Kadang-kadang kita tengok orang-orang berjawatan lebih tinggi dari kita,lebih loaded dari kita,lebih cun dari kita,malahan lebih banyak pakwe dari kita(erkkk???),kita akan merasa betapa bestnya hidup diorang,betapa beruntungnya mereka,betapa bertuah mereka.Betapa kita rasa hidup kita dah cukup suffer abes la.
Tapi cuba kita letak diri kita di kasut mereka,terutama orang atas anda,yang ada orang atas lagi dari dia.Kira boss yang tak berapa boss la.Kalau dalam kerajaan boleh la letak as pegawai gred 41,kira boss tahap basahan je.Eh,aku kata letak diri dalam kasut tu,jangan la pulak ko rembat kasut boss ko pulak.Menangis kang boss ko kasut VInci baru beli sempena dapat gaji hari senin ari tu kena rembat.Eh,ni sekadar contoh aje tau.
Menjadi orang atas tak berapa atas ni adalah salah satu dilema yang bukan buah delima.Apatah lagi anak buah ko kaya pengalaman berbanding ko yang kanak-kanak ribena.Naik pun sebab education level je,pengalaman zero.Pulak position ko tak berapa disukai ramai.Lagi la kau akan tersepit.Periuk nasi sendiri kena jaga jugak,hati orang kena jaga jugak,perintah orang atasan kena buat jugak.So,ko yang kat tengah-tengah ni,kalau dalam sandwich,kedudukan ko adalah macam tuna/sardin.atas tekan,bawah tekan,ko yang terpenyek,yang termeleleh keluar dari sandwich tersebut.
Sedikit pemerhatian aku:
1.Bila ada orang yang berbuat baik dengan kau,orang lain skeptikal.Macam,"ala,baik dengan boss nak bodek la tu".Padahal tak tau niat pun.Tah,pada aku selagi orang tak buat jahat dengan aku,aku anggap orang tu baik.Lurus sangat kot aku ni.
2.Bila subordinate ko lagi experienced dari ko,kemungkinan ko kena buli adalah BESAR.Padahal bendalah tu sebelum ko takde boleh je beliau buat sendiri.Sekarang benda-benda takde kaitan dengan ko pun ko kena buat.Bahahaha...KO sendiri tak perasan ko kena buli,melainkan setelah diberitahu oleh orang lain.Okeh,salahkan diri sendiri lagi yang SUPER DUPER LURUS BENDUL.
3.Bila kau baik dengan semua orang,kemungkinan ko dituduh sebagai mata-mata,kaki report adalah besar.Eh,kalau aku pandai report-report,baek aku keja jadik reporter Buletin Utama tau.Glemer lagi dan berpeluang mengorat VIP.Setakat reporter opis tak glemer langsung,malahan peluang berkahwin dengan VIP adalah rendah sama sekali.So,no use aku ni jadik reporter bawak mulut tempayan sana sini.
4.Bila ko tak tau sesuatu benda sebab ko baru keja dan alam keja sama sekali berbeza dengan alam study,orang akan memandang rendah kepada ko.Walaupun aku rendah,aku tak suka dipandang rendah.Rasa macam nak nyanyi lagu semut merah je.
5.Bila kadang-kadang ko terlepas perangai sebenar ko yang macam budak-budak,orang memberi remarks negative pada perilaku ko.Beb,aku baru 23 la.KO nak komplen perangai aku,tengok-tengok sekali perangai anak-anak atau adik-adik ko yang umur 23 jugak.Bagi aku masa,please.atau bagi aku kawen.Mana tau dah kawen lagi matured.BAhahaha..INI MIANG.
6. Bila kau rapat dengan staf lelaki,ko dituduh gatal.Padahal kadang-kadang nak keja dengan staf lelaki ni lagi mudah sebenarnya.Dorang kutuk belakang tu tak tau lah,tapi sekurang-kurangnya kt depan masih cover lagi perkataan tu.
7.Bila ko hot,semua orang jeles dan menuduh ko curik limelight..bahahaha..ini tipu.Bajet ko model ah
Sekian sahaja luahan hati saya yang stress pada pagi ini.Izinkan saya membuat balik report saya yang telah direject oleh Boss besar saya.Wabillahi taufik wal hidayah,wassalamu alaaikum warahmatullahiwabarakatuh
p/S:Ayat sentap yang pernah diterima,
"Ala,pegawai-pegawai kan memang pandai cover kesalahan sendiri,sebab tu nampak baik,rajin je karja"
Respon aku(tapi dalam hati je la,nak sound depan-depan belum berani lagi):
Aah,sebab tu aku jadik pegawai.Aku memang pandai.Kalau ko yang jadik,mau satu opis kutuk sebab kau tak pandai cover lansung..wahahahha
No comments:
Post a Comment