Wednesday, January 14, 2009

TIme,place and condition management

Hari ni hari yang kurang penat berbanding hari-hari yang lain.Mungkin aku sempat balik berehat dan tidur tengah hari tadi
dan tidak ada lab yang sangat memenatkan seperti semalam
Aku bersyukur...

Hidup sebagai seorang sains student ni memang akan banyak dihabiskan di lab.dan keadaan ini akan berlanjutan sehingga kerja jikalau anda ditawarkan pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan anda.Aku teringat cerita seorang lecturer aku yang beliau bermastautin di lab sepanjang tempoh pembelajarannya,siap makan tido lagi..

Harus anak pun diangkut pegi lab..kecik-kecik dah main HPLC....

Aku tak kisah jika terpaksa tidur di lab jikalau lab itu dilengkapi kemudahan tilam,bantal,selimut,wayarless yang kuat serta lain-lain lagi.Demandkahh????

Lupakan hal ini..
Sila berseronok sepuas hati dan bermalas-malasan di bilik sendiri sebelum terpaksa menempuh zaman 'lab-aholic' itu..Harus aku carik bakal suami yang keja mostly kat lab jugak..kang ada aku sibuk-sibuk tido kt lab..dia sibuk-sibuk tido ngn pompuan laen.
Abang jangan buat pasal bang!!!!hahaha

Hari ni aku nak mengulas topik pasal time management..terus terang aku cakap..time management aku tidak semudah dan selicin seperti yang aku expect..
Aku ada membuat planning..tapi
planning aku bersifat daily bukan monthly or weekly
emm..weekly kadang-kadang la...
dan kadang-kadang plan tu boleh dirosakkan dengan hal yang remeh..seperti tarikan dari laptop,magazine,kawan-kawan dan sebagainya
contoh terdekat..
Pagi tadi aku plan nk gerak ke kampus dalam pukul 7.40
TETAPI
Plan aku dirosakkan oleh kelembapan aku memakai contact lens jenama acuvue yang lembut nak mampus.sikit2 terlipat
Barangan israel betul la(acuvue ni keluaran JnJ..aku dah beli b4 boikot lg ea)
Tak berkualiti sungguh
Akhirnya tetap gerak dalam pukul 7.50,lambat sepuluh minit dari waktu yang dirancang

Jadi..
kesimpulan aku
Kita sepatutnya bukan sekadar ada time management saja
Tetapi place and condition management..bukan sekadar urus masa saja..tapi tempat dan keadaan..
Kita perlu berada di tempat yang betul pada masa yang betul dan dalam keadaan yang betul
Sekadar time management aku rasa itu kurang berkesan kalau kita betul-betul nak mendapat manfaat dalam apa jua yang kita lakukan
30 minit study di tempat yang tidak sesuai dalam keadaan yang tak sesuai takkan sama hasilnya dengan 30 minit study dalam keadaan yang sesuai di tempat yang sesuai
tapi..
janganlah kau buat perangai too choosy lak kalau esok deadline assignmnt dan ko tak tulis sepatah haram pun huruf pun lagi lak

MENGADA-NGADA

Ini sekadar apa yang aku applikasikan dalam kehidupan aku
I tend too be more flexible..but stick too what i've planned
Contoh..aku rancang malam ni nak search journal ataupun nk study
Kalau aku serabut pale otak pas balik kuliah..takkan la nak ngadap buku food analysis lak..baiklah aku carik journal dulu kan
Ini la flexi yang aku maksudkan
Tapi kadang-kadang..
masa aku akan terbuang kalau aku x letak matlamat untuk hari itu....
jadi..aku perlu lebih bermatlamat sekarang untuk menyiapkan kerja2 aku

P/s:matlamat tidak menghalalkan cara











1 comment:

MZ said...

jenama contact lense itu memang rumit nak pakai sebab ia terlalu nipis dan lembut dan juga agak mahal.

tidak sesuai memakai contact lense apabila sudah lambat ke kelas.

hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja