yeah..segmen mari mengumpat bersama aku kembali lagi...
Sila tinggalkan post ini jika anda juga tergolong dalam golongan-golongan 'suci'
"holier than thou"...emm..ni lagu metallica kan...even aku bukan fan metallica..tapi tergoogle terjumpa pulak lirik ni..
Who are you? where ya been? where ya from?
You lie so much you believe yourself
Judge not let's ye be judged yourself
Holier than thou
You are
Holier than thou
You are
sudah tu sudah...aku tak pernah tau lagu ni dan aku tak nak mengulas pasal muzik dan lirik kali ini..
TETAPI
Aku nak mengulas mengenai satu fenomena yang kini kian parah dan barah dalam masyarakat kita khususnya warga USIM.gejala ni amat kronik di sini apatah lagi USIM adalah tempat berkumpulnya pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama yang sudah tentunya dibekalkan dengan seribu satu macam ilmu agama dan asas-asas islam...mengaji tinggi-tinggi dengan penampilan yang sejuk mata memandang..yelah..ingat senang ke nak jumpa IPTA yang MAJORITI pelajar wanitanya berpakaian menutup aurat(aku tak kata semua,,tapi majoriti kerana kita faham definasi aurat itu..dan aku bukanlah orang yang layak untuk berpesan tentang aurat kerana aku juga masih belum sempurna dari aspek itu)..dan aku bangga kerana USIM menawarkan subjek-subjek agama dan bahasa arab kepada semua pelajarnya tak kira apa juga bidang yang diambil..
tapi...adakah dengan penampilan yang serba sempurna itu
dengan ilmu agama setinggi itu
Kita lagi mulia dari orang lain..
Ok fine..mari aku jelaskan konsep holier than thou tu
bahasa mudahnya kalau kita definasikan word by word adalah
lebih mulia dari orang lain
kalau bahasa kurang sopannya
BAJET BAGUS
aku dah cukup muak dengan orang macam ni...aku dah jumpa orang macam ni dah banyak kali..sejak sekolah menengah lagi dan sampai ke universiti..dan di sekeliling aku masih banyak orang-orang yang menjengkelkan aku ni
Sebaik manapun kita..
Sebanyak manapun ibadat kita..
Setinggi manapun ilmu kita
Sehebat manapun CGPA kita
Kita ni siapa nak perasan diri ni lagi bagus dari orang lain..
Hey..sedarlah kita ni sama-sama dari tanah..
Dah mati pun kembali kepada tanah jugak...
Senang je kalau nak kenal makhluk-makhluk HTT ni..melalui perbualan dan gaya cakap die pun kita dah tau..melalui cara mereka 'memberi nasihat dan peringatan',melalui tutur kata..
Golongan HTT ni suka memandang rendah kepada o rang lain terutamanya mereka yang tidak menepati standard-standard berpakaian dan berakhlak(pada mereka la)
pada diorang ni..golongan-golongan tu memang tahap rendah setaraf petala bumi ketujuh la..lagi rendah dari teras dalam bumi
ko bayang ko lagi dalam dari teras bumi.....
nak aku bagi contoh ke ayat-ayat HTT..boleh gak cz setakat ni blog aku selamat dari bacaan HTT yang aku kenali
"wana...boleh ea pakai mcm ni je..****** tak boleh pakai tudung pendek-pendek sangat ni..rasa macam tak de malu je(sekadar ayat tiada kaitan dgn yang hidup atau mati..aku saja je reka..senang nak bagi contoh)
kalau pergaulan..die bergaul ngn klik-klik mcam die je..hina kot kawan ngan orang lain
Kalau nampak org lain macam sikit,jeling die tajam macam mata pedang
kalau bercakap,macam dia sorang je betul
Benci3x....
benda-benda macam ni lah yang menyebabkan orang yang biasa-biasa macam aku ni segan nak mendekati diorang
dan menyebebkan ada gap di antara satu sama lain
senang-senang je orang boleh classify...
"oh..tu geng alim".."yang tu geng jangok"
Rilex la beb..aku de roomate kat matrix dulu..dak sekolah agama..pakai tudung labuh lagi
tapi selamba je jalan ngn roomate aku yg chinese..dan sorang lagi roomate aku yang free- hair
ada masalah ke????
ok..last but not least
IN opinion..semua orang mesti ada sikit rasa tu dalam hati
tapi juz keep it to yourself boleh tak???
No comments:
Post a Comment