Wednesday, June 30, 2010

Budak-budak memang jujur

Dengar cerita mak aku mengenai budak sekolah rendah tahap 1 memang sangat comel.

Scene 1:
Lokasi:Kelas 2 Bijak

Mak keluarkan coin purse dia dari handbag.kanak-kanak darjah 2 kebetulan mengerumuni meja guru.

"e..eh..cikgu,sikitnya duit cikgu.Kesian cikgu."

Scene 2:
Kelas 3 pintar

Mak aku adalah guru kelas 3 Pintar.Beliau sangat suka hias menghias,malahan ada membelikan sticker dinding untuk hiasan kelas 3 Pintar.

"Teacher..mesti banyak duit teacherhabis untuk kitorang ya".

Scene 3:

Ringtone Handset mak aku adalah lagu "Love So Sweet" dari Arashi.Jangan salahkan beliau,pengaruh itu datang dari aku.

"e.eh..Henset teacher ada lagu samurai"

Budak-budak memang jujur,cakap apa saja yang terlintas di fikiran.Mereka tak pandai menipu,tapi kadang-kadang kalau menipu senang nak detect kot,melainkan spesies Mat rempit junior atau bohsia in-making.

Ibarat kain putih,dicorakkan mengikut persekitaran.Jika persekitarannya Islamik,jadi muslim lah dia.Jika persekitaran rajin-mengundi-realiti-tv,maka berminatlah dia dengan AF dan mentor.Jika ibu bapa mencorak elemen yahudi,jadi yahudi-wannabe la dia.Kadang-kadang ibu bapa dah ok,corak mengikut Biah Islamiah,tapi pengaruh sekeliling mungkin mencabar mereka.

satu cadangan:
Nak sure kan anda kacak/cun secara sebenar-benarnya,sila tanya kanak-kanak.Jika jawapannya tidak menepati dan memuaskan hati anda,jangan bimbang.Mereka hanya bersifat jujur

4 comments:

voltox said...

hehe..kelakar..menarik2

mmg kalau dalam penyiasatan kes2 jenayah pun..jawapan budak diambil kira..sbb diorg tak pandai tipu

Nuruljannah BadrulHisham said...

kire aku ni tahap budak2 lg la kan.jujur....waaaa....

Anonymous said...

awk kelas mane ye??

eh, ke da besar??!!!!

>mzke<

Anonymous said...

awk kelas mane ye??

eh, ke da besar??!!!!

>mzke<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja