Ada beberapa rakan sering bertanya,wehhh..tak leceh ke pakai contact lens ni?Tak bahaya ke?
Jawaan aku:Mula-mula memang leceh ah jugak.20 minit kot nak pakai sebelah mata.Tapi bak kata budak-budak zaman sekarang,"alah bisa tegal biasa",sekarang kalau aku tido pas subuh,bangun balik pukul 7.20 pun.Pukul 8.00 dah siap dah,bukan siap pakai contact lens,tapi siap satu badan nak gi opis dah.
JAdi hari ini kerana aku rajin,maka aku nak menulis mengenai
Contact Lens for Dummies
1. Kenalpasti keadaan fizikal mata anda.Certain eyes memang tak ditakdirkan berjodoh dengan contact lens,macam mata yang naturally kering.Kalau masalah astimatigsme pun kena tau,sebab ada lens khas untuk astimatisme.Oleh sebab itu,sila la rajin-rajin berkunjung ke optometrist yang bertauliah.Jangan maen sental aje.
2.Kenalpasti tujuan anda membeli lens.Adakah untuk fefeeling anak omputeh pakai kaler biru,atau fefeeling baby doll bermata besar.Apapun pilihan anda,beli kat authorized optometrist sahaja.Aku bukan nak condemn penjual online,tapi personally aku recommend belilah kt kedai-kedai bertauliah.Lebih-lebih lagi kalau 1st time.Orang kat kedai spek tu akan ajar ko pakai lens sampai la ko dapat masukkan lens tu dalam mata.
(Okeh.berenti tulis post selama seminggu.Ni baru sambung balik)
3.Barang-barang penting dalam operasi mengcontact lens:
1.Sanitize kan tangan anda.Pilihan saya tentulah Dettol Hand Sanitizer
2.pastikan Kedudukan contact lens tu berbentuk U,jangan ada curve,walaupun anda memakai contact lens di The Curve
3.Tarik sikit bahagian bawah mata anda menggunakan jari hantu,manakala contact lens diletakkan di jari telunjuk.Untuk yang beginner,boleh tarik sikit atas mata menggunakan jari telunjuk tangan sebelah.Bonus:Lama-lama buat kening anda akan tinggi macam Ziana Zain.
4.dekatkan perlahan-lahan contact lens sehingga dia menyentuh mata.JANGAN Paksa.Buat secara lembut lagi berhemah
5.Dah siap.Kedip-kedipkan mata beberapa kali dengan gaya menggoda.Awww..sekshi yuuuuuu
5.Prosedur mencabut contact lens
1.Bukak case contact lens.Kosongkan air bekas rendaman sebelum ni.Letak air rendaman baru
2.Sanitizekan tangan anda.
3.Tengok cermin dan locate kedudukan contact lens tersebut.boleh raba-raba bahagian mata.Yang terasa plastik tu..haaa..tu lah contact lensnya
4.Buat aksi ala-ala mencubit bijik mata anda,jangan la ko cubit macam nak cubit anak ko melalak time kenduri.Cubit slow-slow je.
5.dah berjaya kuarkan, Letak drops of solutions selama 3 saat pada both surface lens dan rub surface berkenaan.Pastu rinse selama agak-agak la dalam 5 saat
6.Simpan elok-elok dalam case dia
6.Peringatan
-jangan pakai contact lens lebih 8 jam sehari,walaupun kekadang aku pakai je 10 jam
-tukar contact lens setiap sebulan(bergantung jenama),solution stiap 3 bulan,case setiap 3 bulan jugak
-tanggalkan contact lens sebelum tido
-Beli dari penjual yang diiktiraf sahaja
jaga keebrsihan tangan anda.Jangan la ada baki-baki sambal melekat kat kuku.Mahu pijar bijik mata korang.
-Sedar diri sebelum pakai contact lens.Hidung kemek kulit tan amatlah huduh jika dipadankan dengan lens kaler biru air laut.Amek grey okeh sikitla
muka tanpa spek tanpa lens |
muka spek frameless |
Muka spek merah |
Muka spek frame itam |
Muka contact lens beransur kering |
Saya sudahi pembebelan saya dengan serangkap pantun
Anak kuda anak ular sawa
dALAm hutan asyik mengganas
Saya pakai lens bukan untuk melawa
Cuma tak nak spek berwap masa makan mee hun panas
No comments:
Post a Comment