Aku benci dengan kejadian camni,iaitu kejadian tidak sempat hapdet blog sewaktu hari kejadian.Wah,begitu banyak sekali kejadian dalam satu perenggan.Apakah kejadian?
Sewaktu golongan ramai asyik mengepost pasal valentine day,aku juga sibuk excited meraikannya,bukan Valentine okeh,tapi tarikh setahun aku keja iaitu 14/2/2011.Haha,gile mengada tarikh setahun keja pun nak sambut kan.Sah gewdiksss u~
Aku nak tulis panjang-panjang pun takde idea,sebab dah backdated sangat.Tapi dalam setahun ni ada banyak pengajaran:
1.Alam belajar tak sama dengan alam kerja.Dulu knowledge yang kau belajar,sekadar teori,tapi sekarang dah kena praktikkan.Contoh,dedulu aku belajar food regulation,siap hafal kau satu persatu,tapi tak tau guna dia camne.Dah keja baru faham cara baca regulation dan kegunaannya.Mula la terkial-kial nak cari lecture notes lama.Tula,lepas exam terus masuk buku dalam kotak kan.
2.Knowledge keep evolved,especially when you are dealing with technology and industry.Kau jangan la fikir kau dah hebat sangat dalam bidang kau tu,sebab teknologi makin canggih,manusia makin bijak,makin fikir keuntungan.Kalau dalam bidang aku ni,siap la kalau ko bodoh,malas membaca,masak kau kena dengan orang industri.Dulu time belajar takdelah jumpa binatang DEHP tu bagai,bila kerja,nak tak nak segala food alert,segala inovasi baru ko kena updated.Orang industri memang pandai,akan carik benda yang boleh hasilkan profit,memudahkan keja diorang,dan kau kalau tak bijak macam diorang,kau akan digelakkan di belakang,seriously.
3.Politik tempat kerja.Depan kau mulut manis macam gula,belakang ko bisa menggigit macam kerengga.Setahun awal ni aku tak kenal lagi golongan talam dua muka ni,tapi bila benda tu supposed adalah rahsia,dan takde siapa patut tau melainkan aku dengan kau,dan suddenly benda tu jadik bualan,sah lah kau yang bawak mulut,kan talam?
4.Kau duduk bawah jadik kuli,semua benda yang orang atas arahkan,walaupun kau nampak benda tu bodoh dan menyusahkan,kau kena buat.Saya yang menurut perintah okehh,buat je.Yang kena maki kau,yang kena marah kau.Bila mengadu masalah kat orang atas pun tak guna,diorang tak nak tau apa masalah kau,yang diorang nak cuma benda tu kena jalan je.
5.Ada kawan yang boleh gantung harap.Teamworks itu penting.Ada colleagues yang boleh jadi kawan aku curah perasaan,pujuk aku time aku sedih,siap jadi member hang out lepas office hour lagi,dan ada yang aku anggap macam akak sendiri,abang sendiri.Alhamdulillah,takdelah semua jahat kan.
6.Target aku?Aku nak setelkan semua part aku dalam POA.Hahahaha.. Banyak sungguh benda nak dibuat.Aku harap dapat setelkan semua tanpa sakit-sakit otak,sakit-sakit kepala.Tahun ni juga aku tak nak campurkan soal peribadi dalam kerja,sebab benda tu akan jadi merumitkan,seriously.Tahun ni keja,keja,peribadi tolak tepi.Bukan la tahun lepas aku bawak masalah peribadi dalam pejabat,tapi masalah peribadi terjadi di pejabat.Camne tu?
Korang semua doakan la aku untuk tahun ni.Bukan untuk orang lain,untuk korang jugak.Berkhidmat untuk rakyat katanya,hahahahaha.Akhir kata,terimalah kata-kata hikmah dari aku:
RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.SALAM SATU MALAYSIAGAJI SBPA BILA NAK BAGI BANG NAJIB OIII?
No comments:
Post a Comment