aku rajin,maka aku nak menulis mengenai

Contact Lens for Dummies


1. Kenalpasti keadaan fizikal mata anda.Certain eyes memang tak ditakdirkan berjodoh dengan contact lens,macam mata yang naturally kering.Kalau masalah astimatigsme pun kena tau,sebab ada lens khas untuk astimatisme.Oleh sebab itu,sila la rajin-rajin berkunjung ke optometrist yang bertauliah.Jangan maen sental aje.

2.Kenalpasti tujuan anda membeli lens.Adakah untuk fefeeling anak omputeh pakai kaler biru,atau fefeeling baby doll bermata besar.Apapun pilihan anda,beli kat authorized optometrist sahaja.Aku bukan nak condemn penjual online,tapi personally aku recommend belilah kt kedai-kedai bertauliah.Lebih-lebih lagi kalau 1st time.Orang kat kedai spek tu akan ajar ko pakai lens sampai la ko dapat masukkan lens tu dalam mata.

(Okeh.berenti tulis post selama seminggu.Ni baru sambung balik)

3.Barang-barang penting dalam operasi mengcontact lens:



1.Contact lens itu sendiri (sepasang budget la dalam  plus minus RM 20 la sebulan)
2.Solution utk membasuh contact lens beserta bekas contact lens.Biasa dia ada bagi dalam tu terus
3.eye drop untuk manusia yang bermata kering.Ala dia ala-ala Eye more je.Eh betul ke I eja?

4. Prosedur memakai contact lens:

1.Sanitize kan tangan anda.Pilihan saya tentulah Dettol Hand Sanitizer
2.pastikan Kedudukan contact lens tu berbentuk U,jangan ada curve,walaupun anda memakai contact lens di The Curve


3.Tarik sikit bahagian bawah mata anda menggunakan jari hantu,manakala contact lens diletakkan di jari telunjuk.Untuk yang beginner,boleh tarik sikit atas mata menggunakan jari telunjuk tangan sebelah.Bonus:Lama-lama buat kening anda akan tinggi macam Ziana Zain.

4.dekatkan perlahan-lahan contact lens sehingga dia menyentuh mata.JANGAN Paksa.Buat secara lembut lagi berhemah

5.Dah siap.Kedip-kedipkan mata beberapa kali dengan gaya menggoda.Awww..sekshi yuuuuuu

5.Prosedur mencabut contact lens

1.Bukak case contact lens.Kosongkan air bekas rendaman sebelum ni.Letak air rendaman baru
2.Sanitizekan tangan anda.
3.Tengok cermin dan locate kedudukan contact lens tersebut.boleh raba-raba bahagian mata.Yang terasa plastik tu..haaa..tu lah contact lensnya
4.Buat aksi ala-ala mencubit bijik mata anda,jangan la ko cubit macam nak cubit anak ko melalak time kenduri.Cubit slow-slow je.
5.dah berjaya kuarkan, Letak drops of solutions selama 3 saat pada both surface lens dan rub surface berkenaan.Pastu rinse selama agak-agak la dalam 5 saat
6.Simpan elok-elok dalam case dia


6.Peringatan

-jangan pakai contact lens lebih 8 jam sehari,walaupun kekadang aku pakai je 10 jam
-tukar contact lens setiap sebulan(bergantung jenama),solution stiap 3 bulan,case setiap 3 bulan jugak
-tanggalkan contact lens sebelum tido
-Beli dari penjual yang diiktiraf sahaja
jaga keebrsihan tangan anda.Jangan la ada baki-baki sambal melekat kat kuku.Mahu pijar bijik mata korang.
-Sedar diri sebelum pakai contact lens.Hidung kemek kulit tan amatlah huduh jika dipadankan dengan lens kaler biru air laut.Amek grey okeh sikitla

muka tanpa spek tanpa lens

muka spek frameless


Muka spek merah

Muka spek frame itam

Muka contact lens beransur kering






Saya sudahi pembebelan saya dengan serangkap pantun

Anak kuda anak ular sawa
dALAm hutan asyik mengganas
Saya pakai lens bukan untuk melawa
Cuma tak nak spek berwap masa makan mee hun panas





Thursday, July 14, 2011

Aku seorang Yvonne

Jadik baik susah,jadik jahat lagi susah.

Kalau orang dah tak suka,ko baek berbudi bahasa tahap calon menantu idaman pun tak guna jugak

Ah,jadi Yvonne la baru style.Muka keji,perangai jahat,baru la logik untuk dimenyampah.Tak perlu orang nak bermuka-muka,depan mulut manis macam gula,belakang mulut macam loji kumbahan indah water.


Esok nak gi opis pakai seksi,lipstick merah menyala,lepas tu tinggalkan g-string kat kaunter penyambut tetamu.Baru la bitch,ye tak

Wednesday, July 13, 2011

Gossip Girls

Anda suka bergosip?Saya suka,terutamnya gosip-gosip liar artis tempatan tanah air,gosip rakan-rakan sekolah yang kawen tanpa bagitau, terbaru adalah gosip rakan sepejabat.Hobi ini membuatkan saya selalu menyelak majalah Mangga dan URTV secara percuma di mana-mana kedai majalah,tanpa membelinya,kerana memikirkan nilai matawang.

Gosip memang best,apatah lagi yang panas-panas tu.Perghh,terasa macam legend lak dapat mengumpat dan bergosip sambil bersidai di tepi longkang di waktu petang,fefeeling vintage pulak(Read:Makcik).Pulak tu tengah ngumpat-ngumpat, subjek umpatan tetiba lalu kat depan pulak,perghh boleh bajet-bajet peramah tegur ala-ala mak minah,dia blah boleh gelakkan kuat-kuat.

Tapi pernah dengar tak orang cakap,

"Those who gossips with u,will gossips about u".

Kalau dah dasar kaki mengumpat orang,tu memang macam tertanam dalam sanubari lah

Statement tu ada betul,dan ada tidak.Contohnya aku.Walaupun aku selalu mengumpat mengenai Fasha Sandha kepada housemate aku,tapi aku tak pernah mengumpat mereka depan Fasha  Sandha.Wahaha.Okeh,contoh tak relevan.Certain benda aku jarang mengumpat depan orang yang mengenali individu tersebut,tetapi individu yang mungkin tidak mengenali mereka,seperti mengumpat kawan sekolah di hadapan rakan seuniversiti,mengumpat officemate di depan pakwe,serta mengumpat jiran di hadapan kawan sekolah.

Satu benda yang merimaskan aku dan meletakkan aku di dalam dilema adalah,bilamana ada 2 orang yang rapat dengan aku saling mengumpat antara satu sama lain.2 orang tu at the first place memang tak rapat la,tapi aku kan fefeeling ala2 jaksa pendamai,kena la berbaik dengan semua orang.Mahu tak lunyai telinga aku menahan umpatan dan kejian masing-masing.Kalau taik telinga aku ni pandai memberontak,dah lama dorang jadi torpedo menghentam pengkeji-pengkeji berikut.Wahahaha.

Bias tu memang akan ada,bilamana salah satu pihak tu lebih rapat dengan aku,tapi jenis aku ni keep silent kot.Kalau dorang tanya,"wana, Nora Elena(bukan nama sebenar) ada cakap apa-apa tak asal aku?",aku akan jawab tak,walaupun depan aku berbakul-bakul tanggal habis luar dalam.even yang tanya tu pun lebih rapat dengan aku.Prinsip aku adalah,"dengar boleh,percaya belum tentu".Selagi ko tak buat taik dengan aku,selagi tu la aku save,tapi AWAS,sekali ko buat aku,cepat-cepat aku tag team dengan pihak lagi  satu menambah perisa kutukan tersebut.

Apaun,mengumpat tu memang tak bagus untuk kesihatan pahala korang.Penat je buat baik-baik,pahala korang free-free je dapat kat orang yang korang ngumpat.Peringatan untuk diri aku sendiri jugak dan korang yang lain-lain.Buat pihak yang rajin mengumpat aku, terima kasih la banyak-banyak bagi pahala free kat aku,jangan bimbang,raya nanti aku maafkan.Buat pihak yang aku ngumat,minta maaf la banyak-banyak.Dah nak puasa ni baik maafkan orang.OKEH,STATEMENT CONTRADICT


Friday, July 08, 2011

Rambling di pagi hari

Hati,kalau dah keras,dah gelap.
Benda tau salah pun buat jugak.

Aku rasa aku dah lama tak ngaji,tak solat(sebab tak boleh okeh),sebab tu kot jadik camni.Sekarang ni in denial state,means aku tau benda tu salah,hati kecik kata tak suka dengan keadaan ni,tapi dalam masa yang sama rasa best and thrilling pulak buat benda2 salah camni.AH damn betul lah.Setan banyak sangat kot melepak-lepak di tepi-tepi aku ni

Aku perlukan support,aku tak pernah rasa sefragile ini.Lemah,rapuh ,tak tegas dan tak kuat melawan benda2 salah tersebut.bodoh gila aku ni.Kambing pun nak makan tau pilih rumput mana sedap,mana tak.ini orang.dah tau ______________ pun nak ______________ jugak(sila isi tempat kosong).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja