Monday, February 02, 2009

Aku dan kenangan itu..part 1

AKu sebagai budak yang kononnya rajin telah kembali ke nilai awal iaitu pada hari selasa
dan aku sebagai budak yang sememangnya malas masih tidak berjaya menyiapkan kerja-kerja yang melambak semasa cuti




SEKIAN LAPORAN DARI BILIK B9-5-1

Lupakan hal itu.....

Semalam kawan baik aku dari UKM sampai..thanks tiqah..oleh kerana aku merasakan nilai itu tidak cukup indah untuk dilawati..maka aku membawa mak cik itu ke rumah yani.oleh kerana merasakan tidak cukup korum untuk mengumpat berbincang..maka kami sepakat untuk menjemput cik rafeeqah rishahbudin@kudit untuk melawat rumah yani..
Dari kul 9 aku melepak kat rumah mak cik itu,mengimbau kenangan lama beb...sedih+gembira+kelakar..benda yang mengejutkan semua ada..jadi malam ini aku decide untuk revien kenangan-kenangan lama itu tanpa menghiraukan lab report food analysis yang tidak tahu diselesaikan kerana tidak dapat mengira nilai fat yang logik(gle arr dapat 215% fat dalam kentang goreng)

form 1

Tahun pertama aku di smakj..sangat homesick.
hari-hari call mak nak mintak pindah..sangat skema tahap ustazah hafal 28 juzuk,pakai tudung bulat yang menutup bontot..dah la tudung bulat..lipat bulat lak tuh..time kegemilangan aku sebagai insan yang berbadan ramping iaitu 26 kg sahaja sehinggakan mak cik aku memanggil aku dengan si ranting.time ni la aku kenal mak cik atiqah yg sempoi,juga mak cik nad yang menyukai senior form 5 iaitu ketua pengawas sekolah aku..giler arr..siap bersidai kt tepi tingkap tu untuk menatap abg prefect yang agak cute itu la...abang itu sudah bergelar ustaz di smakj jugak..hehehe
Time ni aku agak skeptikal trhadap akak-akak senior kerana mereka menegur kami seolah-olah mcm bagus,padahal diri sendiri sme je ..tapi x semua la kerana ada lagi yang masih kira ok la
TIme ni aku agak rapat dengan akak form 5..hal ini kerana aku mempunyai abg angkt yang juga mempunyai awek 1 tingkatan jadi aweknya itu rapat dgn aku..juga aku mempunyai akak2 angkat yg laen..mungkin kerana aku agak comel ketika itu ditambah pula aku agak peramah dan nampak baik lg skema


form 2

Pada tahun ni aku terpilih ke kelas 1st iaitu 2T..kelas campur lelaki n perempuan..tapi x best ar..lelaki die x cara2 arr...hahaha..aku de berkenalan ngn beberapa budak2 yang aku tak akan lupa sampai sekarang

1.Yang zulhelmi

hmm..dialah kawan gaduh..dialah kawan bergosip..sampai sekarang aku still contact die lagi kerana die amat pakar mencarikan jodoh untuk aku iaitu memilih lelaki2 kacak untuk aku usha...
(takpe mok..aku dah pandai carik sendiri,ok)

masa form 2 aku punya la pedajal dia dengan meletakkan minyak cap kapak di kerusi beliau hingga menyebabkan bontot beliau kepanasan..juga main ejek-mengejek serta keji mengaji..xpe yang ngn ko aku xde hal punya nak gaduh..mulut ko memang kelassss gitu...

2.Firhan samian

Inilah pakwe first aku seumur hidup..tapi beliau agak c****a sikit kerana beliau hanya mempermainkan aku..xpe..aku pun bukannya ada crush sgt kt beliau juz terima sebab nak rasa kapel tu cmne...dulu muka beliau memang cam tomok arr..kre jadik pujaan..tapi bila aku membesar baru aku menyedari bahawa beliau takdela hensem mana..begitu juga dengan tomok..
mereka sama2 tak boleh menjadi pujaan hatiku
NI first time aku kena panggil kat bilik guru sebab kantoi surat cinta mamat ni la
tak tahan aku..bagi surat siap ada pantun 2 kerat lagi

"pecah kata dibaling beruang,
sudah baca harap buang..nanti kantoi"

sori bro..aku tak sempat nak buang..ustazah gi cek lak beg aku..tak pasal2 kita kena sound kan..dan nape pastu ko terus tak layan aku..ko segan ea bro???

3.Member-member Inex

inilah geng aku masa form 2..sekarang masing-masing dah terpisah dan meneruskan haluan dalam hidup masing-masing

Ole-medic UKM
Ida-Account kt UK
Ijut-account Uitm Melaka
Ajad-UUM(ko kos ape..aku x tau pun)
Dijah-UTM>.skng furthe kt UTHM
Mus-agrotech UMT

geng kami agak bez..sempoi tetap sempoi..study tetap study..tapi segala kedajalan kepalanya aku ngn ijut la

Cakap pasal ijut..kesian kawan aku ni..dulu die minat ngan si firhan tu..tapi aku membuat onar lak dengan kapel ngan lelaki tu..xpe jut..die bukan best sangat pun..kira tak luak la aku rampas dia dari ko dulu~ahaks~


Kedudukan kelas 2T itu agak tak best kerana kami satu-satunya kelas form 2 yang dikelilingi kelas form 3..duduk sebelah kelas form 3 lelaki yg paling otai lak tu..

Tahun ni jugak adik aku masuk ke SMAKJ...jadi aku telah berperanan sebagai kakak yang caring la konon-kononnya semasa itu..hahaha
Bagaimanapun,beliau tidak rajin bertegur sapa dengan aku semasa di sekolah kerana beliau tidak banyak mulut serta pendiam yang amat

form 3

ni la tahun first aku exam besar..haaa..tahun ni la aku kenal ngn sorang mamat yang impak dia masih ada sampai sekarang dalam hidup aku

Ahmad Sallehuddin Hussim

kalau firhan tadi first pakwe,ini lak first love aku(pengakuan berani mati)
mula-mula mamat ni kacau-kacau aku je.aku mula-mula macam malas nak layan sebab dia agak nakal la..agak keji jugak la perlakuan da time tu...aku selalu gila gaduh ngn dia
Aku tak boleh lupa malam PMR gayut ngn dia sampai pukul 2 pagi..esoknya exam sains...
dengan dia ni aku agak lama la jugak kawan,sampai 2005,aku rapat dengan dia
dan disulami pergaduhan-pergaduhan
kerja gaduh baik gaduh baik(ko tak bosan ke bro time tu??)
sekarang aku ngan dia sekadar kawan biasa kerana beliau sudah mempunyai seorang awek..
aku rasa la aku ngan dia sekadar boleh berkawan saja..tak lebih...
dengan dia banyak la kenangan..banyaknya kenangan gaduh-gaduh
KO ingat tak time kita date..jap lagi kantoi ngn ustazah roslin..dapat ceramah kursus kawen free???
hahaha

time ni aku exam PMR dan SMRA..alhamdulillah aku cemerlang dalam dua2 exam tu...
walaupun banyak krisis taun ni..terutamanya dengan guru kelas aku time tu....

duduk dalam 3T yang cam tanah perkuburan time prep yang senyap gila itu membuatkan aku bosan..lagi2 time akhir tahun ada gaduh2...si illias masri yang syadid tu la..aduii..lias ko tau aku menyampah gila ngan ko time tu...benda remeh pun ko nak buat bahan ke bro???

Time ni jugak aku baik dengan budak bernama syufaati yang gaya ala2 mak datin,dengan lipstik merahnya...dengan suara kuat dan lenggang jalannya..secara automatik aku turut dikategorikan sebagai seorang yang datin ketika itu walaupun aku berperanan sebagai seorang follower saja..

hehehe..panjang lak aku tulis hari ni..oleh sebab aku dah mengantuk dan esok ada kelas pukul 9,maka aku membuat keputusan untuk tido..so esok free2 aku sambung balik kenangan2 itu,,hehehe

1 comment:

an2blur said...

wah. banyaknye cinta monyet dia.
clap. clap.

eh lagu ni best la wana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja