Monday, December 14, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat tergolek

Aku suka bandar itu.Tenang damai dan permai.
Walaupun takde sawah padi,pantai..tapi pokok getah dan kelapa sawit melambai-lambai

Bandar itu kini kutinggalkan.sekadar dijenguk sekali -sekala sahaja.Bandar itu masih begitu.Cuma bertambah maju setelah kutinggalkan.Di sinilah tempat aku kenal erti hidup,erti persahabatan,kasih sayang dan perpaduan.

Aku rasa macam nak bawah Najib melawat Labis je.Boleh jadi role model untuk 1 Malaysia..(eh,Najib lak.Dato'seri najib la..kang kena masuk ISA lak tak hormat PM)

Di sini,Melayu cina India bersatu padu saling memahami.Aku teringat Kenangan belaar Bahasa Mandarin di rumah Miss lim,seorang guru berbangsa Cina.MAk dia siap hidangkan apollo layer cake dengan air gas lagi.Juga jiran aku berbangsa cina yang tak pernah lupa belanja limau mandarin dan jajan setiap kali sambutan CNY.oh,di mana mrs.leela cikgu tuisyen aku yang bagi excuse untuk masuk tuisyen lewat bagi menunaikan solat maghrib.

AKu suka bandar itu..ya,seusia 4 tahun aku menjejak kaki ke situ.Sekarang amat merindui rakan-rakan.Ada yang sudah bekerja,sudah berkahwin.Malah,ada yang sudah tiada.

Aku tak akan melupakan kenangan itu.


View Larger Map

5 comments:

aku mozu said...

wah.. layan blues nampak. hehehe. mcm mane nk taruk google map tu eh?

voltox said...

sedihnya dgr cerita ni..sy kena beli tisu nak kesat air mata yg mengalir di pipi..sob sob

harap dirimu tabah

Sayer Best said...

MZKE:yang google maps ni boleh dicopy dengan klik perkataan link kat sudut atas kanan maps tu.pastu copy tulisan "paste HTML to embed..."dekat blogger,dekat belah atas kotak edit tulisan kan ada edit html,klik,pastu paste kod html google maps tu kat kotak tu.pas dah siap,tekan balik edit teks,tulis cam biasa

voltox said...

nape muka awk kat sini lain dgn muka kat blog awk..

Sayer Best said...

lain camne tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja