Saturday, October 02, 2010

Di puncak menara gading punya atas

Bismillahirrahmanirrahim





(Biasa bila tulis Bismillah,maka entri adalah berbaur serius,tiada unsur gedik,rempit atau 18PL)


Menjawab soalan di status mesej di FB seorang kawan,mengundang pelbagai lagi pertanyaan.Lain kali tak mau komen di status FB orang,kerana ia akan membuatkan aku tiba-tiba bertukar seperti blogger feberet seolah2 Hanis zalikah,atau Green Apple,di mana bila mereka tak hapdet,maka semua orang tanya.Hahaha..siyes perasan,terasa bajet hot pula.Wakakaka

Entri ini bertajuk(tidak seperti di atas)
Bagaimana untuk menjadi blogger hot

Eh silap:
Bagaimana Untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana(master) atau kalau anda bijak laksana berotak kancil,boleh la sambung ke Phd terus

Sebab apa letak tajuk macam kat atas tu?
Sebab biasa degree orang kata di puncak menara gading,so master ni kira di puncak menara gading punya atas.Phd nanti dah dikira di awanan menara gading kot>BTW,kenapa mesti menara gading,apa kaitan universiti dengan gajah?Universiti Gajah Madja aku tau la,kat indonesia sana










Lagu tema:Boleh la dengar lagu ni sambil membaca entry aku

Entri ini adalah untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan di FB,sekaligus usaha untuk menaikkan trafik blog sebab sekarang musim konvo,kompem pasni orang nak cari cara untuk sambung belajar

1.Step-by step
       1.1 Matlamat

         Kenalpasti dulu matlamat anda,untuk apa anda sambung belajar.Untuk naik pangkatkah,sebab tak ada kerjakah,saja-saja kah,memenuhi hasrat ibu bapakah,sekadar nak kumpul sijil sajakah,atau memang untuk menimba ilmu.Ok,dah dapat set betul-betul dalam minda,apa yang anda inginkan.

       1.2 Kenalpasti bidang kajian pilihan
     
       Tak semestinya korang akan sambung bidang yang dipelajari masa degree dulu,tak semestinya.Cuma kalau boleh,pilih bidang yang sama atau bau-bau bacang dengan bidang yang anda pelajari semasa degree dulu.Bukan tak boleh nak tukar bidang,tapi tak ke rasa macam satu kerja pulak nak belajar semua sekali,contoh anda mengambil bidang kaunseling dulu,tiba-tiba master nak buat kimia industri.Apa kau ingat mesin tu ada perasaan macam manusia ko nak kaunseling???
Kalau setakat tukar sikit-sikit,macam bioteknologi tiba-tiba nak buat applied microbiology,takde la lari bersimpang siur sangat

    1.3 Kenalpasti mode pembelajaran Pilihan
Dulu kan kata by research,coursework atau mix mode.Tapi zaman sekarang dah tukar,Master with thesis atau without thesis.sebab yg buat research sekarang pun kena attend kelas tapi tak sekerap master without thesis la kan.

Master without thesis
-Yang ni macam degree.Pergi kelas je.Cuma tak sepadat degree dulu la kan.
-Ada final exam,dan gred lulus adalah B.Kalau dapat B- sekalipun,anda dikira gagal
-mengambil masa yang lebih singkat,arwah abah aku dulu buat setahun je
-Lebih sesuai untuk:Mereka yang ambil master untuk naik pangkat,mereka yang nak buat secara part time
-Kursus yang biasa ditawarkan:subjek pendidikan,ekonomi,sains komputer,bisnes,bahasa.kebanyakan adalah sains sosial,dan sebahagian subjek sains(sikit sangat)


Master with thesis:


-Masuk lab,buat labwork ikut suka hati kau.Kau rajin masuk,tak  rajin duduk rumah,tido.(sila truskan selagi supervisor tak mintak result)
-jangka masa:2-3 tahun(bergantung kepada tahap kerajinan)
-Ada kelas tapi sikit je.Biasa require minimum 9 jam kredit je.Tapi macam without thesis jugak,still kena dapat at least B.Certain paper takde final exam.so,markah dikira dari test dan assessment lain je
-kena hantar thesis.Selagi tak hantar,tak viva,tak grad.
-Kena publish sekurang-kurangnya 1 journal,2 lagi baik.
-Tidak digalakkan untuk mereka yang nak buat secara part time,juga mereka yang dah beranak-pinak.
-Biasiwa biasanya lebih banyak untuk with thesis.
-kalau research anda memuaskan,dan kelas-kelas yang anda amek dapat atleast A-(3.75 PNGK),anda layak untuk diberi peluang terus buat phd tanpa perlu menghabiskan master.(Ini macam style Dr Siti buat)


1.4 cari supervisor


sesiapa yang nak buat by thesis,carik supervisor dulu.Pilih supervisor yang pakar dalam bidang tu,dan juga banyak geran.eh ni bukan geran kereta ke geran tanah,ni geran penyelidikan.Caranya,rujuk kepada web universiti,biasa ada bidang kepakaran,geran terkini ke.Tengok dekat situ
Kemudian,minta pendapat,kalau boleh daripada orang yang kenal s/v anda tu,contoh lecturer2 anda masa degree(biasa lecturer kan saling kenal mengenal kalau berkongsi kepakaran),bekas pelajar lecturer tu,atau orang-orang yang boleh dipercayai.
Dah rasa beliau Ok,juga ada geran,maka korang amek la inisiatif nak berhubung dengan beliau.Tak tau no fon?Alamat?Status sudah berpunya ke belum?
Carik je la dekat web Universiti tempat beliau mengajar.Kompem ada.
Preferred method untuk berhubung(esp 1st time):e-mail
Sebab email boleh tulis banyak2,kalau dia bukak email tu tanda tgh tak busy sangat dengan kerja lain.kalau ko call,buatnya lecturer tu tgh cirit birit ke,tak ke mengganggu?
Kalau lalu email tu,mungkin beliau dah reda kot dari cirit birit,sambil2 boleh la reply.




1.5 sediakan proposal




Dah jumpa supervisor idaman,discuss mengenai projek korang,kemudian buat la proposal macam degree dulu.submit untuk supervisor recheck untuk beberapa kali.kalau nasib baik,beliau akan cadangkan tajuk,dan bagi guide untuk sediakan proposal tersebut.kalau dapat yang macam ni,memang rahmatan lil 'alamin.




1.6 Hantar dokumen yang diperlukan ke sekolah pengajian siswazahIni tempat aku la,tempat lain aku tak tau.Ini boleh refer dekat your particular university of interest punya website.
-Mula-mula apply online dulu.Dia akan suruh la isi biodata,background bagai
-dah submit application online.arr boleh la hantar bendalah ni(copy paste je.malas nak translate dan salin).tak paham boleh google translate,lepas tu jadik double pening
 
 i) Report from two referees - form GS-01 (Attachment) (in sealed envelope and with 
signature accross it)


ii) Certified copy of first degree certificate(s)-two copies (Master's candidates). 

OR Certified copy of first and masters degree certificate(s)-two copies (for Ph.D. candidate).

iii) Certified copy of examination transcript(s)-two copies.

iv) Research proposal (for with thesis programme only)-two copies.

v) Certified copy of Identity Card–two copies (Local applicants).

vi) Payment document.


a) Bank draft or,


b) Credit card authorisation or,


c) Copy of Telegraph Transfer form which has been processed by your bank.

vii) Summary of the application (form GS-01)


1.7 Rilex-rilex dulu,gi kerja KFC dulu ke,sambil-sambil rajin la check website
 u yang anda apply tu.Tapi biasanyaoffer letter dia hantar kat rumah


1.8 Dah dapat offer letter,tunggu tarikh dia suruh daftar,then daftar la macam 
biasa,macam masa degree dulu


2 Sumber kewangan(untuk yang buat by full time)


2.1 Kalau kaya,anak datuk K ke datuk L ke datuk M ke,mintak duit kat
 bapak korang
2.2 kalau pandai,result power,mintak biasiswa.Ini boleh rujuk dekat
 sekolah pengajian siswazah korang.Biasa dia akan bagi list.dan selalunya
 master with thesis senang dan banyak pilihan biasiswa
2.3 Mintak ihsan supervisor korang untuk menjadi RA juga
2.4 Bisnes la beb.Tak pun buar part time kerja Guardian ke.


3.0 Syarat untuk menyambung master


Rujuk tempat korang nak sambung belajar.Tapi biasa minimum CGPA adalah
 2.75,dan kemahiran berbahasa Inggeris.


4.0 Cabaran


Master tidak seperti degree.Diulangi tak sama,anda perlu berkelakuan matang.
Wakaka..macam bagus je statement.
Antara cabarannya adalah:
4.1.Perlu bersifat independent,tapi jangan malu bertanya,takut
 sesat jalan
4.2 Bersifat telinga tebal,muka tebal,tak taku kena marah kalau silap
juga perlu bekerjasama dengan semua pihak,terutama lab staff dan
 research mate yang lain.jangan sombong
4.3 Perlu menguasai teknik-teknik saintifik,terutama di lab.
4.4 Banyak lagi kot..Hahaha..sambung sendiri baru tau


5.0 nak tau lagi???
Cukup cukup la jang oiii.Penat kot taip.ceh tulis entry merepek tak penat pulak


renung-renungkan dan selamat beramal~


Tambahan:
Website sekolah pengajian siswazah IPTA semalaysia:


UPM:http://www.gso.upm.edu.my/
UM:http://ips.um.edu.my/
USM:http://www.ips.usm.my/
UKM:http://pkukmweb.ukm.my/~pps/
UIA:http://www.iiu.edu.my/pgstudy/
USIM:http://www.usim.edu.my/cgs/
UTM:http://www.sps.utm.my/spshome/
UiTM:http://ipsis.uitm.edu.my/
UPSI:http://ips.upsi.edu.my/
UMS:https://ppps.ums.edu.my/
UNIMAS:http://www.postgrad.unimas.my/
UTHM:http://web.uthm.edu.my/ps/
UMP:http://pps.ump.edu.my/index.php
UNIMAP:http://www.unimap.edu.my/template02.asp?tt=8&contentid=182
UNISZA:http://www.unisza.edu.my/
UTEM:http://www.utem.edu.my/pps/




4 comments:

Ruwaida Ridzwan said...

thank u wana! ak da dftr on9...tp bulan 7 taun depan lambat lg la...hehhehe

BunBinG said...

wah.. hebat isi kandungan entry kali nie.. gayer mcm kaunselor.. mantap.. hahaha...

Sayer Best said...

ida:meh smbung UPm,tmankan aku
BunBing:hehehe...ada slh tak entry saya kali ni?kalau ada tertinggal bgtw la ya..pasni encik BunBing boleh la tulis entry kat blog pasal kaedah pembelajaran pulak ke..hahaha

Tie HT said...

sudah dpt gading bertuah, tanduk pdilupa jangan..betapa gading tu mahal..apa kaitan dgn menara gading ek..tp bukan senang bergelar mahasiswa..byk cabaran perlu ditempuh..belum lagi time nak cari kerja, byk gak cabaran..tp best keje sendiri..more adventures

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja