Alhamdulillah,masih dikurniakan kesempatan untuk bernafas,sihat,gembira dan ketawa riang.Bak kata apek workshop yang aku hantar kereta tu:
wah,u banyak kuat punya orang.kereta dh kemek,dashboard terkeluar,skru kerusi tecabut,u boleh gelak2 borak dgn i.u buat macam mana?u msti kuat semayang pny org
Banyak ko kuat semayang!!!Sembahyang tasbih last buat time form 5 pasal kena denda tau tak!!Sembahyang istikharah 2 tahun lepas(waaah,aku istikharah juga kah??Istikharah bukan untuk melihat calon suami saja ok).
Ini rezeki Allah namanya.Allah tau aku tak kuat semayang,jadi Allah bagi kesempatan untuk menambah umur bagi menambah kuantiti dan kualiti ibadah aku..
Conversation petang tadi with my mum adalah berkenaan kursus kahwin.Sangat rugi tidak pernah mengikuti kursus kahwin semasa di USIM.Harga adalah murah compared tu pasaran semasa.Maybe I'm not focus on those kahwin stuff during my student's life(not saying focus on study,but kahwin is not my MAIN priority after all),then this long-term investment was neglected.
Dengan bodoh aku bertanya:Ma,wajib ke kursus kahwin ni??Nak kursuskan apa je??
Mak aku menerangkan:
Basicly pasal tanggungjawab rumahtangga.Kadang-kadang they see themselves are qualified enough to handle the family life,tapi kadang-kadang simple things pun terlepas pandang.
Lalu,mak aku menceritakan satu kisah yang diceritakan oleh kawannya,iaitu seorang ustazah.
Ustazah tu adalah seorang yang pernah memberi ceramah di suatu masjid yang terletak di sebuah bandar di negeri Johor(Johor ok,di mana pendidikan agama adalah amat ditekankan(kat Johor,sekolah agama petang adalah almost an obligation,walaupun takdelah sampai kena masuk jail kalau tak hantar anak ke situ,tapi bersiap sedialah menghadapi risiko anak anda akan dikutuk teman sepermainan)).(Berapa banyak (.....) da..)
Ustazah tu adalah sebut pasal mandi wajib selepas 'bersama' antara suami isteri.Tiba-tiba ada seorang mak cik,around 40,yang berpenampilan seperti mak cik-mak cik biasa(pakai tudung ekin RM10(erkk,,suka hati aku je kan) corak-corak,baju kurung,beg LV@Anna Sui fake beli kat pasar minggu) bertanya:
"Eh,ustazah.Lepas bersama memang kena mandi wajib ke?Bukan lepas datang bulan je ke??"
"Ya Mak cik,memang wajib mandi lepas bersama.Kalau tak,selama-lama dalam keadaan berhadas.Tak sah solt,haji dan sebagainya"
Then,mak cik tu nangis.
"Ustazah,saya dah lama kahwin.Dah ada anak,cucu.jadi bagaimana ibadah saya selama ni ustazah.Saya TAK PERNAH tahu pun"
The rest of story aku tak tau.Mungkin ustazah tu ada nasihatkan dia kot.
The same goes tu sorang kenalan aku semasa di matrix.Let's we called her Jandi(aku tak suka karakter ni dalam BOF,merosakkan imej Makino Tsukushi).Kejadian berlaku adalah semasa bulan puasa.
Aku:Ko tak call palwe kau hari ni,wish selamat berbuka?(Jandi ni asal nak buka puasa call BF dia,macam la kan pakwe dia je puasa,pakwe orang lain tak?
Jandi:Tak la,pakwe aku tak puasa hari ni.
Aku:Eh,pakwe ko period ke?
Jandi:Takla,malam tadi dia wet dream.Pastu pagi tadi dia bangun lambat,tak sempat nak mandi wajib.
aku:Eh,boleh ke macam tu.Aku rasa lelaki takde alasan nak tinggal puasa sesuka hati.
Jandi:Entah,dia tak niat kot sebelum tidur.
See..Aku pun tak faham apahal wujud orang macam ni dalam dunia.Bab kau cerita wet dream bagai kat GF kau,satu hal.Pastu senang-senang tak puasa,.Tu kompem-kompem tak solat Subuh.Macam mana la nak jadi pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.
Kesimpulannya,benda-benda macam ni adalah perlu untuk diterangkan oleh mak bapak apabila anak-anak mula baligh.Jika tidak,ia akan membawa kemudaratan kepada keturunan anda.kalau bab mandi,solat dan puasa pun tak lepas,macam mana nak buat laki?
Err satu lagi:
Julia Ziegler Mengaku Mandi Wajib Selepas Balik Penggambaran
BUKAN mudah menjadi wanita cantik dan dikenali. Segala gerak geri sering menjadi perhatian umum, malah lakonan-lakonan berwatak nakal kadangkala memberi kesan kepada aktres jelita, Julia Ziegler daripada pandangan umum masyarakat.
Gadis berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman diserang seorang perempuan di sebuah restoran mengajarnya lebih berhati-hati untuk bergaul mesra dengan lelaki yang kurang dikenali.
"Saya pernah diserang oleh seorang perempuan yang tidak dikenali. Ketika itu, saya baru sahaja keluar dari gym. Perempuan tersebut tak semena-mena panggil saya perampas sebab cuba mengurat kekasih dia, sedangkan saya pun tak tahu siapa kekasih dia. Tapi saya difahamkan kekasihnya adalah seorang dari instructor di gym tersebut.
"Memang ketika itu saya minum dengan empat orang instructor saya, tak tahu la yang mana satu kekasih perempuan tu," ujarnya yang mengakui belum menemui cinta hati selepas dikaitkan dengan Pierre Andre.
Menurut Julia, dia tidak mahu lakonan-lakonan nakalnya di dalam drama dan filem ditafsirkan kepada realiti sebenar.
"Saya tidak mahu dicop perampas atau player kerana lakonan saya. Memang saya nakal dulu tapi tak pernah rampas kekasih orang. Setakat nakal-nakal biasa saja," kata anak kacukan Melayu - Jerman ini.
Pemilik nama penuh Julia Bob Fauzi Ziegler juga memberitahu dia kini lebih menjaga tingkah laku, percakapan dan pemakaian ketika berada di tempat umum bagi menjaga hati peminatnya.
"Saya sedar peminat-peminat saya kebanyakannya dari kalangan makcik-makcik, jadi saya perlu jaga pemakaian, tingkah laku dan percakapan bila berada di luar. Lagi pun kawan-kawan mama juga ada yang tegur supaya pakai yang elok-elok. Bagus juga, ini salah satu perubahan kearah kebaikan," ujar bintang drama Susuk ini.
Mandi Wajib Lepas Penggambaran
Julia yang kini bergelar produser baru sahaja selesai penggambaran filem berjudul Crayon iaitu filem mengisahkan kehidupan anak yatim.
"Filem ini menampilkan pelakon-pelakon baru terdiri dari anak yatim sediri. Saya buat filem ini untuk tujuan amal," kata Julia yang menjangkakan filem tersebut bakal ditayangkan pada tahun ini.
Selain itu, dia memberitahu sering mandi wajib setiap kali habis penggambaran bagi mengelakkan perkara buruk di lokasi atau karakter sewaktu penggambaran terbawak-bawak ke luar.
"Perkara yang saya amalkan sejak bergelar pelakon ialah mandi wajib selepas balik penggambaran. Saya tak mahu terbawa-bawa watak itu hingga ke rumah. Misalnya kalau watak mabuk kebiasaannya kalau tak bersihkan badan ianya akan berterusan hingga ke luar," jelas Julia.
3 comments:
good afternoon fellas. I'm actually into shoes and I was looking allowing for regarding that exact brand. The prices as regards the velcros are about 250 dollars everwhere. But for all I found this location selling them for half price. I exceptionally like these [url=http://www.shoesempire.com]prada sneakers[/url]. I will absolutely purchase those. what do you think?
best post awk kali ni..byk pengajaran..hehe..
tp cerita jandi tu mmg tak senonoh la..
apa pun sy mmg bangga jd anak johor..heheh..
tahniah utk julia.beliau sgt2 bijak.
Post a Comment