Friday, May 08, 2009

MY own view regarding World halal Research summit-Part 1

PArt 1 ini mengandungi 3 pembentangan kertas kerja iaitu apa yang telah aku mention di part pengenalan tadi.JAdi tanpa membuang masa,mari kita lihat apa yang dibentangkan dalam kertas kerja pertama iaitu

Updates on GLobal HAlal Research and Developement

Pengenalan:

Kertas kerja ini mengulas mengenai kajian dan pembangunan produk halal,khususnya mengenai makanan.Seperti mana diajar dalam islam,halal bermaksud dibenarkan untuk kegunaan pengguna muslim,dan lawannya adalah haram,iaitu tidak boleh dibenarkan dalam ajaran islam.Semua makanan di dunia adalah halal KECUALI dinyatakan mengenai pengharamannya di dalam al-quran atau hadis.Tak banyak pun yang haram tu.Basicly,makanan haram tu dibahagikan kepada 2,haram sebab dia memang haram pada zatnya,dan haram dengan sebab benda lain,iaitu beli guna duit haram ke.dan benda yang memang haram pada zatnya itu,seperti yang disebut dalam quran dan hadis adalah:
  • Babi dan keturunannya

sila jangan makan saya....
  • semua binatang pemangsa dan berkuku tajam serta bertaring.jadi kau jangan la makan kucing ye
  • Binatang yang tidak disembelih dengan menyebut nama allah
  • Binatang yang disembelih atas nama selain allah,seperti untuk berhala
  • Bangkai(mati tanpa disembelih),kecuali seafood
  • Arak dan segala jenis yang memabukkan
  • Darah
selain tu..korang nak sental....sentalllllll..janji jangan lupa baca bismillah dan tidak melampaui batas




Skop Pembentangan

Dalam pembentangan ni,Prof Dr.Yaakob mengulas mengenai isu-isu dalam industri makanan halal.Antara isu utama ada babi tonyok dan keturunannya,pencemaran oleh bahan berbahaya seperti Melamine dan juga percampuran antara produk berkualiti tinggi dan rendah dan alkohol.
Beliau juga mengulas mengenai prosedur pensijilan halal,juga analisis terbaru untuk mengesan pencemaran oleh benda-benda haram itu.Antara analisis terkini adalah:

1.Fourier Transform Infrared(FTIR) spectroscopy

Berasaskan interaksi antara gelombang electomagnetic dengan komponen kimia(ala..infared yang macam kat henfon tu).setiap bahan memberi tindak balas berbeza terhadap gelombang itu.JAdi dengan itu kita bolehlah bezakan lard(nama manja daging si tonyok itu) dengan daging ayam@lembu serta lain-lain lagi.Juga kita boleh mengesan jika ada unsur-unsur lard dicampurkan dalam sumber halal.

Hai...I la babi tonyok atau nama manja I lard


2.Electornic-nose-mengesan unsur babi menggunakan bau.Hidung ni tak macam hidung korang yang berhingus tu...jadi dia lebih tepat dalam mengesan bau babi

3.Differential Scanning Calorimetry
-applikasi suhu untuk mengesan perubahan properties fizikal dan kimia dengan mengawal dan memanipulasi suhu

4.Teknik biologi molekul-mengesan unsur-unsur babi dengan teknik DNA sebab DNA bagi setiap hidupan adalah berbeza antara satu spesis dengan yang lain.

Ulasan

Dalam kertas kerja ini,kajian banyak fokus pada babi je..jadi para saintis seharusnya membangunkan kaedah analisis untuk mengesan unsur haram yang lain seperti arak dan binatang yang tidak disembelih dengan betul,seperti ayam cucuk.Pada pengetahuan aku la.kat malaysia ni takde lagi kaedah analisis untuk mengesan binatang yang mati sebab benda lain,bukan sebab sembelih..Kajian arak juga dah ada di malaysia,tapi mungkin ia boleh lebih dibangunkan.haa..dalam seminar ni ada juga teknologi beru untuk kesan unsur babi dalam makanan.guna cip kecik aje(tapi mahal la).

Kertas kerja 2:
Exploiting Palm OIl Potential for Halal Industry

Pengenalan:
Minyak kelapa sawit adalah salah satu daripada hasil eksport terbesar di negara.NAmun kebanyakan kita cuma tahu kegunaannya hanya sebagai minyak masak,dan juga buat sabun.Minyak dan lemak(actually dua ni sama je,cuma minyak adalah lemak yang berkeadaan pepejal dalam suhu bilik) ni banyak kegunaan dalam kehidupan,jangan takde minyak langsung pulak la kan.selain memberi tekstur dalam makanan,ia juga adalah pembawa(BI nye carrier..nak terjemah bunyinya adalah pelik walaupun aku bukan anak didik PPSMI) bagi beberapa jenis vitamin saperti A,D,E,K dan penebat haba juga melindungi organ dalam badan.

Untuk lebih jelas:boleh dapatkan buku ini.ada di library USIM
Understanding food science and technology / Peter S. Murano
Atau baca article pdf ini-http://wellness.uwsp.edu/MedInfo/Handouts/LAs/Fats.pdf

Skop pembentangan

Malaysian Palm Oil Board(MPOB) telah memperluaskan lagi penggunaan minyak kelapa sawit.Antara produk yang baru diperkenalkan adalah:

1.Low cholestrol Fat replacer
Untuk menggantikan penggunaan daging dalam penghasilan nuget,sosej,bebola daging,burger dan lain-lain lagi.Jadi produk adalah lebih rendah tahap kolestrolnya
2.Marjerin
3.Vitamin E-kelapa sawit mengndungi banyak vitamin E.Jadi produk pharmaceutical Vitamin E boleh dihasilkan dan diekstrak dari kelapa sawit.Sesuai sebagai agan anti-oksidan untuk melawan kedutan dan mencantikkan kulit
4.Sabun dan detergen
5.Dihydroxy stearic acid-emulsifier(nak cmapurkan 2 solution yang asal tak boleh campur-macam minyak dan air) bagi bahan kosmetik
6.Cheese analogue(macam keju tapi bukan keju)-macam keju cuma dari pal oil.lebih terjamin halal sebab kadang-kadang keju tu jadi haram jika sumber rennet(enzyme untuk memejalkan keju) berasal dari sumber yang haram

Untuk keterangan lanjut,boleh buka web ini

Ulasan
Research yang agak bagus dan boleh menyelesaikan pelbagai masalah.Harap produk-produk ini boleh dikormesialkan untuk kegunaan umum di Malaysia.

3.Update on current research on gelatine alternative

P
engenalan:haaa...ni satu isu hangat ni.lagi-lagi sekarang ni banyak penggunaan Gelatin dalam makanan,lagi-lagi dalam aiskrim,marshmallow,jeli dan baaaaaaaaaaaaaaanyak lagi lah.DIa biasanya nak bagi struktur ala-ala lembik-lembik jeli gitu.Juga digunakan dalam industri jus untuk membuang benda-benda tak sepatutnya dalam jus tu macam bau,rasa pahit dan sebagainya.Juga ada digunakan dalm industri kosmetik tapi dengan nama lain iaitu hydrolyzed collagen.

Untuk keterangan lebih lanjut.Boleh cari buku ini.Juga ada di library USIM
Food : the chemistry of its components / T.P. Coultat


Skop Pembentangan

Mengikut definasi,gelatin adalah polypeptide yang dihasilkan daripada collagen daripada tisu haiwan,melalui acid/alkali treatment.

Oleh kerana 90% sumber gelatin adalah dari sumber tidak halal iaitu babi dan binatang yang tidak disembelih,maka kita perlu mencari alternatif bagi gelatin tidak halal ini.Antara sumber
alternatif adalah

1.Gelatin daripada ikan-boleh je digunakan tapi hasilnya tak sebaik hasil gelatin dari mamalia,sebabnya ia tidak boleh membentuk gel dalam suhu bilik.Malah,hasil gelatin yang diekstrak dari ikan adalah sangat sedikit iaitu antara 6-18% aje.Namun,terdapat pelbagai cara untuk mengubahsuai dan menambah baikkan gelatin dari ikan itu antaranya melalui radiasi,penambahan solute(larutan), crosslinking(tolong..tak reti hurai BM nye apa..ikut maknan perhubungan silang.ceh macam hubungan songsang pulak) menggunakan enzim dan kimia dan mencampurkan gelatin ikan dengan gelling agen yang lain.

2.Gelatin dari poultry(ayam and the gang)
3.Berbagai jenis polysaccharide dari tumbuhan(diorang bukan gelatin tapi macam gelatin.properties lebih kurang) cuma tak tak sehebat gelatin sahaja
4.Kejuruteraan genetik-untuk menghasilkan polysaccharide dari microorganism melalui proses penapaian

Dr.Abdul KArim juga mencadangkan pelbagai kajian terus dijalankan antaranya:
  • menambah baikkan prosedur mengekstrak gelatin dari ikan
  • mengkaji potensi enzim untuk mengubah dan menambahbaikkan gelatin dari ikan
  • mengkaji kaedah kimia
  • mengkaji kegunaan komponen dari tumbuhan dan potensinya seperti tannin,ferulic
  • mengkaji kaedah fizikal seperti radiasi
Ulasan

K
ita haruslah menjalankan pelbagai kajian untuk mengenalpasti bahan-bahan lain yang boleh menggantikan gelatin sebagai bahan penambah-baik sesuatu produk.Ada juga cadangan dari delegsi yang hadir tadi,yang mencadangkan agar pengusaha gelatin menjalankan kolaborasi dengan rumah sembelihan halal.MAcam mana tu???Apabila rumah sembelihan telah menyembelih haiwan-haiwan,maka jangan lah dibazirkan tulang,kulit dan tendon tu.BAgi@jual dengan harga yang murah kepada pengusaha gelatin.selesai masalah...kira macam win-win situation,pengusaha rumah sembelihan dah tak perlu susah-susah bersihkan sisa-sisa dan pengusaha gelatin dapat sumber halal..

Begitu sajalah ulasan aku untuk sesi 1..MAta pun dah ngantuk dah ni..Kalau free bila-bila aku sambung lagi ulasan aku....

p/s:maaf lah jika ulasan ni agak sempoi.penat maaaa nak taip.Harap sabar menunggu.tapi kalau nak hard copy bagi paper presentation ni,aku ada.boleh fotostat dari aku

1 comment:

Anonymous said...

sayerbest.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading sayerbest.blogspot.com every day.
faxless payday loans
payday loans online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja