Tuesday, November 09, 2010

Aku bukan reptilia

Aku rasa sekarang aku macam  dah termutasi.Dulu aku sangat tak tahan sejuk,tapi sekarang aku dok la panas sangat.selimut tu dah jadik hiasan je atas tilam.

Aku tak tau sama ada ianya sebenarnya penyakit atau tidak,atau cuma sistem badan aku je yang pelik.Dulu kan,aku selalu je kesejukan pada waktu yang tak sepatutnya.Macam balik kuliah orang lain kepanasan,tapi aku dengan peliknya pergi carik gebar(slang johor okeh)

Kalau aku pakai gebar brand dora,ok tak?
Kredit imej:


sesiapa yang menjadik roomate aku pasti merasa stress,sama ada aku suruh matikan kipas(kejam kan???),ataupun mereka tidur atas simen..wakaka..keji gila aku sebagai seorang roomate.Kalau dalam lecture Hall pulak,kalau dalam tempoh sejam,paling2 lama dua jam la,kalau orang tak nampak kelibat aku keluar pergi tandas,mereka harus bersujud syukur beramai-ramai dalam lecture Hall..Korang bayang,walaupun pernah kena sound dengan lecturer yang paling garang,

"Hold your pee!!"

Aku tetap tak takut.Pundi kencing tetap menjadi prioriti aku..hahaha

Selain itu,aku juga mengalami masalah tapak tangan berpeluh.Ini amat merimaskan terutamanya kalau aku nak pakai lab glove,melekit okehhh..rimas3x...Nasib baik aku tak apply jadik penyanyi,kalau tak mesti mic tu kerja la asyik menggelongsor.okeh . exaggerate.TOlong maafkan.Tapi tapak kaki tak sangat pulak.mesti sebab aku rajin spray dr mist kat tapak kaki.Ya,terbukti Spray dr mist berkesan menangani perpeluhan tapak kaki.tapak tangan aku tak pasti,tak pernah try.

Letak kat jerawat pun ok,bagi jerawat hilang


symptom kesihatan aku yang agak tidak best juga ialah aku ada waktu selera makan yang pelik.ada 2minggu aku akan kuat makan,dan ada minggu aku takkuat makan,tapi bukannya aku diet,cuma aku tak selera.Kadang tu 3 hari tak makan nasi pun aku boleh tahan lagi.tapi aku perasan kalau datang time tak de selera makan tu,mesti hidup aku macam kucar-kacir,ke hidup kucar-kacir menyebabkan aku tak selera makan.Tapi simptom ni baru je berlaku,bukan sejak semulajadi.

Symptom seterusnya adalah pelupa.Aku ni kuat makan semut ke hapa!kadang-kadang benda penting pun boleh terlupa,macam nak keluar makan,tapi lupa nak bawak kunci kereta.Apa kau larat nak jalan kaki jauh2 tengah hari buta????buat pengetahuan,kat lab tempat aku buat kerja ni takde tempat makan,nak makan kena keluar.kalau kau keluar jalan kaki je,boleh,sampai tu sampai,tapi jangan buat masa kebulur,nanti tak sempat ko nak makan.eh,tapi macam pelik pulak nampak orang jalan kaki kat tengah2 SILK,wakakakaka..

Symptom pelupa ni aku macam ada penyelesaian sikit la,sebelum keluar ,aku cek2 balik barang,Tapi kadang2 kalau tergesa2 takut tertinggal pulak.aku rasa nak tampal to-do list je kat meja.Silap.Bukan to-do-list,tapi to-bring-list.

sekian saja topik saya pada hari ini.aku pun tak tau apa relevan topik reptilia kat atas,reptilia pun pelupakah????

Saturday, November 06, 2010

Kemudahan yang saya impikan

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang ada.begitu juga dengan saya,yang kadangkala tidak mengamalkan sikap Qanaah(bersederhana) dan cukup dengan apa yang ada.Saya selalu mengimpikan banyak benda,agar dapat melunaskan sikap kurang rajin(tak boleh sebut pemalas.negatif tu) saya,akibat hambatan waktu dan tuntutan kerjaya

Saya telah membuat pemerhatian ke atas  kemudahan dan benda-benda yang terdapat di sekitar saya.Benda-benda itu bagus dan memudahkan sebenarnya,tetapi saya masih tidak puas hati lagi kerana saya memang Pe-KURANG RAJIN(carik sinonim sendiri okeh).jadi saya amatlah berharap agar ada mana-mana saintis dan inventor terbaca blog saya ini,lantas mendapat idea bagus untuk membuat peralatan dan kemudahan tersebut:

1.Cadar Katil yang boleh tegang sendiri

Kadang kala eh,selalu kala,saya mengamalkan tidur lepas subuh.Oleh sebab itu la saya lambat sikit nak kaya,sebab saya telah menutup pintu rezeki saya sendiri.Apabila bangun,saya sedar bahawa saya telah lambat ke lab,di mana ia akan menjejaskan timing saya untuk membuat labwork.keadaan ini memaksa cadar katil saya kurang dimanjakan dengan sepenuhnya,dan apabila saya balik lab,saya akan berasa marah kerana cadar itu tidak tegang.

saya berharap agar terdapat para saintis yang boleh mencipta cadar katil yang boleh tegang sendiri,tak kisahla menggunakan teknologi elektromagnet ke,radioaktif ke(eh mampus termutant aku karang,bangun2 tido jadik superman pakai seluar dalam kat luar,malu ko).Mungkin material cadar yang mampu menanggung berat badan manusia tanpa diberi tekanan merenyukkan boleh difikirkan

Lihatlah dunia,machonya diriku berspender di luar


2.Mesin basuh sekali boleh keringkan baju sekali iron terus

Walaupun di rumah sewa menggunakan mesin basuh automatik,namun kadang kala menyidai baju terasa satu beban.apatah lagi basuhan telah siap pada pukul lapan setengah malam ketika anda sedang menonton buletin utama.Karang terlepas isu semasa,takut juga digelar mahasiswa katak di bawah tempurung.Terpaksala saya menyidai baju di luar rumah sambil menguatkan volume tv,dengan harapan tidak dimaki jiran tetangga macam kan kau sorang nak tau keputusan pilihan raya batu sapi.

Kalau boleh ironkan terus lagi bagus.Lebih mudah urusan untuk saya ke lab selepas ini tanpa segan silu memakai tudung renyuk seribu

3.Seat kereta dan cermin kereta yang boleh ejas sendiri mengikut pemandu

Kira ni kita boleh set user kat kereta.Misalnya:kereta share laki bini.laki tunjang nak mampus,bini ketot gila.kan susah tu tiap kali tukar driver,tiap kali tu kena ejas.

saya berharap agar ada sistem boleh set kedudukan cermin dan ketinggian seat kereta,agar tidak susah untuk mengejas,cuma switch user mode je.alah,macam style penimbang Tanita saya.Boleh simpan sampai 5 maklumat tinggi,berat dan jantina pengguna.Tak perlu nak set bagi tiap-tiap pengguna tetap untuk setiap kali naik.Mudah bukan.kalau tak,setiap kali nak drive lepas tukar driver,setiap kali tu la nak betulkan itu ini.Leceh nyah,leceh..

4.Hand bag yg ada alarm kalau barang penting tertinggal

Ramai wanita selalu mengalami masalah tertinggal dompet la,kunci kereta la.Itu la.ini la.Bukankah bagus apabila terdapat handbag yang dapat memberi isyarat amaran jikalau tertinggal barang penting.Ala,bukan alarm kuat sampai mengganggu pun.Juz macam alarm yg kalau pintu kereta tak tutup rapat tu.

senarai barang penting mungkin boleh disetkan,atau diberi identification melalui kaedah scan ke,yang mana barang-barang itu boleh ditukar senarainya jika pengguna menggunakan barang baru,macam semalam pakai wallet Levi's pasar malam,tiba-tiba hari ni menang Power Root saya boleh jadik jutawan tu,terus bergegas beli purse kat butik LV kannnn.pengguna boleh terus scan purse baru tu dekat cip identifikasi dan tadaa..barang terus disenaraikan sebagai barang berharga.Jikalau barang itu tiada dalam handbag anda,maka alarm akan berbunyi berkali-kali.

5.Tanda masjid(bukan masjid daerah) yang bersih

Err..mampu kah impian ini tercapai.Ini main point aku sebenarnya untuk entry ni.Ceh hilang bahasa budak menulis karangan SPM.aduhaiii..tak tau la mengapa tandas masjid selalu kotor,padahal Islam agama yang menitik beratkan kebersihan.kalau setakat kotor-kotor sikit takpe la,pejam mata la sikit,ini dah taraf pampers bersepah di sana-sini,najis tak diflush.Aduh..orang Islam ke ni?

tadi aku ada masuk satu tandas,di sebuah masjid kampung.Sedihnya hati aku la haiii...Terbantut selera usus aku nak menjalankan proses penyahtinjaan.Keadaan yang tak mampu diceritakan di sini,takut korang baru lepas makan la kan.

Meemang kita tak boleh nak expect jadi as clean as RnR,dan jangan hanya mengharapkan ajk masjid dan tukang cuci tandas je nak bersihkan,pengguna sendiri amek la peranan.Pandai-pandai la buang sisa kekotoran diri sendiri dan keturunan masing-masing.Ambil peranan masing-masing.

Aku rasa masjid kena buat slogan sendiri letak kat depan tandas tu
:Najis kita,tanggungjawab kita:

ada berani?????

Thursday, November 04, 2010

Lagu-lagu etnik yang aku minat

Ni arina la ni yang menyingkap kenangan lama.Nak kena ciuman hangat budak ni.Hahaha

1.Cokek Mok Bolot




lagu Ni acik a.k.a Hafeeza Zawawi yang ajar aku.Dorang set-set Kelantan ni rajin benar menggunakan vocab yang berbaur unik.Salah satu perkataan yang aku suka dengar ialah Bolok.
mereka selalu menggunakan perkataan itu kepada Acik.So,aku macam terpikir,eh apakah maksud perkataan ini.Sampai satu tahap,aku gi tanya sorang budak kelas aku jugak(Muzakkir) tentang maksud perkataan ini.Beliau tergelak dan berkata,Bolok itu tidak boleh digambarkan dalam perkataan.

Oleh kerana aku bengang semua Kelantanese takmo explain perkataan Bolok kat aku,aku set Ringtone lagu ni kat Acik setiap kali beliau call.

Tapi......
Satu keajaiban berlaku.semasa satu kelas kat Lecture hall pulak tu,beliau pergi call aku,dan paling UNBELIEVABLEnya,aku tak silent henset!!!!

Apa lagi,serta merta aku jadik selebriti kat dewan Kuliah.Nasib baik aku dianugerahkan muka setebal simen,telinga sekeras kuali dan gaya selamba ala superstar(eh adakah similariti antara mereka),aku buat2 carik mana arah bunyi tu jugak,konon-konon tak tau la.

Good job!Good Job!

Err..anyone tau maksud sebenar Bolok di sini?

2.Ayam Den Lapeh



Lagu ni aku dengar masa bila tah,seraya aku tertarik dengan melodi lagu ini.Sebab macam klasik macam mana tah.Nenek Anita Sarawak pulak tu nyanyi.Vogue you All!!!Berkat air wuduk katanya.

Eh,cakap pasal Anita Sarawak,dulu adik aku yang mana tah,kalau tengok Anita sarawak ni perform kat Tv,mesti dia panggil mak aku cakap,"mama,mama,tengok sini.orang tua perasan muda ni nyanyi"
Kelas kau!!!!

Untuk pengetahuan jugak,aku pernah jugak karaoke lagu ni.Cuma pronunciation aku tak sehebat anak noghori sejati la.Oleh kerana aku mahu menyanyi lagi lagu ini lain hari,aku kena perbaiki pronunciation aku ni.ada anak-anak Negeri Sembilan sejati nak tolong.boleh2..

Kriteria utama:
-Berperwatakan dan berpenampilan seperti Aidil Zafuan &Zaquan Adha.

Kau mampu?????

3.Lagu banjar,Siti Ropeah



lagu ni kalau kawen ke majlis orang banjar,ada la beberapa kali aku dengar diorang main.Eh lupa lak nak cakap,aku ni banjar,tapi kada bisa barsurah banjar.Wakakaka

Err..lagu ni pasal laki ni berkenan dengan sorang pompuan,rupa manis,tapi nak B**** ganal..Err..maksud carik sendiri.aku nak buat2 tak tau..Hahahha..

Eh,kalau korang terjumpa maksud ke lirik bukan2 masa search lagu ni,aku tak bertanggungjawab k..hahahaha

4.Lagu jawa(dipetik dari ceramah ustaz  Akil Hayy



Aku ni tak la berapa berkenan dengan dia ni.Tapi aku admit la suara dia sedap,dan err dia agak ada rupa la jugak.Kira no wonder la Si Waheeda wassini tu boleh terpikat.hahaha.

Lagu ni banyak pengajaran sebenarnya,pasal kesungguhan orang2 Jawa masa berhijrah ke Tanah Melayu,makna yang lain aku tak tau sangat.

hehehe..anda ada lagu etnik yang best untuk dikongsikan?List meh.aku nak donlod
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja