Kita datang seorang(kecuali kembar) dan kita pergi seorang(kecuali mangsa pembunuhan beramai-ramai yang ditanam di dalam satu liang.
tapi...
Kita tak perlu berseorangan dalam menjalani kehidupan
Kita masih perlukan kawan-kawan
Yang sanggup susah senang bersama
Menasihati ke arah kebaikan
Membantu apabila kesusahan
Jujur dalam persahabatan
cuma
Adakalanya kita perlu berseorangan
untuk beri waktu kepada diri sendiri
fahamilah
Terima kasih kepada kawan-kawan
Yang sudi bersama pada waktu susah dan senang
lagi-lagi waktu aku melalui saat-saat paling sukar dalam hidup aku
sewaktu aku sedih dengan pemergian ayah aku
Tanpa kawan-kawan ini
Mungkin aku tak berdaya pada waktu tu
Nasib baik ada kawan-kawan
Terima kasih juga pada kalian
Yang bersabar dengan karenah dan sikapku
Bersedia memberi nasihat walaupun kadang-kadang tu nampak macam aku tak terima
Walaupun aku nampak marah-marah dan ade je jawab
Tapi aku tetap simpan dan fikirkan balik kata-kata kalian tu
Buat pedoman dan pengajaran
Terima kasih juga pada 'kawan-kawan'
Yang cuma ada di waktu aku senang je
Yang datang cuma ketika aku bahagia
dan pergi ketika aku derita
Yang menyokong membawa rebah
Yang mengutuk dan menghina bila aku jatuh
Kerana korang la
Aku dapat bezakan antara kawan dan 'kawan'
No comments:
Post a Comment