Wednesday, June 02, 2010

...of my Journey to Penang(part 2)

26/5/2010(Khamis)

Saat yang paling mendebarkan,Adjudication Session...

Aku dari awal-awal pagi dah ready belit-belit shawl,mekap-mekap sikit( BB cream je pun),macamkan kau nak masuk Dewi Remaja,padahal judges nak evaluate produk je pun,sikit pun markah paras rupa tak masuk dalam adjudication tu.Erkk,kalau masuk pun menyumbangkankah??

Sangat lama menanti para judges.Apa ke hal la pukul 11 bru sampai booth aku.Hilang idea terus nak cakap.ceh ceh padahal nebes...Aku pun dengan berkakilebarnya menerangkan mengenai projek kami ini.Penerangan mengikut point adalah seperti berikut:

1.Enzyme sebagai heart of biotech,memercepatkan reaction,mesra alam tak macam chemical catalyst(eg.zink)
2.Walaupun dia best,dia ada masalah mengada-ngada,iaitu tak tahan suhu panas,ph kuat,harsh chemical.Manja sungguh
3.Dah ada penyelesaiannya,iaitu immobilized enzyme.Kira enzyme ni diubahsuai la,letak support ke,gne chemical ke,Tapi so far,immobilized enzyme ni subhanallah,mahal ya amat.Tak silap sebotol kecik.macam besar-besar Teamix herbalife tu adalah dalam RM 500.Mau bangkrap tokey minyak,detergent,dan lain-lain since application enzyme ni banyak sangat.
4.jadi projek aku ni adalah menghasilkan immobilize enzyme dengan kos yang murah,iaitu guna batu-btu kapur.Ni banyak dari seramik waste.murah what..

Bagaimanapun para juri seakan tidak memandang tinggi usaha ku ini.Pertanyaan dan pandangan yang agak doubtful dan suspicious membuat aku macam down sikit..

Hasilnya:Mood yang kurang elok sepanjang hari ini

Nasib baik,Cik Arina selaku penyokong tempatan mengubati keresahan kami(aku dan group aku),lantas membawa kami ke Kedai Jeruk Pak ali.Untuk membeli berbgai-bagai jeruk yang sedap-sedap belaka.



Malam pulak,kami mebuat rombongan Cik Kiah untuk ke rumah arina di kepala batas.Oleh kerana mahu nampak thrill kenkononnya,kami decide nak naik feri meyeberang ke seberang..

MALANGNYA.....

Sekilas ikan di laut,tengok gambar dah tau sapa mabuk laut
Aku hanya dapat menikmati keindahan Pulau Pinang untuk beberapa ketika cuma...Tak lama lepas hoyeh hoyeh kagum dengan pemandangan pulau,tak semena-mena kepala aku rse mcm berpinar dan tekak mulai loya...Nasib baik ada tandas.Haaa..bertapa kejap aku kat situ..Mabuk laut aku ni rupanya...

Dalam perjalanan tu aku hanya mampu baring dan berdiam,nasib baik time sampai rumah Arina tu aku dah hampir recovered balik.Nak nak lepas makan mee groeng mak Arina buat,bertambah-tambah hilang sakit kepala aku..hahaha

Malam tu jugak balik hostel,ye la kan.Esok pukul 8 nak bukak gerai balik

27/5/2010(Jumaat)

Pagi macam biasa la bukak booth,sempoi je.Visitor tak ramai hari ni..Yang ebst aku nak cerita adalah tengah hari

Cik Arina sekali lagi bermurah hati membawa kami ke tempat praktikalnya iaitu Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung.



Tempat ni sangat best.Ada akuarium,kolam penyu dan opkos la perikanan,maka banyak la ikan-ikan berkeliaran di sini..Ada ikan kecik,ada besar,ada sederhana,,Ikan todak je aku tak jumpa.


Petang tu ada majlis penutupan dan penyampaian hadiah,

SEPERTI YANG DIJANGKA...


AKu tak menang apa-apa medal..hahaha..

Tapi takpe sebab USIM menang 2 medal:E-manuskrip(gold),GABA(silver).In addition,E-manuskrip dapat social impact policy award dan wang bernilai RM3000..




Habis closing ceremony,terus berangkat pulang ke hostel.Kemas-kemas dan check-out..Naik bas pukul 7 p.m

Pukul berapa tah,berhenti jap kat Permatang Pauh makan Kuey Teow special..Apa lagi kan,dalam trip dah ada orang kaya,pow la sikit-sikit.Tak luak kot..Hahaha

Banyak udang,tapi Kuey teow sikit je...Apehal pun not bad la


Lepas tu,jalan gitu gini,berhenti kt Tapah untuk Solat,then sampai la kat Nilai pukul 3.30 a.m.Terus balik rumah Yuni.

Pukul 9.00 pagi esoknya,dah keluar sebab Family Yuni nak pergi kawen sedara dia kt Johor.Maka aku dan Zila bergerak keluar...

Dipendekkan cerita,aku hantar Zila ke kLIA,lepak bilik cousin kat Nilam,then pukul 3 gerak balik JOhor

Demikianlah pengalaman saya menyertai NRIC.Walaupun tidak menang,tapi pengalaman menyertai itu yang penting.Bak kata Dr Siti,fighting spirit tu yang penting.Pada aku,program ni bagus sebab memberi pendedahan untuk kita menonjolkan produk kita dan dalam masa yang sama,kita dapat pendedahan terhadap inovasi dari IPT lain.Sepatutnya,banyak lagi projek yang boleh diketengahkan,tapi entahla,mungkin ditakdirkan kami ni dalam era penjimatan kot.Apa nak buat.

To juniors,buat yang lebih baik dari ini,Ni baru sikit je ni..hehehe


To all of USIM contingent,tahniah kepada anda semua di atas usaha keras.Tak lupa kepada penyokong dan pengiring,kawan-kawan yang banyak menolong(esp Asma' dan Arina.faiz juga).

Last but not least,tahniah juga kepada committee members of NRIC 2010 kerana dapat menganjurkan event yang hebat dan layanan yang baik kepada semua peserta..


(Pic kredit to Asma'Othman)






1 comment:

shee said...

jeruk pak ali...
di situ...asalnya jeruk saya...best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja