Monday, August 31, 2009

Mat dan Minah vs Ali dan Fatimah

Semalam aku blog hopping ke sana ke mari,macam la takde test rabu kan..Biaselah,dasar pemalas,tunggu besok test baru nak study,wakakaka(gelak syaiton,eh lupa lak aku syaiton kena ikat bulan puasa ni,sory syaiton)

Aku terjumpa la satu blog tu,dia nak cerita pasal Mat dan Minah rempit,tapi kan..dekat minah rempit tu dia potong,sebaliknya guna joyah instead of Minah...sebabnya:
Nama dia adalah AMINAH...

Satu Kepelikan dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu Pasar adalah penggunaan Mat (kepada lelaki ) @ Minah (wanita ) untuk menggambarkan seseorang yang taksub@ketagih kepada suatu benda,atau Mat(karakter seseorang lelaki).Budaya ini bukan lah baru,tapi telah bermula sejak era studio hitam putih Jalan Ampas(ingat lagi Mat Bond,Mat sentul???)
Tapi yang tak sedapnya,gelaran mat atau minah itu seringkali digunakan pada tempat negatif seperti Mat/Minah rempit(suka menunggang motor secara berbahaya),mat ganja,mat motor,mat belia dan sebagainya...

Apa yang dikesali,kata dasar mat adalah mungkin dari Muhammad @ Ahmad(aku buat assumption begitu kerana orang yang bernama muhammad seringkali dipanggil Mamat,dan orang bernama Ahmad seringkali dipanggil Mat) dan Minah berasal dari Aminah(or Tuminah dan Ruminah maybe?????).Mengapakah mereka yang dijadikan mangsa keadaan sedangkan pelakunya mungkin Farisha Ezmira ataupun ezzudin Rykal(ceh...nama Melayu moden la ni....)??Tambahan pula,tidakkah kita tahu bahawa Muhammad itu adalah sebaik-baik nama dalam islam,iaitu junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W dan Aminah adalah nama bonda baginda.Jadi,perlukan kita mensandarkan nama-nama besar itu kepada kegiatan negatif???

Juga apa yang aku pelik lagi satu adalah penggunaan 2 insan kesayangan nabi,iaitu Ali dan Fatimah.Masyarakat di Malaysia khususnya Melayu ini hanya mengenang mereka dari sudut SEKS sahaja,contohnya adalah tongkat Ali dan Kacip Fatimah.eh,aku bukan nak kata tongkat Ali dan Kacip Fatimah ini hanya digunakan untuk kegiatan atas katil je,tapi cuba ko bayangkan ko(wanita) order kopi tongkat ali di sebuah warung yang dipenuhi pak cik-pak cik separuh baya yang suka ketawa kuat-kuat ketika mencarut,dan tumbuk-tumbuk meja ketika sembang politik.nescaya kau akan digelakkan dan dijadikan bahan modal mereka untuk mengeluarkan perkataan lucah.sangat tidak menghormati wanita rupanya.

Sampai bila kita hendak mengingati mereka atas sebab itu?
mangapa tidak kita mengingat ALi kerana keberaniannya dan fatimah kerana kesolehahannya(wah,,susah gila hendak meneybut perkataan ini)????
Aku rasa DBP harus berbuat sesuatu

P/S:By the way,Mat walaupun kita ambil kependekan dari MUHAMMAD,tapi sebenarnya ia bermaksud mati,begitu juga dengan mamat.jadi sila jangan panggil kawan-kawan anda sebagai mat,panggil elok-elok,Muhammad
**********************************************************************************

Oh,sempena bulan ramdan yang mulia ini,aku menjadi semakin camwhora,asal lapar,makan,eh silap,asal lapar snap gambar sendiri sambil buat reaksi muka yang berbagai.Maklumlah,nak jadi model tak lepas,maka terpaksalah aku bergaya sendiri.Paling-paling bagus pun boleh jadi testi Herbalife,

SAYA TURUN 6 KILO DALAM MASA 3 MINGGU....

so,aku dengan baik hatinya sudi menayang gambar-gambar bajet ayu milik aku ini,tak suka,boleh pegi tekan ikon kanan sekali kat corner bahagian kanan windows korang ye.enjoy:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja