Monday, January 19, 2009
sakit itu adalah kaffarah bagi dosa-dosa yang telah dilakukan
Yeah...
Blog aku telah berjaya mendapat kulit yang baru...chumel2...
rawatan sudah berjaya setelah beberapa lama bertapa...
tapi..
tuannya saja yang tak pulih lagi
dari
SAKIT GIGI
penyakit yang berlaku di satu bahagian saja iaitu:gigi
tetapi boleh mempengaruhi organ-organ badan yang lain seperti kepala
Juga perut,kerana sakit gigi menyebabkan anda tidak makan dan justeru itu menghasilkan angin-angin gastrik
dan sakit hati..kerana sakit gigi juga boleh mempengaruhi emosi lantas menyebabkan anda sensitif walaupun kepada perkara-perkara yang kecil
Serta beberapa anatomi badan lain yang terlibat sama ada secara sengaja atau tidak
(sila baca perenggan di atas sambil membayangkan gigi geraham anda di bahagian belakang sedang berdenyut-denyut sarafnya)
bagaimana cara untuk menghilangkan atau mengurangkan sakit??
1.ingat bahawa sakit adalah penghapus dosa@kaffarah-biasala..mulut dah selalu sengat buat dosa-dosa seperti mengutuk,menghina,mencaci,mengeji,mengumpat,mengomel dan sebagainya..dengan sakit juga sedikit sebanyak kadar maksiat mulut itu berkurangan
2.Fikir hikmah di sebalik sakit.contoh,membantu dalam proses mengurangkan berat badan dengan tidak mengambil makanan yang manis,seperti kek secret recipe yang sedap itu,makanan yang liat,seperti daging pakapau di kafe jati,makanan yang keras,seperti jajan dan segala makanan yang rapu,yang menyumbang ke atas penghasilan lemak dan kalori berlebihan di dalam badan
3.amek pain killer dan tidur(cara yang tidak boleh diamalkan selalu kerana pain killer boleh menyebabkan gastrik)
4.Berjumpa pakar perubatan@pergigian@tradisional( jika penyakit anda tidak dapat disembuhkan oleh perubatan moden).dapatkan pandangan mereka yang arif
5.Setelah berusaha..kita serahkan segalanya pada yang maha kuasa..bertawakal dan berdoa
okla...oleh kerana itu..esok@khamis aku nak naik unit kesihatan pelajar usim..kerana unit itu menyediakan rawatan pergigian pada isnin,selasa dan khamis.hari ni aku tak pergi.kelas full..
actually,juz a minor toothache dengan kemunculan lubang di gigiku ini...
Doakan Sayer cepat sembuh...
Labels:
Experience,
Oh so random,
OPinion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment