Monday, May 03, 2010

Perkara-perkara yang sungguh ANNOYING di alam maya

Saya adalah seorang pengguna internet tegar,yang amat sesuai dijadikan Ikon Remaja sihat tanpa rempit.Hal ini kerana,masa saya banyak dihabiskan di hadapan komputer,dan tidak mempunyai lesen motor.Jadik,status rempit adalah jauh dari diri saya.

Walaupun pihak lain ada mengatakan bahawa mengadap komputer selalu boleh menyebabkan kegemukan,namun saya tidak begitu.Hal ini kerana saya menggunakan Herbalife, dan bersenam dengan meniru dance steps di Youtube.Oh ya,sekarang saya ingin mendalami dance steps So Hot,setelah hampir menguasai dance steps Nobody.

Dunia maya adalah indah,namun keindahannya boleh diganggu dengan beberapa perkara.Maka,saya ingin menyenaraikan perkara yang mengganggu saya(tak semestinya org lain jugak  ok,my personal view je).

Di FACEBOOK:

1.Orang tag saya di gambar yang tak ada saya

Sebagai contoh mereka main kata la application love guru,ataupun apa2 je la.Tak semena-mena mereka tag gambar saya.Baru saya feeling-feeling dapat notification mengatakan bahawa ada gambar saya ditag,mana la tau gambar terhangat di pasaran,namun impianku gugur bertebaran setelah melihat gambarku ditag di foto Farmville.Ingin dimaklumkan bahawa saya adalah seorang manusia,bukan seekor itik seperti yang anda tag.

2.Invitation yang entah hapa-hapa

Nak tau wajah anda mirip artis mana?
Nak tau bila anda kawen??

EH sila-sila,takde orang marah..Jawab je semua kuiz kat facebook tu,jawab kuiz Bahasa Sepanyol sekali pun takpe.
Tapi yang orang temper adalah apabila anda menginvite rakan-rakan anda untuk mengetahui siapakah artis yang menyerupai mereka.Tak perlu bro,tak perlu.Daripada anda invite mereka suruh jawab kuiz tu,apa kata anda ambil gambar kawan anda itu sendiri,dan bandingkan dengan mana-mana artis.Kot ada sama,sama la tu,tak perlu invite dia jawab kuiz tu.

3 Groups yang merepek

Kesinambungan daripada point 2.Ada pulak nak bet negeri mana yang dapat capai sejuta fans.Ada menyumbang kemaslahatan ummah ke kalau aku join.Ok,lagi sekali.Nak join,join.tak perlu nak invite orang.Menyemak notification aku je.

4.Inbox mesej yang berkempen entah apa-apa

Ni time tengah ligat Login FB dapat RM 100 tu,adoii la semua orang nak mesej ajak join group dia.Lagi satu ada kempen "what's your bra colour is",konon-konon mempromote kempen kanser payudara.Apa kaitan kaler bra dengan kempen kanser payudara??Kalau betul2 nak kempen,aku rasa aku ada tulis pasal ni dekat sini--->Breast Cancer campaign

Di YM


1.Random People yang tak semena-mena add

Ini memang annoying,lagi-lagi kalau diorang perverts.Baru kena kelmarin,sapa tah nama pompuan tu.Dia add aku,ingatkan peminat mana la kan..CEHCEHCEH....Bila dia start bertegur sapa,OK boleh tahan.Cuma,last-last dia tanya nak tengok dia pakai Panties and Bra kaler apa,dia suruh klik kt link yang dia bagi.Last-last siap kata
"you're a good boy,you deserve what you want"

Pembetulan cik SLUTANNOYINGWATSOEVA,

1.Saya bukan boy,bukan juga nyah.Mak tulen youuuuuuuuu...
2.I'm never impressed for what colour of your bra and panties,I have mine too..
3.Your link is obviously site for porn,and MUST be a vulnerable site.Virus mesti banyak berlambak tu...

2.Orang-orang YM ada virus,yang tiba-tiba muncul tanpa diundang sewaktu sedang ym dengan org lain

Yang ni aku pernah kena.Tengah YM dengan sorang kawan.Tiba-tiba pemilik ID beracun ni munvul dengan link Vietnam dia tu,Oleh kerana aku tak perasan,maka lepas aku taip mesej nk bg org yg aku tgh lyn ym tu,then terus enter.HALAMAK!!!Tertaip kt YM id beracun pulak tu.
Nasib baik tengah tulis yang biasa-biasa macam Okayy gitu je,buatnya aku tengah runding pasal Pembelian pesawat Sukhoi dengan kerajaan Rusia ke,tengah runding pasal persempadanan semula Malaysia-Brunei ke,tak ke terbongkar masalah negara.BAhaya tau...

Lain-lain

1.Broken Link

Ini sangat menyakitkan hati terutama ketika mahu memuat turun benda best,seperti PV arashi terbaru.Anda telah memberi harapan indah dengan menyediakan link.Anda tahukah betapa kecewanya diriku ini ketika mendapati bahawa link itu sebenarnya sudah tiada.

2.Removed Video di youtube

Ini selalu jadik pada drama-drama,Tv shows made in Japan.Kedekut amat...kesia la peminat-peminat J-entertainment macam ni.Sokonglah Industri Hiburan Jepun.BAnzai!!!

(Karyawan jangan marah saya eh,gurau-gurau aje)..hehehe

2 comments:

「dieyb」 said...

point last skali..

ekceli aku kekadang tu annoyed gak bile click kt link direct kt YouTube pas tu tgk2 video dh di'remove'kan..but from the other side point of view.kalo subbed video tu.agak bahaya sebenarnya di biarkan bertebaran di streaming site sebab org company tu (e.g JE, NTV,TBS) jumpe dorng boleh saman org yang subbed video tu sbb video tu hak milik company/stesen TV tu.cam yg jadik kt JE FanClub nye web (web yg hny utk FC members).di mana dorng remove all arashi vids bile dorng dpt detect yg vids dlm web tu ade org upload kt streaming site.kesannya?bukan je pd mmbers FC tp jgk yg non-mmbers sbb da x leh tgk.kire cm kalo ko nk share kn non-mmbers pun senyap2 ar..
tu yg dorng asik duk cakap la.tp.kalo tgk byk je PV artist lain kt streaming site nye pun.

Huda Luna. said...

betul2 =)

kdg2 bnda tu semua sgt annoying

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja