Saturday, February 28, 2009
Minggu Yang paling sibuk Yang pernah Kulalui dalam semester Ini
Dalam mood kepelikan dengan karenah orang-orang di sekeliling aku
mengapakah ada orang yang senang-senang tali perut boleh mengabaikan discussion group semata-mata kerana ada urusan lain yang dah deal lebih lama
....dan tanpa mahu memberitahu apa urusan itu...
Tahukah kamu yang projek product developement ini menyumbang 40% kepada peratus keseluruhan???
Dan tahukah kamu yang subjek ini berjumlah 3 jam kredit??
Dan yang paling penting untuk kamu tahu adalah projek ini adalah projek BERKUMPULAN
Yang memerlukan setiap ahli untuk memberi komitmen dalam kerja-kerja yang dilakukan
******************Pemisah antara ruangan*******************************
Aku baru saja melalui minggu yang paling sibuk dan mencabar dalam semester ini..dengan test,asignment dan kerja-kerja hafos telah membuatkan aku rasa macam ni
siapa-siapa rasa nak kena ketuk...sila naikkan angin saya ye
mesti ada yang cakap
eleh..bajet busy je..macam la dia sorang yang buat kerja...
hahaha..tau takpe
Minggu ni jugak Universiti aku ada menganjurkan minggu intergriti
ada pertandingan menulis sajak,pantun,sukaneka dan indoor game
tapi yang tak bestnya,aktiviti-aktiviti tu tak mendapat sokongan yang mantap dari warga FST
kesian aku tengok AJK-ajk tu bersiap sedia
Paling terasa masa indoor game..balik-balik muka yang sama je terkedek-kedek join semua game-game tu
sape lagi kalau bukan budak-budak 3rd year yang tak sibuk dengan tesis,lab work dan takde test ethics pada esok hari
Budak-budak 2nd year??
HARAMMMMMMMM...
Bukan setakat batang hidung
taik hidung pun tak nampak
MInggu intergriti adalah anually event yang dianjurkan oleh USIM
Mari sini aku bagitau apa maksud intergriti:
"Qualiti unggul yang wujud secara keseluruhan,padu dan mantap pada individu dan organisasi:(C.W Zanariah,2009)
(C.W.Zanariah,2009,Sesi tazkirah pagi,Kelas food analysis.DKS 2 ,USIM)
Maksudnya kecemerlangan yang menyeluruh pada setiap aspek,akademik,rohani dan sahsiah..
Tapi minggu intergriti yang dianjurkan di bawah fakulti aku pulak tak begitu berjaya mencapai objektifnya berdasarkan situasi-situasi yang berlaku semasa minngu intergriti ini:
1.Wujudnya golongan-golongan lelaki yang tidak menghormati kaum wanita secara sewajarnya.Hal ini berlaku ketika pertandingan best costume(buat baju guna surat khabar..ala macam yang selalu main masa orientasi itu la)
mereka dengan selambanya mengeluarkan komen"u are very hot"
dan yang mengeluarkan komen itu adalah pelajar tamhidi lelaki
kepada pelajar 1st year perempuan
Anda semua perlu tahu bahawa perkataan "hot" bukanlah suatu pujian yang wajar diberikan pada seorang wanita
apatah lagi di khalayak ramai
2.MInggu intergriti juga tidak menyatukan golongan senior dan junior.Terdapat junior-junior yang tidak menghormati senior semasa permainan langsung
Apa salahnya memanggil dengan penuh sopan
kalau tak tau nama,panggil "kak" sudah lah
Bukan kena bayar pon..
3,Terdapat golongan yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong
semasa mengambil hadiah kemenangan bagi acara indoor walaupun diri sendiri tak jejak kaki pun ke pertandingan itu
Spesies muka kuat cari publisiti tak tau malu
malah dengan selambanya bertanya kepada orang yang berpenat lelah menyertai pertandingan itu<"korang masuk acara apa ek" wah..wah..wah Banyak CANTIK muka ko ek... kau tu masuk semua acara ke???
4.Kehadiran yang tak memuaskan semasa pertandingan dan majlis penutup Terutama daripada junior Hello adik-adik akak-akak pun busy gak support la sikit-sikit adik-adik oi.. adik-adik buat tesis jugak ke???? harapan aku,semoga minggu intergriti tahun depan dapat dirancang dan diteliti betul-betul>bagaimanapun,perancangan ini tak mungkin berhasil jika pelajar-pelajar sendiri tak mahu mengubah sikap
Ingatlah,hidup ini bukan dengan kertas dan buku saja..
Labels:
Experience,
OPinion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment