Mula-mula ingat nak bagi via e-mail je sebab dia ada bagi e-mail kat aku.Tapi bak kata achik,"daripada kau tulis kat email,baik kau post kat blog aje.Sekurang-kurangnya dapat jugak ko manfaatkan ilmu yang dapat dari seminar ni.ni tak..tulis merapu je kat blog"
AMBOI!!!!kau kutuk aku merapu ye.....
Okey,Berbalik kepada topik utama.World Halal Research Summit adalah program anjuran HDC(halal Industry developement corp.), iaitu badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan standard halal,menjalankan audit dan pensijilan halal,juga membantu mempromosi pembangunan produk HAlal dari malaysia di pasaran dunia.
Oleh kerana aku bukanlah staf HDC,jadi aku malas nak mengulas lebih lanjut mengenai misi,visid an struktur organisasi HDC.Untuk keterangan lanjut,nak join halal training ke,boleh la klik sini
Seminar ni diadakan dalam masa 2 hari,dengan 8 pembentangan.Berikut adalah senarai pembentang dan tajuk pembentangan mereka
- Updates on global halal research and developement Prof.Dr.Yaakob Che man-Pengarah Halal Product research Institute UPM
- Exploiting Palm OIl Potential for Halal Industry Dr.Miskandar Haji Mat Sahri-Ketua Unit Food Technology and Nutrition MPOB
- Update on current research on gelatine alternative Dr.Abdul KArim Alias-Professor of Food Technology Division, School of Industrial Technology,
University Sains Malaysia (USM) - Advance Research in Pharmaceutical Products
Dr. Azizi Ayob
Head of Pharmaceutical R & D Centre,
Chemical Company Malaysia (CCM), - Halal : An Emerging Food Quality Standard - Similarities of Halal & HACCP
Dr. Mianz N. Riaz,
Director of Food Protein R & D Centre,
Texas A & M University (TAMU),
UNITED STATES - Updates on Global Halal and Kosher Industry
Prof Dr. Joe Regenstein,
Professor of Department of Food Science,
Cornell University
UNITED STATES - Halal Certified Machine Lubricants
Mr. Eduard M. Stemfel,
Product application Specialist,
Shell Global Solution,
SWITZERLAND - Artificial Bone as an alternative solution for Halal bone implants Dr.Iis Sopyan-Proffesor Kuliyyah of ENgineering,IIUM
-Aku pecahkan entry ikut part-part mengikut sesi.ada 3 sesi.dan dalam satu sesi ada 2@3 paper presentation
-Setiap paper presentation aku akan pecahkan pada 3 part:
1.Pengenalan tajuk-aku tau tak semua reader ada asas food sains dan biotechnology.JAdi part ini adalah di mana aku akan terangkan benda ni secara asas berdasarkan apa yang aku belajar,dan kalau aku rasa ia tak cukup,aku akan search di internet.juga aku akan sertakan laman web dan buku yang kamu boleh dapatkan untuk pemahaman lebih jelas(jika berkaitan)
2.Skop pembentangan-haa..ini adalah part penting,di mana ia mengandungi isi-isi paper itu secara ringkas (mau patah jari nak tulis semua kan..haruslah blog aku ni jadi blog rasmi WHR kalau aku tulis semua sekali..ye tak???)
3.Ulasan aku-mengenai isi paper itu dan apa aplikasi dan reserach yang boleh kita teruskan(jika ada idea).Ulasan ini adalah ulasan peribadi seorang pelajar under-graduate dan bukan bertujuan menggugat kredibiliti pembentang yang sudah diakui kepakaran mereka.HArap maklum dan tiada perkara berbangkit di atas ulasan ini
Seterusnya..sila rujuk entry yang berikut untuk part 1
No comments:
Post a Comment