Hari ni hari jahat.Maka mahu membuat entry mengutuk.Wahahahha..Kejadah kan.Awal-awal tahun dah bermulut jahat.
Adakah anda tahu apa itu bimbo?Bimbo di dalam bahasa mudahnya,muka cun tapi bodoh.Jikalau point di dalam entry ini membuatkan anda terasa hati dan dalam diam terpaksa mengakui diri sendiri Bimbo,jangan la risau,kerana sekurang-kurangnya anda cantik.Kan..kan..kan...Bimbo ni selalu dikaitkan dengan pompuan rambut blonde(cuba bayangkan paris Hilton,Marilyn Monroe,Jessica Simpson,to name a few),jadi oleh sebab itu entry ini bertujuan mengungkap perspektif bimbo dari sudut Malaysia,sebab kat Malaysia jarang ada orang naturally blonde,tapi banyak je bimbo kalerkan rambut blond,tapi tak semua yang kaler rambut tu Bimbo.Aku senang nak terjemahkan dalam BM tu Bimbo tu macam pompuan gedik yang nak tarik perhatian dengan menunjukkan kebodohan.
Ciri-ciri umum Bimbo di Malaysia
1.Fashion Sense
Ada beza antara pakai seksi,tapi nampak vogue,dan pakai sexy tapi nampak slut.Ada beza pakai tudung nampak anggun,dan pakai tudung tapi still nampak slut.Bergantung pada pembawakan diri,usia dan rupa paras.Tapi secara umumnya kita boleh simpulkan dengan cara berpakaian yang tidak sesuai dengan usia dan rupa paras,yang bertujuan untuk menarik perhatiankhalayak ramai.
Umur dah 40 tahun,tapi nak pakai riben Hello Kitty sebesar alam kat tudung.Yes,itu perbuatan Bimbo.Pakai pesen kaler block,skirt kaler belang-belang,baju kaler stricking,tanpa sedar badan kau gemuk pendek,pulak tu dipakai bersama cardigan tebal giler semasa berjalan-jalan di tengahari yang panas di Bukit Bintang.Kau rasa tu cantik,aku rasa itu buruk.Ko rasa itu fesyen,aku tengok jadik tensen.Sorry,bimbo.
Bimbo juga cenderung untuk membeli barang imitate dengan tujuan menunjuk-nunjuk.Wait,aku tak kata la semua yang pakai barang imitate tu bimbo.Sebab ada je mak cik-mak cik beli beg LV fake di pasar malam sebab design dia cantik,tanpa mengetahui value bendalah tu sangat mahal.Bimbo ni jenis pesennya,dia akan beli handbag imitation kat pasar malam,lepas tu upload kat Facebook sambil berkata,"Sukanya I dapat beli handbag LV..dah lama I impikan."Please la,tak mampu pakai ori,beli je brand yang affordable,tak pun pakai je beg free Avon.Even kau beli handbag imitation kat pasar malam,pakai je senyap-senyap.Takde orang nak heran,duit kau kan.Orang tanya jawab je la jujur dan ikhlas.Takde hinanya pun.Tak perlu nak auta pakai barang branded sana-sini,tapi sebenarnya fake.Itu memang bimbo
2.Topik Perbualan
Bimbo takde hal lain,tak cakap pasal mekap,pasal barang brand,pasal pakwe.Itu je topik.Kau tanya pasal isu semasa haram dia tak tau.Kim JOng-il tu pulak dia ingatkan hero drama Korea yang baru.
Wanita lain cakap jugak pasal bendalah mekap bagai,tapi takdelah pengetahuan setakat tu aje.Bimbo ni kalau pergi interview,lepas pun harap sebab muka cantik je,knowlede zero.
Ada jugak Bimbo graduate dari universiti.Ya,mereka memang ada sijil,tapi itu bukan bermaksud mereka cerdik.Silap-silap ada je mak cik jual nasi lemak lulusan SPM yang lagi cerdik dari Bimbo-bimbo ada degree ni.Sekurang-kurang mak cik jual nasi lemak tahu dah harga ayam naik,harga beras berapa,dan boleh relate dekat keadaan ekonomi semasa.Tapi Bimbo tak tau kot.Dia cuma tau kalau harga SKII dah turun ke,harga facial kat mana mahal.
3.Matlamat Hidup
Bimbo hanya bermatlamat untuk berkahwin dengan lelaki idaman dan berbakti seumur hidup sahaja kepada lelaki tersebut,then happily ever after.Bimbo tak pernah fikir jangka masa panjang,lepas kahwin apa planning kau,kerjaya kau,perkembangan kehidupan kau.Bimbo juga jenis tak kisah perkembangan diri,masa depan dan kerjaya.kalau Bimbo kerja kerajaan,lagi kronik simptom tu.Biasanya,dia tak nak sign SBPA,kalau sign pun sebab pengaruh rakan sekerja.Sebab dia takut bebenar dengan exit policy tu.Wahahahha
4.Act stupid,atau act smart tapi sebenarnya stupid
Ada sesetengah pompuan suka benar nampakkan kebodohan diri.Padahal dia tahu,atau boleh je buat bendalah tu sendiri,tapi nak harapkan kat lelaki jugak tolong buatkan..Sebenarnya,nak tarik perhatian je tu sebenarnya.Eh ,tahu niat macam pernah buat je kan.Hahahhaha.
Kekadang bimbo jugak tunjuk pandai.Ni kita boleh nampak masa musim World Cup.Senang je nak spot bimbo.Dia akan pretend dia sokong certain pasukan sebab Bf dia sokong.Padahal dia tak tau pun asal usul pasukan tu,pemain-pemain semua.Sudah la beb,kalau setakat sebelum ni tengok harimau Malaya,tak payah la menyamar penyokong tegar Portugal pulak.Pulak tu tetiba sokong Christiano Ronaldo,sebab muka dia hensem.Padahal position mana mamat tu main pun tak tau.Itu sah bimbo!
5.Status Facebook
Bimbo juga sangat fanatik dengan Facebook.Every single things pun nak tulis kat Facebook.Pulak tu status juga suka bajet comel dengan menggunakan bahasa jew(Ktewww...awark...aque..euwwwww)wahahaha.Ada jugak bimbo tak guna bahasa kanak-kanak tu,tapi selalu berstatus yang boleh membuatkan wujudnya situasi di (4)..
Pulak tu selalu ada pertanyaan umum tak masuk akal diutarakan di Facebook.Padahal boleh je kan ko google dulu sebelum tanya,tak pasti baru tanya kat kawan-kawan at Facebook.Kekadang pertanyaan dan pernyataan tu memang dah ada jawapan yang ko harapkan.Contoh:ko upload gambar bulatkan mata,kembongkan pipi,pastu boleh tanya:hudoh tak muka ittewwww?Sebenarnya kau nak harapkan orang cakap muka kau lawa kan.Ikut hati nak je aku cakap hudoh.Hahahhahaha
Bimbo juga selalu mengupload status betapa penatnya kerja,betapa banyaknya kerja.Eh bimbo,dah tau banyak kerja,reti tak kau sign out FB dan buat kerja-kerja kau.
6.Perasan
Teknik seterusnya bagi mengenal bimbo adalah perasan cantik,hot dan ramai peminat.Setiap orang pun ada jugak perasaan perasan tersebut.Tapi bimbo ni selalu pretend yang dia tak suka keadaan tersebut,padahal dalam hati melonjak-lonjak riang.Suka la tu kannn..
Bimbo jugak pantang dingorat.Kena ngorat dengan Mamat Indon kt bus stand pun boleh buat dia upload status tu kat Facebook.Kengkonon mennyampah la,tapi sebenarnya dalam hati tu perasan hot le tewww ada orang ngorat kannn.
Lagi satu bimbo juga perasan lelaki tu minat dia dengan segala attention yang diberi.Padahal lelaki tu saja nak be friend dengan dia je.Orang senyum sikit,tuduh orang ngorat.Orang ajak kuar makan sekali,dah perasan ajak dating.Orang SMS dua tiga patah tanya khabar,hati dah bunga-bunga perasan diminati.
Kesimpulannya di sini,marilah kita mengelakkan diri dari menjadi wanita bimbo.Sebab stok bimbo ni la yang suka dipermain-mainkan oleh lelaki seantero dunia sebab nampak bodoh,mudah dan senang nak digunakan dan ditipu.Maka,tambahkanlah ilmu pengetahuan,bukak akal fikiran dan kurangkanlah perasan,agar tidak ditimpa simptom kebimboan.Wahahahha
p/s:kalau terperasan ada simptom ni yang aku buat,maka jangan lah tuduh aku bimbo.Sebab aku tak cantik pun.Wahahahhaha
3 comments:
baru hari ni aku tau apa itu bimbo,sebelum ni pernah dengar je..haha
hahahahha
Taktau la ni jenis bimbo ke hape tapi aku siyes menyampah ngan minah2 tudung skang ni yg fesyen kemain lagi siap pki skirt polka dot,legging,bunga sebesar alam kt tudung or style shawl longgar2 x cukup keronsang....tapi tula...tgk gmbar...biar camtu je la..xkan nk kutuk tetiba kan...da aku x kenal org tu...hehe..xde lg aku nmpak live.
Oh and btw, BINBO dlm bhs jepun is MISKIN
wan:haha..don't ever trapped by a bimbo
shida:itu bimbo pada pandangan aku..hehe..
BTW,binbo tapi gorgeous takpe,macam yamada Taro..
Post a Comment