Wednesday, September 15, 2010

How to control your weight during Hari Raya

Hari raya adalah hari mengumpul duit raya,tidak lupa juga hari mengumpul lemak raya.
Tak percaya,cuba lihat berapa banyak akak-akak yang bangga tayang pinggang raya dengan memakai kebaya nyonya,akhirnya membiarkan kebaya nyonya itu menyorok dalam almari.Bukan tiba-tiba kerana datang keinsafan menutup aurat selepas raya,tetapi kerana takut tersembul di bahagian perut pula.

Kalau mak cik ni pakai kebaya memang cun.Malatoppp gitu!!!
Rozita Che wan meman hot.Ni idola aku masa umur akhir 30-an nanti.Bukan
dari segi pakaian la,dari segi jaga body tu je



Setelah penat mengcontrol makan time ramadhan dengan berpuasa.Ceh.Ni la orang kan.Puasa dengan niat nak kuruskan badan.Nawaitu kena ikhlas kak,puasa tu ibadah,badan slim dan sihat lepas tu,adalah ganjaran lainnya.Eh.Lari topik.Masa bulan puasa,baru dapat baju baru,senyum gembira je masing-masing,baru raya ke3

Muka semakin kelat
Baju bertambah Sendat
Nak dibiar takut melarat
Tu la makan tak hengat

(eh.ni dah jadik pantun mazmumah versi II dah ni)

Maka hari ini,saya dengan perasan bagusnya ingin menulis tentang cara-cara mengawal berat semasa raya.Berdasarkan pengalaman sendiri okehhh.Kenapa mengawal,bukan menurunkan berat.Well..realistic sikit beb.Siapa boleh kontrol dan jaga makan sangat time raya ni.Mengawal ni sekurang-kurang tak la naik berat sangat,kalau naik sekilo,insyaAllah esok dah naik kerja boleh kawal balik.Sekurang-kurang tak la malu kot nak pergi open house kannn...

1.Banyakkan minum air putih

Bosan kan tips ni.Tapi aku rasa ia betul-betul berguna.Sebab apa,apabila air putih dah mengisi ruang perut kita,serta merta nafsu makan tu boleh dikawal sikit.Lepas tu,air putih ni ibarat membilas balik dalam badan kita selepas kita dok menghentam air manis-manis,terutamanya air gas.
Oh ya,aku ni diva sikit.Selalu betul menyusahkan tuan rumah.Erk.Sila jangan takut jemput aku pergi open house ya.Bukan diva yang macam mana,selalu kalau tuan rumah hidang air gas,aku takkan minum,tapi aku akan request air masak.Tapi kalau dorang yang bancuh air sendiri,aku minum la,menghargai effort orang bancuh air kat aku.Hahaha.Mesti tuan-tuan rumah menyampah dengan aku kan.
Bukan apa,air gas ni kandungan gulanya adalah sangat sangat tinggi.Aku dah lama kot elakkan minum air gas ni.Even kt Mc D/KFC aku jarang order set,sebab aku tak minum air gas.bahaya.ada sejarah keluarga penghidap diabetis.

nak Tau lebih lanjut,cuma baca web kementerian kesihatan 

2.Elakkan meminum ais

Aku tak tau apa kaitan ais ni dengan kesihatan,tapi aku selalu dengan orang tua tak bagi minum ais sangat.Takut rahim kembang.Camne rahim kembang?ada macam payung terjun tak?

(Ekstreme kah description aku?/)

Tapi kesan pada aku la,setelah lama tak minum ais.lama ke?Sape tah berbuka minum fresh orang jug besar time berbuka hari tu.Hahaha.Sila tampar muka sendiri kerana menipu.I mean kurang meminum ais la,dalam interval sebulan sekali gitu la.aku dapati perut aku dah tak sebuncit dulu.Faktor herbalife nombor satu,tapi faktor menjauhi ais ni pun ada membantu agaknya.Kalau aku nak minum air sejuk,selalu aku prefer yang disejukkan dalam peti sejuk,compared to letak ais terus


3.Ambil makanan dengan portion kecil,lalu kunyah perlahan-lahan

Ambik sikit-sikit je,pastu kalau orang tanya,sikit makan?Jawab la,takpe nanti tambah lagi.Sambil tu kunyah pelan-pelan,kira delay waktu untuk mengambil makanan kali kedua la.Lagipun kunyah pelan-pelan ni lagi puas makan,cepat kenyang.

Nak lagi bagus,sambil makan sambil berbual mesra dengan orang lain.Haa..nanti mesti makanan lambat habis,so kurang potensi nak makan banyak sebab masa banyak habis dengan borak je.Hahaha.Boleh pakai ke petua ni???

4.Jangan beraya malam-malam

kecuali kalau anda memang tak nak makan la.Tapi kecik hati lak tuan rumah karang.Bukan apa,kalau dah beraya malam,maka anda akan melantak banyak-banyak,balik rumah terus tido.Hamboii!!!!mana tak naik berat badan.Dah dah.malam duduk rumah tengok cerita Prof razak Mohideen sambil gelak-gelak besar,kalau nyampah sangat meh on YM,chat dengan aku ni haa...

5.Puasa Enam

Yang mana ada cuti-cuti Malaysia masa bulan puasa tu,puasa ganti jugak.Tak payah gabung-gabung,buat asing-asing,baru dapat pahala puasa setahun.Nak tau lebih lanjut,boleh baca blog senior aku ni ha:Effy Saiful

6.Buat sedikit detoksifikasi

Seperti yang sedia maklum,makanan raya kita amatlah mewah dengan minyak-minyak,santan-santan.Korang nak ke benda-benda tu menyumbat arteri korang?Amekla inisiatif,duit raya tu sikit,beli sedikit supplement untuk detox.Ni aku ada depan mata ni.Meh beli teamix herbalife kat aku ni ha:


Banyak jugak alternatif lain,yang penting detox ok.Badan ni macam enjin,bila penuh karat,macam mana nak berfungsi dengan hebat.Kira detox ni nak buang karat-karat tu la.Takpun ada je kat Guardian tu NH detoxlim ke apa,carik la sendiri.

7.Banyakkan aktiviti

Nak suruh berjoging time raya-raya ni macam mustahil pulak.Alternatif lain yang bagus adalah sentiasa menawarkan diri untuk membuat kerja rumah,macam basuh pinggan ke,kemaskan dapur lepas masak ke,sapu-sapu rumah ke.Walaupun tak la berpeluh sangat macam joging,sekurang-kurangnya ada kalori terbakar la jugak.

Begitu juga kalau beraya.Setakat rumah sedara dekat-dekat satu kampung tu,apa salahnya jalan kaki je.Ni tah,pergi beraya rumah atuk sedara setakat seberang jalan pun nak start kereta,dasar mengada-ngada.

Tapi kalau dah penat berjalan tu,jangan la kat rumah sedara lepas tu korang hentam banyak-banyak pulak,cover lapar katanya

Hahaha.Sekian saja tips merepek aku pada kali ini.Kalau berat naik jugak,meh carik aku beli Herbalife.Ceh ceh promote


4 comments:

Ken Wooi said...

control intake lah =)

Sayer Best said...

hahaha..control intake directly susah kot.Boleh resist ke if someone offer kek lapis sarawak..hahaha

BunBinG said...

hahaha.. best gler tips nie.. penulis mmg berpengalaman... hihihi..

Syed Nizam Syed Omar said...

payahnya nak jadi kurus,nasib lah saya lelaki.perut boroi pun xpa.heheh.salam aidil fitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja