Entri saja bagi blog tak berhabuk.Mental blocking,ada idea nak tulis,tapi time idea itu muncul adalah tidak sesuai sama sekali:masa drive,di tandas,masa tunggu giliran kat pos office dan mandi.Bila dah on blogger balik,idea hilang,menjadi keping-keping setelah kau pergi.Maka,penyelamatnya adalah
"The not so random"
1.Sekarang rumah saya adalah sangat bersepah ye tuan-tuan,ceh ceh padahal hari-hari bersepah...Ini kerana di rumah saya akan berlangsung majlis besar pada 10 Julai ini,busy la berkemas-kemas menyediakan keperluan untuk tujuan tersebut.Tak la besar mana pun,tapi lebih besar la dari majlis tahlil 100 hari dan majlis potong jambul.Majlis apa??Tunggu......
(Sila online laman Facebook anda pada hari kejadian,atau dua tiga hari selepasnya untuk keterangan lebih lanjut.I would'nt like to reveal the details too much)
2.Sekarang banyak sangat benda-benda yang menyebabkan aku rasa kita Orang Islam ni boleh dilabel sebagai too pathetic..Entahlah,sikit-sikit propaganda Israel.Ya,aku tak nafikan benda tu wujud.I'm not going to talk more on protokol 12.Itu tanya orang-orang mahir..
Benda yang selalu diforward sana sini adalah:
2.1:Israel gian nak Telanjangkan body Perempuan Islam kat facebook dengan kegiatan scan hapakejadahnya..Fuyoooo,hebat gila korang ek,mana tau Israel yang scan??Kira korang lagi hebatlah sebab dah tau diorang boleh scan gambar.Bagus-bagus..
Sebenarnya,Israel tak payah tunggu nk telanjangkan gambar sorang-sorang.berlambakkk perempuan Islam telanjang kat Facebook,My space,malahan err kat tepi-tepi jalan tu sipi-sipi la.
Apa salah cakap elok-elok,perempuan tak elok letak gambar bersepah close up bagai.Perlu ke nak gunakan nama Israel?
2.2 Ni kes suruh tulis nama Israel kat facebook sebagai 15rael,sebab kalau tulis penuh kat status FB ke,nanti direct link ke Fan Page dia(wikipedia page).Konon-konon nanti termasuk la kat Facebok page dia,kira hebat la propaganda diorang.
Hello adik kakak,sebenarnya macam ni.If korang mention benda yang ada fan page dia kat FB,maka status korang MEMANG akan direct masuk ke fan page tu.Contoh kalau ada fanpage Sayerbest la kan,dan korang tulis kat status
"Sayerbest perasan best"
Status tu tetap akan masuk kat Fanpage aku tu.walaupun takde kaitan dengan israel.Ada faham??
Kesimpulannya,jangan la takut sangat dengan Israel tu.Diorang manusia,makhluk Allah jugak.Yang kita takut kalau kita terikut perangai buruk mereka tu.Lagi satu,tak perlu lah menipu walaupun untuk kebaikan.Tahukah anda,kebanyakan hadis maudhu' muncul akibat niat para alim untuk menggalakkan orang awam berbuat kebaikan,lantas menegluarkan kata-kata yang kononnya dari rasulullah.Tujuan tak menghalalkan cara.
3.Konvo aku
Konvo aku mungkin pada 25/9/2010.Setakat aku riki-riki kat web USIM.Alhamdulillah,subjek latihan industri aku LULUS dan dapat A.yeah,first time dapat 4 flet.(PErlu ke nak bangga,sedangkan benda ni tak masuk pn PNGK),Hutang-hutang dah seel dan insyallah aku akan konvo dengan jayanya.
Sekian,hapdet random saya.Jangan komplen takde isi dan motivasi,memang takde isi ni
3 comments:
knuri ape wana?b'tunang ke..hehehe
bes2...
hehehe..yg no 4 tu mcm plik.ermmm ~
Post a Comment