Thursday, February 09, 2012

Aku.yang.bosan

Haritu bukan main tak hapdet blog,alasan busy keja.La ni bercuti err tak la lama sangat,tapi sangat la bosan gila-gila babas.

Seumur hidup ni,sejak masuk tadika,aku rasa aku tak pernah cuti lama-lama sangat.Jadi bila dapat cuti yang agak lama,aku rasa kehidupan aku agak lemau ko tahu.Ni je aktiviti yang aku buat kat rumah sepanjang cuti seminggu ini:

-jadi driver mak ke bandr
-membasuh(mesin auto je pun) dan menyidai
-Memasak pun tak sangat,sebab xde orang sangat kt rumah.Mak aku tak makan lunch sebab kenyang
-kemas sikit-sikit je.Rumah takde orang sangat,so takde sepah-sepah
-online..yuhuuuu

Ko tahu boringnya tahap dewa 19 beb!

Mesti pelik kenapa aku kata aku tak pernah cuti lama.Mari aku hamparkan kronologi kisah hidup aku dan cuti-cuti terpanjang dalam hidupku:

darjah 1-form 5:Time ni jangan harap la ada cuti panjang.Paling-paling tidak pun cuti akhir tahun dalam dekat-dekat dua bulan

Abes SPM:

Sebulan abes SPM,aku terus masuk Maahad Johor.Backup takut result SPM aku teruk dan mengisi masa lapang belajar ilmu agama,juga mencari jodoh.Ceh ceh..Aku stay MAahad sampai la aku dapat matrik.Aku keluar 14 Mei,dan 16 Mei aku dah mendaftar matrik,so rehat cuma 2 hari je.

Time Matrik

Cuti paling lama bagi mana-mana pelajar kolej Matrikulasi cuma 1 minggu,itu pun termasuk cuti Hari Raya.

Abes Matrik

Matrik abes dalam hujung bulan 4 kalau tak silap aku,dan daftar IPTA 2 Julai.Jadi aku cuti dalam 2 bulan lebih je.Time ni dihabiskan dengan belajar kereta dan mengikuti kelas komputer.Ada la mengisi masa lapang sikit-sikit.

Time Degree

Standardlah cuti sem adalah dalam dekat-dekat dua bulan.Tapi jarang lah dua bulan full aku duduk rumah,ada je aktiviti itu ini,takpun nak siapkan assignment.Paling hardcore masa final year,gigih gila buat final year project(err..last minute la tewwww),sampai aku rasa aku balik kampung 2 minggu je.Sob..sob..tapi rindu weii zaman tu

Lepas Degree

Aku abes present laporan Latihan Industri 14 Mei(birthday aku yang ke-22),lepas tu menganggur kejap la kat rumah dalam dekat-dekat dua bulan jugak la.Sebab awal bulan Julai aku dah lapor diri kat UPM untuk master,yang kemudiannya aku cabut lari.Hahahhaha

Time MAster sekejap

Takde masa nak cuti sangat,sebab hari-hari umpama cuti bagiku.Wahahaha..Buat research kan,so kena tunggu proses 5 jam la,24 jam la,so sementara tunggu mesin run 5 jam tu,sempatlah kita balik rumah tido,eh tak tak,gi library baca buku,tak pun search journal kat internet.

Sebelum Lapor Diri untuk keja

Aku dapat surat rasmi suruh lapor diri 1/2,aku resign master 7/2,aku lapor diri 14/2.So time berehat-rehat adalah selama seminggu.

Time Keja

Cuti paling lama aku amek adalah selama 10 hari.Tapi itu tak bosan,sebab melancong ke Jordan dan Syria.Tapi ni aku amek cuti 3 hari je,tapi sebab bersambung cuti maulid,cuti Thaipusam,maka ianya jadi panjang,dan aku bosan.Huahua Hua

Korang pulak,apa korang buat kalau cuti lama-lama?Marilah bantu aku mengubati kebosanan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja