Monday, February 06, 2012

Underestimate

Aku nak tulis entry ilmiah pasal supplements sebenarnya..tapi dah delay sampai 2 minggu,isi-isi dah tercicir mana tah.Ish..ish...

(mode:menulis sambil mendengar lagu roman-by roman ft kilafairy)



Ok,sekarang addicted dengan lagu ni.First time dengar,peh siapa vokal pompuan ni.Sedap kot.So,aku search kat Youtube..fuh..Kilafairy tu.Tak sangka aku!!!Sebab..aku annoyed gila dengan dia dalam filem Karak.Mana tak dengan kemban nyaris-nyaris terlondeh,dengan gedik-gediknya..ewww(okeh..sebenarnya jealous gila dengan body-figure beliau yang meletup itu.Bahahahaha)..Sebenarnya,beliau ni talented jugak la wei.Masuk industri ni bukan kosong-kosong,bukan takde suara.Tapi beliau yang menampakkan diri beliau ni sebagai tak berbakat,hadir dengan pakej boobs and bums aje(weh..sekali lagi cakap je la ko jeles kannnn)

Kadang-kadang aku rasa certain people,artis terutamanya,sengaja menimbulkan kontroversi untuk popular.Sedangkan,tanpa kontroversi tu diorang boleh je glemer dengan pakej yang ada.Aku tak faham untuk apa mereka beraksi seksi,bergambar bibir terjuih-juih,sedangkan mereka dah ada pakej rupa dan bakat.Tindakan dan kontroversi liar tu lah kekadang boleh buat orang rasa mereka bimbo dan bergantung seratus peratus pada keseksian untuk berjaya.

Artis lain yang berperangai sebegitu antara lainnya adalah Rozita Che Wan dan Neelofa.Rozita tu aku tak pernah tengok dia berlakon sebelum ni,dok baca je gosip beliau kat forum cari.So,aku ingat dia ni memang penyemak dalam industri.Tapi bila aku tengok cerita Anissa(jadi bestfriend yang rampas suami kawan dia-lakonan Fiza ELITE),Kiah pekasam,dan latest in Mr Labuci.Aku rasa dia BOLEH berlakon sebenarnya.Tanpa gosip-gosip liar pun dia boleh survive.

Tetibe teringat pulak masa satu hari aku lepak kat Kinokuniya,dan terbaca la satu buku.Tajuk tak ingat,tapi berkisarkan pasal body language la.Aku tak beli pun buku tu masa tu,tapi aku rasa aku tetap nak beli jugak(tulah,kerajaan tak bagi pun baucar buku 1 Malaysia kat aku).Isi kandungan yang aku ingat,pasal Body Language perempuan,yang boleh buat orang respect,atau undersetimate,atau the worst is tergoda(erkk..seram)..Ye la,mana kita tau kan gaya kita ni buat orang pandang kita rendah.Antaranya ialah:

-Pompuan yang pakai spectacles+sedikit makeup yang appropriate akan nampak lebih profesional dan powerful
-Pompuan yang trim kening nipis-nipis,pastu lukis balik nampak bitch
-Pompuan yang suka tengok lelaki sambil bulatkan mata ke atas(aku tak tau nak describe camne ek) sambil buat mulut akan nampak manja,memikat,tapi senang dimanipulasi.
-Pompuan yang gelak kih3 pun nampak manja,tapi tak profesional
-Acting girlish(macam main-main rambut,kalau yang pakai tudung bawal,tiup2 tudung fuh fuh bagi tajam,bermekap depan officemates lelaki) pun akan menyebabkan kita diunderstimate dan nampak takde karisma
-Jalan menunduk sangat memang nampak zuhud,tapi itu pun akan menyebabkan korang diundersetimate.

Itu je yang aku ingat.Dah jangan buat pasal carik buku tu kat Kinokuniya.Kang aku gi nak beli nanti,tapi takde,aku tau la korang punya pasal.

Kesimpulannya,memang la manusia suka menilai orang melalui penampilan.Pada aku la kan,janji kita tau kita boleh buat kerja,janji kita selesa,itu yang penting.tapi certain time,aku rasa penampilan kena jaga jugak.Kalau tak ada yang akan terima kata-kata begini,"La...pegawai ke rupanya,ingatkan budak mana yang ikut ni".Okeh..sedih T_T.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja