Wednesday, July 29, 2009

SAya meluat tengok perempuan gedik,tapi kadang-kadang saya rasa mereka gorgeous

wah,panjang kan tajuknya......
Idea menulis ini dicungkil hasil brain storming bersama rakan-rakan di sebuah lab pada suatu petang
tatkala melihat facebook seorang senior
"wah,cunnya dia ni.tak perlu gedik-gedik buat-buat manja macam sesetengah orang"
yup,she is really really beautiful compared to another girls that i know,who is totally gedik dan suka buat aksi manja ala ala cute

oh,perempuan gedik memang banyak bersepah di sekeliling kita,apatah lagi di era kemodenan,equaliti di mana perempuan nak nampak menonjol dan dilihat setaraf dengan lelaki.By the way,apakah definasi gedik???
-mengada-ngada
-suka tarik perhatian
-manja yang dibuat-buat

dan ada yang faham gedik tu sebagai ceria,happening dan kelakar(wah,gedikkah aku jika begitu)

Namun,gedik yang ingin ditegaskan adalah gedik yang pilihan pertama,kalau ada yang nak kata ceria dan happening itu adalah gedik,silakan.

Biasalah,kita memang selalunya menyampah tengok perempuan gedik,dengan aksinya,gayanya,rasa macam nak sepak-sepak je kan.Tapi kadang-kadang,ada orang yang tak perasan diorang gedik.Sebab sifat manja tu adakalnya adalah semulajadi,jadi orang dah tafsirkan mereka sebagai gedik,walaupun sebenarnya tidak.kesian kan..

Tapi kalau gedik yang sengaja sampai nak buat orang termuntah..harus disepak terajang hingga terlentang....
Walau apa pun keburukan si gedik,mereka tetap ada kelabihan tersendiri iaitu selalu nampak gorgeous dan bergaya,Kebanyakan yang aku tengok macam tu la.Mungkin mereka sedar yang kegedikan mereka itu mampu meraih perhatian,justeru banyak mata tertumpu kepada mereka.dan untuk menjaga imej,maka mereka harus berpakaian kemas dan cantik.Takkan lah nak dengar orang kutuk
"dah la gedik,selekeh pulak tu"
kerana perkataan gedik dan selekeh adalah nampak antonim,tidak sesuai bergerak berganding bahu

Para gediks selalunya agak arif mengenai dunia fesyen dan penampilan diri,juga senang untuk dicam dan dikenalpasti.maka senanglah untuk dapat job kerana mereka agak berkeyakinan tinggi dan berani bersuara even nampak macam mengada-ngadalah.Cuma mereka perlu membuktikan bahawa mereka adalah beauty with brain,bukan dumb blonde.

maka wanita gedik itu selalu menepati ciri gorgeous:bergaya dan berkeyakinan.Oh mungkin kurang satu yang tak semua gediks ada iaitu BIJAK.

oh,mari lihat ikon gedik sedunia,walaupun tak bijak tetapi kaya.


P/s:bukan perempuan je,lelaki ramai juga yang gedik,namun mereka menyalah tafsirkannya sebagai romantik dan gentleman

Monday, July 27, 2009

Sehari dalam hidup seorang wanita garang

Saya seorang wanita garang.Oleh sebab itulah tiada lelaki yang mahu dekat dan menyebabkan saya single hingga ke hari ini.Mungkinkah wanita garang itu kelihatan amat kejam dan menakutkan???

Okey,siyes tipu.Takdelah garang mana pun.Cuma semalam terpaksa tunjuk garang sehingga membuatkan sejumlah umat manusia mungkin berasa jengkel

Semalam adalah hari pemilihan PRU baru.Ramai jugak la calon yang datang.EVen nama yang isi adlah sebanyak 200++,tapi yang datang cuma 100++,kira OK la kot.Oleh kerana tak cukup orang,manakala aku dah pun menjadi PRU veteren yang hampir-hampir digulingkan,maka aku mendapat amanah untuk menjadi fasi bagi menemuduga calon PRU baru.Awal-awal lagi,aku dah pasang niat jahat dalam hati untuk berlagak siyes.MAna tak,yang datang interview sorang-sorang matured gler dah sampai umur mampu kawen,gaya ala-ala matang ya amat,takkan nak ditemuduga fasi kuat sengih macam kerang busuk.Walaupun cute kononnya,terpaksa berlagak garang ala-ala virago untuk nampak matured.Ceh

ada beberapa sesi dalam pemilihan ahli baru ini
Pembinaan kertas kerja,modul,debat terbuka dan interview secara berdepan

haa...paling aku suka adalah segmen debat:i love talk
Dengan daringnya aku bagi tajuk:Blog:sebar maklumat atau fitnah

oh,ini satu isi dari peserta

"saya ada terbaca blog yang perasan yang amat,iaitu sayerbest.blogspot.Blog ini adalah sumber fitnah terbesar di dunia internet.Tengok tajuk pun kita dah tau yang ia adlah blog picisan.MAna taknya,dia tak best pun mengaku best.Merepek merapu pulak tu.Orang yang buat tu mesti suri rumah yang bosan gila laki outstation,anak pergi asrama,nak cari laki lain pun x boleh sebab takde duit nak beli mekap.jadi dia tulis la blog tu"

anda percaya?percayalah anda sedang ditipu.Berani la peserta tu cakap gitu.harusssss kena humban dari tingkat 3 FSU time tu jugak.

Haa.the most crucial part adalah semasa sesi terakhir iaitu interview.ada 5 penemuduga dan 4 peserta dipanggil dalam satu-satu masa di dalam 1 dewan kuliah.BIasalah,pengenalan diri,apa kelebihan anda dan apa sumbangan yang anda boleh bagi jika terpilih.Biasalah,saya akan bagi komitmen,komitmen dan komitmen.Ayat yang dah biasa dengar tapi kurang biasa dilaksanakan termasuk oleh penulis sendiri.SILA INSAF SEKARANG.APA KO INGAT KOMITMEN TU SAMA MACAM MAKAN KACANG?????

aku suka masa bagi soalan situasi.I likeeeeee....dari sinilah kita dapat tengok kemahiran mereka menjawab soalan dan membayangkan situasi.awal-awal lagi Jud dah pesan kat aku,kita push-push dorang.tengok sejauh mana keupayaan dorang.

MAka menderitalah peserta melihat muka interviewer yang berlagak garang.

Program habis sekitar pukul 5 p.m.baru beria nak blah ada post mortem lak.TIme tu serius dah sakit kepala pening gila nak pilih calon yan layak,tambah lak lapar gila

Tapi ada satu kepelikan di sini....

Mengapakah aku masih mampu ke giant dan makan KFC sedangkan aku sakit kepala gila selepas program tadi.Juga mampu membaca majalah dan buku free di kedai buku di dalam giant.

Kekuatan dalamankah?
Atau giant itu sendiri membawa aura kesegaran??

Thursday, July 23, 2009

MAri kita membalas dendam kepada bekas kekasih yang kejam

Anda pernah putus cinta?Merana dan ditinggalkan sehingga menangis berguling-guling di atas tilam?

Alah,setakat ngumpat belakang..takde efek..

Setakat buat ucapan kat sinar fm time malam-malam tu..tak cara dah

Apa kata kita cuba cara yang lebih ekstrem

Maka marilah kita mengkaji teknik-teknik membalas dendam kepada bekas kekasih/suami/isteri/tunang yang amat kejam,yang dilakukan oleh orang-orang di serata dunia



1.Seorang isteri melelong kondom suaminya yang curang dan underwear skandalnya

Ini dilakukan di E-bay,setelah isterinya menjumpai bekas-bekas skandal itu.Apa yang paling best,dia melabelkan kondom itu sebagai bersaiz kecil...

2.Seorang isteri melonggokkan barang-barang suaminya yang curang di depan rumah



Tengok,gila ekstrem siap tulis cheating husband lagi.Mau satu kampung tau.Amek kau.siap bot lagi,

Selamat tinggal suamiku

3.Buat grafiti "cun" giler kat kereta ex-boyfriend


Ini kalah along bukit beruntung ni,siap cat merah gitu.Nak-nak lagi kalau baru beli kereta vios cash 2 minggu lepas,jap lagi kena simbah cat merah,mengancam gitu.

4.Suami bengang melelong isteri curang di E-BAy


Murah-murah..sila beli isteri saya,masih mengancam walaupun dah ada anak 8.nasib baik la kau tak lelong kat pasar hamba abdi macam dalam movie 3 abdul.kalau tak haru gitu..
DAn siap ada yang membuat bidaan berharga £500,100.

5.Bakal pengantin yang bengang menampal poster bakal suaminya yang digrab dari facebook

Kejadian ini berlaku di Itali apabila seorang bakal pengantin,Valeria,28,terjumpa facebook bakal suaminya.dan apa yang menyedihkan,gambar itu jelas lagi terang menunjukkan bahawa si jantan itu beraksi terlampau bersama wanita lain
Oleh kerana beliau terlalu bengang,maka beliau pun mencetak gambar itu lalu ditampal di sekitar jalan di rome.

Gambar tidak disiarkan di blog ini atas sebab tapisan kepada kanak-kanak di bawah 18.

6.Menjual segala barang-barang buruk bekas suami

7.Seorang lelaki jerman yang emosi menggergaji rumah 2 jam selepas bercerai


owh,sunggu ganas.nasib baik dia tak gergaji janda dia sekali

pesanan penaja:walaupun aksi ini nampak agak ganas dan sesuai untuk membalas dendam,namun ingatlah bahawa jalan kemaafan itu adalah lebih baik.Kalau dah takde jodoh,sile redha di atas segala takdir,dan muhasabahlah diri sendiri.Membalas dendam dan bermusuh-musuh hanyalah perkara sia-sia yang bukan sahaja membahayakan mangsa,malah diri kita sendiri

Jalan kemaafan itu adalah lebih indah dan diredhai.

Saturday, July 18, 2009

finish already

alhamdulillah,bertemu semula kita setelah aku lama mendiamkan diri akibat putus cinta.ceh propa..ok,hakikat sebenarnya adalah aku terlibat dengan program anjuran fakulti aku iaitu halal food seminar atau nama manjanya HaFos.TUla,tak datang lagi,kan dah tak nampak aku menjual muka atas stage,bukan sepagai speaker ye adik-adik,tapi sebagai gadis pembawa dulang hadiah,atau lebih mesra dikenali sebagai siti dulang.Apehal lak siti kena kan,padahal nama aku nurul.Takpe,pasni aku akan membawa usul ni ke parlimen untuk menukar menjadi nurul dulang.Eh,apahal pulak tak lulus.tu maid indonesia boleh je dapat cuti sehari seminggu,ni apasal aku yang bawakkan dulang untuk CEO KFC tak lulus lak??wahhhh..berlagak amat..

Aku berperanan sebagai ajk biro penerbitan.Tu yang korang nampak banner-banner ngan bunting hafos kaler oren on the way nak pegi ktm nilai,ke giant ke tu.tu biro aku pny keja la.tambah pulak dengan buku program yang dah muak aku dengar orang puji cantik tu.tu semua biro aku la yang wat..hahaha.....

Berhak untuk berlagak setelah berpenat lelah..credits to my teammates...

Penganjuran program seumpama ini bkan sekadar untuk memenuhkan resume,apatah lagi untuk berlagak tanpa tujuan.elain daripada memberi manfaat kepada masyarakat,dengan penganjuran seminar makanan halal,penganjur juga dapat manfaat dengan memperbaiki kemahiran insaniah a.k.a soft skill...

Inilah pertama kali aku kenal software adobe indesign

Inilah pertama kali aku tau pixel dan seni dalam bidang design dan printing

Kredit to One touch creative,syarikat printing yang kami gunakan.Bosnya sendiri yang turun padang tolong kami budak baru belajar untuk memperbaiki design kami yang dull and look bored..

DAn dengan kerja berkumpulan inilah,aku dah tau perangai sorang-sorang.wah,ni la aku nak komen satu-satu


Situasi 1:

Ada seorang ketua sesuatu biro yang bergegas ke sana ke mari semasa program.MAsa tu aku dan beberapa orang sedang duduk-duduk.Tiba-tiba beliau memanggil

"korang yang takde keja ni boleh tolong tak.********** sibuk sangat ni.harap sangat korang tolong.

"tapi *******,aku kena bawak dulang.aku takut lewat lak kalau tiba-tiba dah bagi hadiah"

"korang tak kesian ke tengok kitorang.korang duduk-duduk tak buat apa-apa.tolonglah"


wah...aku je kan tak kesian dengan kau?

Dulu aku tensen logo kena rejek..ADA KO KESAH??

Dulu aku melangut meroyan carik gambar usim..ADA KO KESAH???

siap aku tulis status kt ym lagi sape ada pic usim,tolong send kat aku..ADA KO KESAH???

jangan salahkan orang tak tolong kau,sedangkan kau tak pernah tolong orang.what goes round,comes around.

Aku tak kisah sebenarnya nak tolong kau pada mulanya lah,tapi bahasa tu tlong jaga sikit kalau nak orang simpati kat kau.


SITUASI 2

Aku cuma buat apa yang orang suruh kat aku walaupun aku tak berapa tau sangat.Okla,orang suruh aku edar handout,aku edar je la.Tiba-tiba apahal lak kau nak marah aku depan-depan macam la aku curi duit kau kan.

DAn paling aku bengang,ko tak sedar ke orang bengang kat kau.

Kau berani pulak tepuk bahu aku pastu,.ajak jalan...kau sedar tak aku bengang sampai aku nangis tadi.

TApi tulah kelemahan aku,aku ni tak sampai hati sangat,dan aku cuma nak anggap macam takde ape-apa.dan kau tak faham.ish,macamana la jalan mudah nak tunjukkan kat orang kita ni tengah marah??


Tula,dalam manis,ada pahit.dalam cantik,ada yang buruk.semoga setiap yang berlaku ada pengajaran.To all people i've menioned in this post,please take note.Sila ambil kira sensitiviti rakan-rakan anda.


Saturday, July 04, 2009

sayang sayang,sayang sayang sayang,sayang sayang sayang?

ohoo..dapat tag lagi.Oleh kerana minggu ini aku agak sibuk dan menyibuk,serta mahu mengelakkan blog bersawang ,maka dengan sukacitanya aku terpaksalah membuat tag yang nampak macam mencabar ni,mari kawan-kawan...


Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Syazwana

2. A five Letter Word : Square(ohoo..teringat square one,pasaraya terbaru di Batu PAhat.

3. A boy's Name : syukur

4. A girl's Name : Siti Nurhaliza

5. An occupation : Suri RUmah

6. A color :Soren..sijau..siru..sink..serah...suning..ceh x jumpa lak kaler S

7. Something you'll wear : seluar

9. A food : sotong goreng bersalut tepung,yang dicicah sos cili ayamas

10. Something found in the bathroom: sinki

11. A place : Summit Parade,batu pahat,johor

12. A reason for being late : Sory sayang,I bangun lambat tadi,you x marah kan dear???

13. Something you'd shout : Sengal ok!!!!

14. A movie title :Sepi

15. Something you drink : Sirap limau ais,kurang gula

16. A musical group : Sheila On7

17. An animal : Serigala berbulu ayam

18. A street name : Sesame street

19. A type of car : Satria Neo

20. The title of a song : Suriram ram ram,suriram yang manis,




Oh,ni tag no 2 pulak,apa barang bagi tag aje,bagi la tag heuer sekali,amacam,ada berani
takpe,beliau bagi award kira syukur ajelah,ada jugakkan orang nak bagi.masih ada yang sayang..


Awardnya adalah....


Seorang lelaki kacak yang memakai sunglasses mahal berjenama TAG HEUER,kata tag kan,apa kata kau bagi aku tag Heuer nyer sunglasses/jam betul-betul.ADA BERANI??

OK,sila ambil perhatian,anda sedang dibohongi



Haa...ni la baru award betul-betul

1.Copy Award di atas untuk diletakkan di blog anda

dah...Mission 1 accomplished...

2.Nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini

  • Beliau bernama Nuruljannah Badrul Hisyam,MENARIK TAK NAMA BELIAU?
  • Sebaya dengan aku iaitu 21 tahun,juga satu batch dengan aku
  • Kadang-kadang,she is so unpredictable,maknanya suka beraksi spontan@selamba..She is an entertainer among us..ceh bangga tak JAI???
  • SANGAT-SANGAT kepoh,kecoh dan banyak cakap.aku duduk dengan dia memang bantai gelak je la.Kadang-kadang agak lepas sikit cakap..nasib baik aku dikurniakan Telinga yang agak TEBAL untuk menahan bebelan beliau,tapi kalau nak pendapat yang jujur,anda boleh bertanya kepada beliau,sebab dia ni agak tak kalis-kalis atau cover-cover,she just speaks her words
  • HAA,,ni fakta paling MENARIK sekali,beliau adalah seorang gadis yang berwajah chinese look dan pandai bergaya.Ingin berkenalan??sila hantar SMS ON KENAL ke 32559.anda pasti tidak akan kecewa
Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sebelum memilih penerima award seterusnya

~Sila Rujuk entri ini~
Atau mahu keterangan lanjut~
Sila hubungi tuan punya diri,dijamin bahagia,
Tawaran terhad kepada 10 pemanggil pertama.

Silakan,cik abang di sebelah hujung sana..

10 penerima award seterusnya...

Oleh kerana semua yang aku nak tag dah kena tag dengan orang lain,maka

"Abang Aznil...saya kunci tag ini!!!!"
"anda yakin dengan pilihan anda,tidak mahu menggunakan talian hayat,atau anda berpuas hati dengan hanya rm 5000"
"ya,Saya yakin betul,saya kunci TAg ini"

Dengan ini,tag ini dikunci dan tidak diberi kepada siapa-siapa.this story ends here


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja