Thursday, October 21, 2010

Andai ku tahu....

Bismillah...

Pagi tadi,aku bangun tido..hujan renyai,pagi ni mendung dan redup..

rupanya ia satu petanda,bahawa seorang sahabatku pergi meninggalkan dunia nan fana,menuju ke pangkuan penciptanya..

saat aku mendapat berita ni melalui SMS dari jannah,aku terkejut gila.Siap tanya.Betul ke ni?Ko siyes?ko jangan main-main..

Tapi,bila memikirkan hidup dan mati bukan perkara main-main,aku menerima takdir tuhan dan ketentuannya ini,dengan hati yang redha,dan kesedaran,bahawa kita boleh dijemput pulang bila-bila masa,tak kira berapa pun usia kita.Malaikat maut tidak pernah belajar erti 'bertangguh' dalam melaksanakan tugasnya.

Inani Zalikha Zainal Abidin...

Aku mengenali allahyarhamah dari form 3.Masa mula-mula beliau masuk sekolah aku,memang beliau dah top kerana dikurniakan kepintaran.hebat kan,sebab walaupun masa mula-mula beliau bukan kelas first,tapi result PMR memang power tip top macam budak-budak kelas first.

Masa form 4,baru aku diberi kesempatan untuk mengenali arwah dengan lebih rapat.Sebab kitorang duduk sebelah-sebelah.Time ni aku bersyukur yang amat sangat,dikurniakan orang sebelah yg rajin mendengar bebelan aku,selalu gaduh-gaduh manja,kalau aku ada masalah cinta(ceh gatal),beliau sudi mendengar,juga buku dan homework beliau selalu menjadi sasaran peniruan.

Aku juga beruntung kerana dapat satu group Biologi lab bersama beliau.Sebab tu la masa dengar beliau amek medic,aku tak terasa pelik,sebab dari dulu aku dah nampak kecenderungan beliau,yang tak takut darah,yang berani,yang rajin.Dah la aku ni penakut darah,dah lab mate terlebih berani,aku memang bersyukur.

banyak sangat memori manis bersama allahyarham.Walaupun lepas SPM xde berkontek sgt,tapi kitorang ada la berbalas-balas mesej dan komen di Facebook.
Tapi....mesej facebook dia ada unsur lain macam dalam seminggu ni,beliau mengadu sakit perut la,tak boleh tido in peace la.Tak sangka itu semua adalah satu petanda kehilangannya..

Inani...
Semoga rohmu tenang di sana,ditempatkan bersama golongan yang dikasihi Allah.Ko meninggal sewaktu menuntut ilmu,insyaAllah mendapat pahala jihad fi sabilillah

Mati tak mengenal siapa,tak memilih masa,dan bukan hak milik yang tua dan berpenyakit sahaja.

Gambar kelas form 5,arwah baris kedua,tiga dari kiri.
Aku..err..tak payah carik la aku yg mana

7 comments:

Ruwaida Ridzwan said...

innalillahiwainna ilai raajiuunn...~

starz said...

aku dapat call dari sa'dah 1040 pg td....sentap terus....xjadi dah nk buat sume keje sbb terkenangkan arwah....
mudah2an arwah tenang di sana.....aminn....

mas said...

innalillahi wainna ilaihi raajiuun

dari~ummie said...

xdaya aku dengar..tapi ALLAH lebih sayangkan arwah..

Ridha said...

masa first dapat msg ko, rasa macam tak caya je...terus aku bukak facebook arwah. masa tu dah banyak dah org tulis al-fatihah...sedih2.terkenang balik masa sekelas dulu...inna lillah...

Tie HT said...

arawah sakit ape..semuga roh nya dicucuri rahmatNya..amin

Sayer Best said...

Tulah..semua yg hidup akan mati akhirnya..
emm buat yang tak tau,kawan saya yg dimaksudkan dalam entri ini adalah student medic malaysia yang meninggal di bandung haritu.Punca tak dikenalpasti,sebab mak arwah x bg buat autopsy(mak mne yang sanggupkan?).Cuma yang tau pasal kegagalan sistem pernafasan.

Jenazah dah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan masjid Ar-Riduan,Ulu klang,selepas solat Jumaat

Sama-sama sedekahkan Al-fatihah ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja