Wednesday, July 13, 2011

Gossip Girls

Anda suka bergosip?Saya suka,terutamnya gosip-gosip liar artis tempatan tanah air,gosip rakan-rakan sekolah yang kawen tanpa bagitau, terbaru adalah gosip rakan sepejabat.Hobi ini membuatkan saya selalu menyelak majalah Mangga dan URTV secara percuma di mana-mana kedai majalah,tanpa membelinya,kerana memikirkan nilai matawang.

Gosip memang best,apatah lagi yang panas-panas tu.Perghh,terasa macam legend lak dapat mengumpat dan bergosip sambil bersidai di tepi longkang di waktu petang,fefeeling vintage pulak(Read:Makcik).Pulak tu tengah ngumpat-ngumpat, subjek umpatan tetiba lalu kat depan pulak,perghh boleh bajet-bajet peramah tegur ala-ala mak minah,dia blah boleh gelakkan kuat-kuat.

Tapi pernah dengar tak orang cakap,

"Those who gossips with u,will gossips about u".

Kalau dah dasar kaki mengumpat orang,tu memang macam tertanam dalam sanubari lah

Statement tu ada betul,dan ada tidak.Contohnya aku.Walaupun aku selalu mengumpat mengenai Fasha Sandha kepada housemate aku,tapi aku tak pernah mengumpat mereka depan Fasha  Sandha.Wahaha.Okeh,contoh tak relevan.Certain benda aku jarang mengumpat depan orang yang mengenali individu tersebut,tetapi individu yang mungkin tidak mengenali mereka,seperti mengumpat kawan sekolah di hadapan rakan seuniversiti,mengumpat officemate di depan pakwe,serta mengumpat jiran di hadapan kawan sekolah.

Satu benda yang merimaskan aku dan meletakkan aku di dalam dilema adalah,bilamana ada 2 orang yang rapat dengan aku saling mengumpat antara satu sama lain.2 orang tu at the first place memang tak rapat la,tapi aku kan fefeeling ala2 jaksa pendamai,kena la berbaik dengan semua orang.Mahu tak lunyai telinga aku menahan umpatan dan kejian masing-masing.Kalau taik telinga aku ni pandai memberontak,dah lama dorang jadi torpedo menghentam pengkeji-pengkeji berikut.Wahahaha.

Bias tu memang akan ada,bilamana salah satu pihak tu lebih rapat dengan aku,tapi jenis aku ni keep silent kot.Kalau dorang tanya,"wana, Nora Elena(bukan nama sebenar) ada cakap apa-apa tak asal aku?",aku akan jawab tak,walaupun depan aku berbakul-bakul tanggal habis luar dalam.even yang tanya tu pun lebih rapat dengan aku.Prinsip aku adalah,"dengar boleh,percaya belum tentu".Selagi ko tak buat taik dengan aku,selagi tu la aku save,tapi AWAS,sekali ko buat aku,cepat-cepat aku tag team dengan pihak lagi  satu menambah perisa kutukan tersebut.

Apaun,mengumpat tu memang tak bagus untuk kesihatan pahala korang.Penat je buat baik-baik,pahala korang free-free je dapat kat orang yang korang ngumpat.Peringatan untuk diri aku sendiri jugak dan korang yang lain-lain.Buat pihak yang rajin mengumpat aku, terima kasih la banyak-banyak bagi pahala free kat aku,jangan bimbang,raya nanti aku maafkan.Buat pihak yang aku ngumat,minta maaf la banyak-banyak.Dah nak puasa ni baik maafkan orang.OKEH,STATEMENT CONTRADICT


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja