Thursday, December 31, 2009

Senarai kesyukuran 2009

Esok dah tahun baru.waa kereta aku tak siap repair lagi.setahun tu amek nak repair(dec 2008-jan 2009). Life is really really suck now.Macam patah kaki k takde kereta.

Ditambah pulak jam yang aku pakai dari 1st year rosak pulak,henset masuk air(which is 2nd time in 3 months,and two different brand of handset),kasut berlubang(luckily i could wear my gorgeous pair of wedges to work) and much more damn things happen around me..

Gila..gila...gila

Ceh..dasar makhluk tak bersyukur dengan nikmat tuhan.Allah baru uji kau CUMA dalam sebulan ni pun kau dah kufur nikmat.

Tak ingat ke segala nikmat dan kegembiraan sepanjang 2009.dan dan ko nak meroyan padahal time ni je baru kau kena uji.Itupun

takde kereta..mak boleh hantarkan
enset rosak..pakai la henset lain,macamlah telepon sony k350 tak boleh buat call
jam rosak..apa henset takde jam?oh,jam syukur ada.boleh pinjam
kasut berlubang..kata ada gorgeous pair of wedges,nak pakai time kawen nanti ke?

Pernah terbaca di suatu tempat,kalau kita rasa down@diuji,ada satu cara untuk atasi rasa frust tu iaitu:dengan mengingati segala nikmat yang ada.

Untuk 2009 ini:

Saya bersyukur kerana:

1.masih bernafas di dunia ini.Alhamdulillah,Allah masih memberi peluang untuk aku menambah amalan dan bertaubat.syukur Ya allah...

2.Dikurniakan nikmat Iman dan Islam,which were thrown wastely by some stupid jerks.

3.Mempunyai keluarga yang penyayang dan sentiasa menyokong segala usaha dan cita-cita.

4.Sempurna anggota badan.walaupun tidak cantik,tapi tak cacat.

5.Cukup makan minum,pakaian dan tempat tinggal

6.Mempunyai kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari.

7.Masih berupaya untuk bangkit setelah mengalami kegagalan.Rujuk entri ini sebelum membaca entri ini.

8.Mempunyai rakan-rakan yang supportive dan baik-baik belaka.

9.Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kg dalam 3 minggu.TERIMA KASIH HERBALIFE.

10.sudah menjana pendapat sendiri melalui bisnes Herbalife dan pad Refresh

11.Berjumpa ramai manusia hebat dan they inspired me!!THANKS!!!

12.Mendapat supervisor tesis yang memahami dan baik.She is willing to help me in completing my final year project.Thank you so much, Dr Siti..

13.Dapat menambah ramai kenalan baru through business

14.berjaya memaafkan kesalahan orang(hati still sakit lagi) but still can befriend with those annoying person(hard to forget yet)..

15.berjaya memandu sendiri ke tempat-tempat yang jauh.e.g hantar adik ke kuala kubu bharu.

16.dapat banyak tolong mak sejak duduk di rumah

17.Jumpa semula rakan-rakan yang lama menghilang.Facebook is not a waste.

18.Dapat belajar 1 lagi foreign language:Japan,and still looking forward to improve my English and polish my Arabic language

19.Membuat 3 lagi e-mail baru,dan mengingati setiap password yang berbeza bagi setiap e-mail.

20.experiencing really really hardworking teamwork during HaFoS.Thank you publication bureau of Halal Food Seminar 2009,Shida,Mas,Kal and to CIk Ana too...

21.learning some aspects of publication e.g arranging the layout,making the banner,publishing the program books etc.

22.Learn to bake some cookies,breads and cakes.Bakery class isn't too worse my dear despite all the tiredness experienced during lab,but the outcome is really really great..(not to mention unrise cakes,uncooked breads and soggy pies..thanks cik Alin for your patience towards my clumsiness and some of my annoying reactions when both of us realised that our recipes is totally FAIL...

24.Could practice my maekup skills on some people.hehehe..looking forward to any makeup classes(err..Mak ANdam wannabe kah??)..Sorry for make your beautiful faces turn like old witches..

25.dapat praktikal di tempat yang tak payah keluar duit untuk lunch(those aunties are too generous too be true.my lunch are always sponsored).Could understand the difficulties in running SME.sebelum ni asyik pk bisnes keropok tu senang,padahal...)

26.mencapai PNGK yang agak Ok dan cukup lepas-lepas untuk memberi harapan cerah untuk memohon biasiswa JPA jika mahu menyambung pengajian(don't expect too much,I'm not 1st class degree holder,Ok but science stream requirement is lower than art stream).

27.Dapat khatam quran sekali(sekali je setahun??WTL(as what the lazy!!)

28.dapat hapdet blog dengan kerap,dan duit nuffnang makin meningkat.

29.Dapat melalui segala kesukaran,keperitan dan kesakit hatian tanpa perlu meroyan gila-gila.meroyan dalam blog je,takpun membebel dengan sape-sape yang sudi.

30.Have someone who still support,understand and forgive my mistakes.I hope that YOU are my destiny..Insyallah..

....and the list goes on...

See,banyak baik dari buruk..

hidup ni tak la teruk mana....

Yeah,keep walking,running and never turn back..

Welcome..The Better ME!!!!

Sunday, December 27, 2009

Bang,ada lighter tak??


Kalau tanya kebanyakan perokok tegar:kalau harga rokok tu sekotak RM 100,agak-agak kau beli tak??

"mestilah bro,nyawa tuhhh"

Ok tak bohong.Ini aku dengar kat buletin Utama tadi.Yang bohong adalah bentuk ayat,tapi makna adalah seperti itu.

Aku bukan perokok dan tak pernah merokok.Tapi aku tak lah anti gila dengan perokok seperti wanita lain.Yela kan,siap letak kat ciri-ciri lelaki idaman:tidak merokok.In short,my stand is:

"say tak nak to ROKOK" but no "say tak nak to perokok".

Kerajaan dah banyak melaksanakan aktiviti dan kempen untuk membanteras perokok.ya,membanteras perokok bukan membanteras rokok.Yang terbaru adalah menaikkan harga rokok,sehingga dicongak-congak dapatlah 30 sen sebatang.weh kalau beli karipap dapat sebijik tu.Tapi adakah dengan menaikkan harga rokok,jumlah perokok akan pupus atau berkurang.

Ya.Tidak.Either.Neither

Atau ada efek-efek lain kepada masyarakat?

1.Menaikkan harga rokok MUNGKIN dapat mengurangkan populasi perokok baru,iaitu budak-budak beringus sunat pun belum.Yalah kan,mana nak cekau duit lagi-lagi budak-budak golongan pertengahan.Diorang ni takde sumber pendapatan lain melainkan duit jajan mak bapak kau diorang bagi.Mana nak beli makanan lagi,mana nak beli komik One piece lagi,nak beli game lagi.Jadi,mungkin kanak-kanak ini berfikir 20 30 kali lagi sebelum memulakan aktivit rokok ini.

2.Dari sudut yang lain,point 1 ini mungkin boleh membawa kepada masalah sosial yang lain,seperti gejala mencuri dan mengepau.BAgi budak-budak yang terlebih berani kecik-kecik dah menyetan campur orang tak senononh,mereka mungkin mengambil jalan pintas untuk mendapat duit bagi membeli rokok.Oh,bukan budak-budak aje.Bapak budak juga mungkin.

3.Bagi bapak-bapak budak atau ketua keluarga,mungkin ada yang mengambil langkah positif untuk berhenti merokok.Tapi mungkin ada yang sanggup mencatu perbelanjaan lain semata-mata untuk mngumpul duit bagi tujuan merokok.Yang menjadi mangsa adalah keluarga:isteri dan anak-anak.Tak mustahil ada bapa yang pentingkan saluran nafas sendiri berbanding tekak dan perut anak-anak.

4.Kebaikannya pula:menambah produktiviti kerja.APa kaitankah?

Yela,ekonomi gawat,duit takde nak beli rokok.Maka ada sebahagian pekerja sanggup membuat overtime untuk medapat duit bagi membeli rokok.Jadi,kerja akan cepat beres,takde tangguh-tangguh.

Hehehe.Just my 2 cents.Apapun,jangan mula mencuba rokok,sekali cuba pasti nak lagi.Apapun,masalah rokok ni takkan selesai.eventhough ada org cadangkan haramkan terus rokok dari muka bumi malaysia,takut pulak ada orang menyeludup sana-sini.

Friday, December 25, 2009

Kenapa saya suka tengok cerita Jepun?

Setiap orang dalam dunia ada minat masing-masing.Ada yang suka memancing,mengumpul setem atau bermain bola sepak.Begitu juga dengan saya.Hobi saya adalah menonton drama Jepun.Saya sudah banyak menonton pelbagai rancangan Jepun sehinggakan terlupa untuk mengulangkaji semasa musim peperiksaan.

(Kagum tak??Don't ever question why I got A1 in BM)

Intro macam bagus OK!!!Actually baru baca blog kawan-kawan aku yang berakhlak mulia.Kagum seyyyyyyyy ngan penggunaan Bahasa Melayu mereka yang hebat.Siyes orang dapat bezakan tak aku nak kutuk atau puji??

Entri ini khas untuk mereka yang pelik terhdap orang-orang yang suka tengok movie Jepun.Lepas ni tak payah la kutuk-kutuk kat YM ke.Eh,akak opis aku tak baca pulak blog ni.Takpe nanti aku bagitau.

Here we go!!!!

1.Variety themes

Aku adalah antara golongan yang kecewa setiap kali menonton drama Melayu di TV.Mana taknya,tak dato' Datin,cinta terhalang,budak bermasalah pastu insaf lepas mak bapak dia sakit@mati,rebut harta pusaka,etc..Kalau time raya mesti pasal mak kecewa anak tak balik kampung,pastu anak tu menyesal.

Kekecewaan aku agak terubat selepas menonton drama Jepun.Tema yang diutrakan adalah tidak tertakluk kepada sesuatu sudut aje.PAsal tukang masak,jenayah It,guru dan pelajar,dan pelbagai.

Ok,drama Melayu ada jugak yang berhajat untuk mengulas subjek-subjek yang agak rare.Tapi,in the end cinta jugak yang dapat priority,Contoh,cinta medic,well cinta 70%,medic 30%,Tapi kalau dalam drama Jepun,memanglah tema yang diorang guna nampak macam rare,COntoh dalam drama Yamada Taro,tema nampak biasa,anak org kaya kawan dengan orang miskin,pastu saling tolong menolong.Tapi dalam drama tu sendiri ada cerita sikit pasal biotech.
And the most interesting thing is they are manage to explain the important of Biotech in the most simple way(especially in plant biotech)

Jadi lepas ni kalau org suruh aku namakan kepentingan biotech,aku boleh jawab
"menyediakan makanan/tumbuhan makanan yang mencukupi untuk ramai orang"

2.Jalan cerita

Intro yang bernas,buat kita berfikir,flashback yang tak mengelirukan,klimaks yang suspen dan ending yang buat sama ada kita menangis kesedihan/tersenyum kegembiraan.no doubt..

JAlan cerita tak meleret.Just nice to explain the main point and not too short as it was filmed in rush.

Inilah sebab aku lebih prefer J-drama over K-drama.K-drama suka letak unnecessary plot.Ade je haa kne forward ngan aku.

owh,not to mention indonesian drama.Bila la haii sekar tu nak abes...

3.Lagu tema

Lagu tema yang sesuai dengan jalan cerita.bukan tangkap muat..Background music yang menjiwai cerita akan buat ko rasa excited nak tengok sambungannya.

4.Acting

Pelakon-pelakon pandai menjiwai watak.Macam contoh la,kau tengok Matsujun sebagai Domyouji dalam HanaDan,dan Matsujun sebagai Shin dalam gokusen,Ko tak rasa macam orang yang sama...kira watak tak stereotype.

5.Menyahut saranan dasar pandang ke timur

Seperti yang kita sedia maklum ye kawan-kawan,Dr Mahathir Mohamad pernah melancarkan dasar pandang ke timur,maka aku sebagai citizen yang bermisi dan bervisi menyahut cabaran dalam pelaksanaan dasar pandang ke timur,terutamanya ke wajah pelakon-pelakon yang kacak itu.*actually,pandang kat mana yang dr M suruh ni??


Overall,banyak drama Jepun yang menarik minat aku.Among the suggested:
-Hana Yori dango
-Maou
-Gokusen
-Yamada Taro
-oh currently downloading My girl,and looking for bloody monday and Hana Kimi.byk revew best katanya


takdelah aku kata dorang perfect sangat la kan.mungkin aku tak terkena lagi drama yang bosan..Harap takdelah ye

Mungkin satu mimpi@impian aku nak tengok kemajuan dalam industri drama Malaysia.Sory,nur kasih pun tak berjaya lagi pikat aku sepenuhnya

Wednesday, December 23, 2009

arienaittsuno!!!

Unbelievable..but yet here's the miracle...
Alhamdulillah...Here comes the final result of my final sem examination.Its may sounds creepy and uninteresting to the others..
But to a small girl who just needs some miracle to express her gratitude to her most beloved one.
The small thing means a thousand words

I'm not the 1st class graduate
Or the teacher's pet
Or maybe respected senior
But i'm here to proved
that i'll able to achieve good(even not the best result) eventhough i'm busy running on my business..
that is the most precious thing i would love to show to my mum

thanks to everyone..
arigatou!!!!
Especially to my beloved supervisor,for her kind support,willingness to help etc.
I'm able to get A for my FYP

THANK YOU!!!!

P/s:mood gembira.terasa mau puasa esok dan ingin berbuka dengan makanan steamboat yang dikhabarkan sedap di restoran asam manis itu

Tuesday, December 22, 2009

sedikit hapdet

A few updates just to ensure this blog will always alive..

19/12/2009

Going to Kuala Kubu Bharu.Adik aku si syahid tu dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam program pensijilan DQ-UIAM.Alhamdulillah,dah rezeki dia kat situ..

Bertolak dalam pukul 3 p.m.aku selaku driver yang tidak malu bertanya,maka tidak takut tersesat jalan telah menelepon dan bermesej dengan skandal-skandal kawan-kawan aku yang tau di mana la tempat KKB tu.Dengan konpidennya dan eksennya aku pun drive la gi tempat tu..

Malangnya..jeng..jeng..jeng

Semasa kuar tol sungai besi, aku tercepat lak masuk simpang.Supposely aku terus je masuk highway ke Ipoh,tapi kerana ketidakpekaan ditambah GPS aku suka kuarkan arahan awal-awal,maka aku termasuk la simpang ke Palace of The Golden Horse..Pusing-pusing masuk highway ingatkan dapat masuk sungai Besi balik,tapi aku tak tau la apasal,tak jumpa-jumpa highway.maka lalu jalan biasa.

Tapi siyes tak senonoh betul.aku rasa aku tawaf satu KL kot.lalu gombak,batu cave bagai.dah la area selayang-rawang tu jalan macam litar F1,takde lampu jalan pulak tu.adoiyaiii...

Gitu gini sampai KKB dalam kul 9 dekat-dekat kul 10.satu masalah lak,takde tempat nak tido.Gua main redah je gi satu resthouse sambil wat muka simpati,dapat gak tempat tido..

20/12/2009

Gua(eh,terasa kurang sopan lak),aku hantar adik aku gi DQ tu.siyesly,tempat tu aman damai dan tenang.Pandang kiri kanan nampak lelaki-lelaki hensem(ceh ko,juzu'amma pun ingat-ingat lupa,ada hati nak tackle budak tahfiz)..Keindahan alam yang sungguh mengancam.Eh,aku ulas environment ke ulas apa ke sebenarnya ni.
Majlis perasmian aku tak tau,aku tido.tapi dah setel sumer urusan,maka aku berangkat la balik.kali ni masuk tol rawang.

Peliknya,dalam sejam setengah dah sampai Nilai.oh,baru la aku tau,tak jauh dari tol nilai,de satu simpang ke ipoh,lain kali masuk situ je.Jimat-jimat..

Lantas,aku berasa sangat riang,sehingga berasa lapar.ditambah pula minyak dah nak kosong.Maka aku berhenti di rnR seremban

Akan tetapi,ada sebuah lori yang sungguh syaiton sekali.ada ke kat jalan RnR ke petronas tu dia nak potong keta aku.apa ko Ingat iklan Wimax ke nak potong-potong.dah sedar ko besar,tempat sempit lak dia nak potong.Abis keta aku kemik.nasib baik allah panjangkan umur aku.

Dengan keta kemik tu la aku balik johor.nasib baik sampai.tapi,apa yang aku kesalkan,driver tu cabut lari lak.kurang asam tul..Hari ni hari aku,besok-besok,siap ko encik driver yang keji..

21/12

Aku gi opis mak aku hantar.waktu lunch dah tak kuar poya-poya lagi.nasib baik dalam opis byk makanan.tak la kebulur sangat

22/12

Hari ni aku jalan gi JB lak.hantar adik aku dapat anugerah cemerlang SMA.watak utama aku adalah penyibuk.wakaka

Siyes dengki,budak-budak PMR 9A dapat hadiah ngan duit.amboi zaman aku dulu dapat planner je ye.tak aci..

Melihat air muka budak-budak bertudung labuh(mostly my super Junior),terkenang kegemilangan zaman silam aku dulu.mana tah tudung labuh aku tu nyorok.susah tau I nak carik(tolong..ayat cover spesies melampau tak logik).muka-muka masih suci dan jernih lagi.adik-adik,kekalkanlah peribadi diri kamu-kamu ye.Jangan jadik macam akak okkkkk..

Hmm...cakap pasal akhlak budak skolah agama.yes,i'm not the right person to preach and lecture the ex-religious school students 'bout those things called akhlak and aurat.

Im a bit regret and sad for those fellow friends,who used to be the same school with me..Looking through their FB and proudly posing with the sleeveles t,spagetti shirt and those "provocative" attire..

Ok,itu hak kamu berpakaian.yelahkan,zaman sekarang orang pakai tudung belum tentu baik,yang seksi-seksi pun masih ada yang hati baik(ayat typical).tapi,tolong jangan mention kamu tu bekas anak didik Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor.kesian Ok cikgu-cikgi ustaz ustazah.Sila jaga nama baik sekolah.

Ya,aku tau aku pun bukan baik mana.ada je buat salah sana sini.tapi at least aku masih malu lagi nak expose kejahatan aku tu pada khalayak ramai.Bunyi hipokrit kah??

HIPOKRIT IN THE RIGHT way though.cuba ko pikir.ni contohlah kan.kau berpeluk ngan pakwe kau.ok fine,juz ko,pakwe ko,malaikat pencatat dosa ngan Allah je tau.Fine..

Tapi kalau ko dah upload gambar separa porno kau tu ke FB,maka satu dunia lah akan tau..bukan kau dengan pakwe kau je malu(kalau reti malu la),tapi orang akan kait parents kau dan sekolah ko dan kawan-kawan kau akan tercalit sekali.Kalau dah tak kesian kat diri sendiri,sila kesian pada orang-orang berkaitan..

ceh,emosi lak aku..ok lah,aku nak donlod drama jepun baru ni..daa...

P/s:oleh kerana aku baik sikit ari ni,maka aku letk lagu best.hohoho


Monday, December 14, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat tergolek

Aku suka bandar itu.Tenang damai dan permai.
Walaupun takde sawah padi,pantai..tapi pokok getah dan kelapa sawit melambai-lambai

Bandar itu kini kutinggalkan.sekadar dijenguk sekali -sekala sahaja.Bandar itu masih begitu.Cuma bertambah maju setelah kutinggalkan.Di sinilah tempat aku kenal erti hidup,erti persahabatan,kasih sayang dan perpaduan.

Aku rasa macam nak bawah Najib melawat Labis je.Boleh jadi role model untuk 1 Malaysia..(eh,Najib lak.Dato'seri najib la..kang kena masuk ISA lak tak hormat PM)

Di sini,Melayu cina India bersatu padu saling memahami.Aku teringat Kenangan belaar Bahasa Mandarin di rumah Miss lim,seorang guru berbangsa Cina.MAk dia siap hidangkan apollo layer cake dengan air gas lagi.Juga jiran aku berbangsa cina yang tak pernah lupa belanja limau mandarin dan jajan setiap kali sambutan CNY.oh,di mana mrs.leela cikgu tuisyen aku yang bagi excuse untuk masuk tuisyen lewat bagi menunaikan solat maghrib.

AKu suka bandar itu..ya,seusia 4 tahun aku menjejak kaki ke situ.Sekarang amat merindui rakan-rakan.Ada yang sudah bekerja,sudah berkahwin.Malah,ada yang sudah tiada.

Aku tak akan melupakan kenangan itu.


View Larger Map

Saturday, December 12, 2009

The weird stalker

pernah tak ko rasa ko menyampah kat orang
Sampai ko asyik nak stalk FB die???

Aku sedang menjalankan habit buruk itu.Currently,aku ada menyampah kat dua orang lelaki.Lelaki okkkk.Tapi aku sangat suka melihat profil mereka.Benci tapi rindukah???

Lelaki 1:Someone I used to like.Tapi dia berperangai hodoh.Maka aku amat menyampah dengan beliau sehinggakan apabila beliau mesej aku rasa macam dapat mesej Maxis:

Tempoh sah akaun anda akan tamat pada 13/12/2009.Sila tambah nilai.

Ko faham tak rasa macam ish menyampah gila.Macam perasaan,eh sukati aku la nak topup ke tidak,ko sibuk apasal...Dan aku reply mesej beliau jika berkepentingan sahaja,contoh soalan berunsur ya/tidak,bila,di mana

Setakat mesej,"wana ko marah aku ke.kenapa tak reply mesej ke."..membazir kredit je balas.

Lelaki 2:Beliau adalah kenalan lama yang tersangat lama,tapi menyampah yang tersangat menyampah.

Beliau suka hapdet status yang menyatakan betapa sibuknya beliau,betapa dedikasinya beliau dan betapa rajinnya beliau.

TApi dalam masa yang sama ranking/level beliau di mafia wars/street racing watsoeva-aku-tak-paham-game -kat-FB-maka-aku-tak-main semakin meningkat

Juga masih boleh menjawab kuiz siapakah artis yang cocok dengan anda dengan jayanya.

Juga mengkomen sorang sorang kawan kawan

Menyampah okeh!!!
Tapi aku tak paham mengapakah aku rajin stalk mereka.Mungkinkah memastikan bahawa mereka tidak laku jadi tiada awek nak komen?
Mungkinkah aku nak kritik semua gamabr2 mereka.
Soalan yang masih tiada jawapan

Tuesday, December 01, 2009

Take Me faraway

Today is my first day at work ...wake up at 6.30 a.m and get prepared to workplace(is it the sign that I've grown uP??workplace okeh!!!).somehow managed to drive safely,eventhough not havig enough sleep the previous night...

(Damn!!Watching Maou for the second times and still sticked to Oh-can)





adoiyaii!!Mengapalah ada makhluk secomel ini dalam dunia!!!

This is my latest crush.not only the face has make me addicted..but the talents as well...

How on the earth could you find a super-popular guy,who have talents in art and dance,but still down-to -earth,and never been ashamed to walk together with parents??

and the most attractive part is...
His mysterious and quiet identity(I never like a talkative guys..Sangat tidak sesuai ok!!!Aku sudah cukup bisig untuk sebuah keluarga)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja