Tuesday, December 22, 2009

sedikit hapdet

A few updates just to ensure this blog will always alive..

19/12/2009

Going to Kuala Kubu Bharu.Adik aku si syahid tu dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam program pensijilan DQ-UIAM.Alhamdulillah,dah rezeki dia kat situ..

Bertolak dalam pukul 3 p.m.aku selaku driver yang tidak malu bertanya,maka tidak takut tersesat jalan telah menelepon dan bermesej dengan skandal-skandal kawan-kawan aku yang tau di mana la tempat KKB tu.Dengan konpidennya dan eksennya aku pun drive la gi tempat tu..

Malangnya..jeng..jeng..jeng

Semasa kuar tol sungai besi, aku tercepat lak masuk simpang.Supposely aku terus je masuk highway ke Ipoh,tapi kerana ketidakpekaan ditambah GPS aku suka kuarkan arahan awal-awal,maka aku termasuk la simpang ke Palace of The Golden Horse..Pusing-pusing masuk highway ingatkan dapat masuk sungai Besi balik,tapi aku tak tau la apasal,tak jumpa-jumpa highway.maka lalu jalan biasa.

Tapi siyes tak senonoh betul.aku rasa aku tawaf satu KL kot.lalu gombak,batu cave bagai.dah la area selayang-rawang tu jalan macam litar F1,takde lampu jalan pulak tu.adoiyaiii...

Gitu gini sampai KKB dalam kul 9 dekat-dekat kul 10.satu masalah lak,takde tempat nak tido.Gua main redah je gi satu resthouse sambil wat muka simpati,dapat gak tempat tido..

20/12/2009

Gua(eh,terasa kurang sopan lak),aku hantar adik aku gi DQ tu.siyesly,tempat tu aman damai dan tenang.Pandang kiri kanan nampak lelaki-lelaki hensem(ceh ko,juzu'amma pun ingat-ingat lupa,ada hati nak tackle budak tahfiz)..Keindahan alam yang sungguh mengancam.Eh,aku ulas environment ke ulas apa ke sebenarnya ni.
Majlis perasmian aku tak tau,aku tido.tapi dah setel sumer urusan,maka aku berangkat la balik.kali ni masuk tol rawang.

Peliknya,dalam sejam setengah dah sampai Nilai.oh,baru la aku tau,tak jauh dari tol nilai,de satu simpang ke ipoh,lain kali masuk situ je.Jimat-jimat..

Lantas,aku berasa sangat riang,sehingga berasa lapar.ditambah pula minyak dah nak kosong.Maka aku berhenti di rnR seremban

Akan tetapi,ada sebuah lori yang sungguh syaiton sekali.ada ke kat jalan RnR ke petronas tu dia nak potong keta aku.apa ko Ingat iklan Wimax ke nak potong-potong.dah sedar ko besar,tempat sempit lak dia nak potong.Abis keta aku kemik.nasib baik allah panjangkan umur aku.

Dengan keta kemik tu la aku balik johor.nasib baik sampai.tapi,apa yang aku kesalkan,driver tu cabut lari lak.kurang asam tul..Hari ni hari aku,besok-besok,siap ko encik driver yang keji..

21/12

Aku gi opis mak aku hantar.waktu lunch dah tak kuar poya-poya lagi.nasib baik dalam opis byk makanan.tak la kebulur sangat

22/12

Hari ni aku jalan gi JB lak.hantar adik aku dapat anugerah cemerlang SMA.watak utama aku adalah penyibuk.wakaka

Siyes dengki,budak-budak PMR 9A dapat hadiah ngan duit.amboi zaman aku dulu dapat planner je ye.tak aci..

Melihat air muka budak-budak bertudung labuh(mostly my super Junior),terkenang kegemilangan zaman silam aku dulu.mana tah tudung labuh aku tu nyorok.susah tau I nak carik(tolong..ayat cover spesies melampau tak logik).muka-muka masih suci dan jernih lagi.adik-adik,kekalkanlah peribadi diri kamu-kamu ye.Jangan jadik macam akak okkkkk..

Hmm...cakap pasal akhlak budak skolah agama.yes,i'm not the right person to preach and lecture the ex-religious school students 'bout those things called akhlak and aurat.

Im a bit regret and sad for those fellow friends,who used to be the same school with me..Looking through their FB and proudly posing with the sleeveles t,spagetti shirt and those "provocative" attire..

Ok,itu hak kamu berpakaian.yelahkan,zaman sekarang orang pakai tudung belum tentu baik,yang seksi-seksi pun masih ada yang hati baik(ayat typical).tapi,tolong jangan mention kamu tu bekas anak didik Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor.kesian Ok cikgu-cikgi ustaz ustazah.Sila jaga nama baik sekolah.

Ya,aku tau aku pun bukan baik mana.ada je buat salah sana sini.tapi at least aku masih malu lagi nak expose kejahatan aku tu pada khalayak ramai.Bunyi hipokrit kah??

HIPOKRIT IN THE RIGHT way though.cuba ko pikir.ni contohlah kan.kau berpeluk ngan pakwe kau.ok fine,juz ko,pakwe ko,malaikat pencatat dosa ngan Allah je tau.Fine..

Tapi kalau ko dah upload gambar separa porno kau tu ke FB,maka satu dunia lah akan tau..bukan kau dengan pakwe kau je malu(kalau reti malu la),tapi orang akan kait parents kau dan sekolah ko dan kawan-kawan kau akan tercalit sekali.Kalau dah tak kesian kat diri sendiri,sila kesian pada orang-orang berkaitan..

ceh,emosi lak aku..ok lah,aku nak donlod drama jepun baru ni..daa...

P/s:oleh kerana aku baik sikit ari ni,maka aku letk lagu best.hohoho


2 comments:

voltox said...

jadi awk kena bersyukur sebab dapat belajar kat usim..environment n kawan2 yg byk mengubah hidup seseorang..

Sayer Best said...

alhamdulillah,syukur sgt2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja