entry jiwang dari aku.harap tidak termuntah.
Apa ada dengan cinta???
Cinta kepada tuhan.
CInta kepada negara
Cinta kepada keluarga
Cinta dunia
dan macam-macam cinta
TApi cinta yang nak dihighlightkan di sini adalah cinta sesama manusia,atau istilah canggihnya adalah couple(hohoho..mode terpengaruh blog-hopping sana-sini,orang lain asyik cakap pasal cinta je.aku pun nak jugak)
apa itu cinta sebenarnya:
-mesej i love u.u love me
-caring gila sampai doploh saat sekali ko kena mesej
-hadiah bear semasa birthday
-Renungan mata yang mencairkan
-kemesraan yang boleh membawa kepada penglibatan JAIS dalam ops cegah maksiat
cinta ke????
inilah kesilapan besar kita kerana tak pandai membezakan cinta dan nafsu,cinta dan kagum,cinta dan sifat ingin memiliki,cinta dan minat
TIDAK..cinta itu lebih dari itu.cinta merangkumi semua itu
CInta perlu pengorbanan,dan kemungkinan ada yang terkorban,ada yang bahagia
CInta boleh memusnahkan negara,macam dalam movie troy tu..cinta boleh jadi pembakar semangat untuk berjaya dan bahagia
Memetik kata HAmka dalam novelnya tenggelemnya kapal van de wicks yang aku pernah terbaca lepas jumpa bawah katil mak cik aku,tapi kata-kata tu terjumpa dalam internet..apakah??
cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
cinta bukan melemahkan semangat, tetapi mebnagkitkan semangat.
cinta lebih dari tarikan fizikal dan ia tak memerlukan sebab,tapi ia juga boleh hadir bersebab.contoh,jatuh cinta kerana sikap caring..jatuh cinta dengan kelembutan dan kasih sayang
.Ia tak bermata..ia tak buta tapi ia mampu membutakan insan yang bermata
Ia suci,namun kerapkali kesuciannya dicemari
CInta itu antara dua jalan:bahagia dan derita
Berapa ramai yang kecundang dalam mencari cinta,mencintai tanpa memiliki.Namun ada yang bahagia tanpa memiliki,asalkan insan yang disayanginya itu bahagia.Tapi,berapa ramai????
CInta mampu berubah kepada dendam,andai hasrat hati tak tercapai.mampu menukar kelembutan kepada kekasaran.DAn dendam itu mungkin berterusan andai tiada penawarnya...
Namun,pemilik hati janganlah memilih jalan dendam yang membara,sebaliknya pilihlah jalan kemaafan kerana itu lebih menyenangkan
Ya allah,andai aku jatuh cinta LAGI,berikanlah hati ini berlabuh pada orang yang ikhlas mencintaiku selepas ia mencintaiMu,Rasulmu dan keluarganya
No comments:
Post a Comment