Sunday, October 17, 2010

NINI cokolat celup..celup celup

masa kecik aku suka makan choki-choki dengan Nini cokolat celup,tidak ketinggalan adalah coklat roka.
Apabila meningkat sekolah menengah,taste aku semakin tinggi.sebab masa tu aku baru belajar kenal Cadbury,Van Houten,dan Ferrero Rocher.Ketika ini lah baru aku mendapat tahu bahawa coklat Roka adalah versi murah Ferrero Rocher.

Masa zaman sekolah menengah dulu,laki-laki yang nak menekel awak mesti bagi perempuan itu coklat.aku tak tau mengapa.nampak romantiskah?aku pernah jugak dapat coklat masa zaman itu.Dan.dan nak mengaku hot kan.Tapi sayang zaman kegemilangan itu sudah kian luntur.Wakaakkaka

Tapi.Minat aku terhadap coklat masih tidak berakhir walaupun kini tidak mendapat coklat free lagi.Tindakan aku adalah membeli stok coklat secara pukal di pasaraya berhampiran.coklat yang menjadi kegemaran adalah Cadbury Boulevard ke gitu la ejaanya,maklumlah aku tak belajar bahasa Perancis.Eh kompem ke perkataan tu perancis.Selamba je la aku hentam,adik beradik la tu kot.jenis pilihan adalah dark chocolate,sebab dia kurang manis dan mempunya anti-oksidan yang tinggi.sebab itu lah aku kelihatan muda remaja macam anak dara.Eh,aku memang anak dara lah,bila tah nya nak kawen ni????

atas dasar minat aku terhadap coklat dan mengambil hati ibu-ibu supaya aku kelihatan seperti calon menantu yang rajin mengikuti kelas kemahiran dapur,maka aku mengambik inisiatif untuk mengikuti kelaas pembuatan coklat.

Venue:Taman Semenyih Indah
date:16 Oktober 2010
Time:10.00 a.m-7.30 p.m

Kursus ini adalah anjuran Che tam,seorang pengusaha coklat secara online.Boleh la jenguk website beliau ya kat sini:Teratak Che Tam

Banyak benda yang aku belajar.Kira kursus ini memang mengjar dari basic,dari jenis-jenis coklat,sampai la kat mana ko boleh dapat bekalan kotak coklat.Kira complete la untuk kursus selama sehari ni.Selama ni aku dok la komplen orang jual coklat mahal-mahal,macamkan coklat ko tu dtg dari Switzerland,tapi aku dah blaja smalam,baru la aku faham.Sebab tenaga yang perlu digunakan adalah sangat banyak,kos juga mahal jika korang nak menggunakan coklat counverture(BETULKAH EJAAN INI???).

Untuk pengetahuan,dalam proses membuat coklat hiasan ini.Kita menggunakan  jenis coklat,Counverture dan Compound.Counverture ni yang betul-betul dari bijik koko la.Kira lagi mahal,tapi rasa sedap.Cuma nak prepare leceh sikit.Compound pulak lemak dia dri lemak sayuran.Senang nak prepare,tapi rasa kureng.eh tapi aku rse smalam yang aku buat,dua-dua je sedap.mesti sebab air tangan aku yang membuatkan ianya berasa lazat.

Antara teknik-teknik yang aku blaja semalam:
-Membuat coklat berinti Oreo
-Kaler coklat dalam mould
-Coklat marshmallow
-Lollichoc
-Coklat+edible image.
-banyak lagi lah,dtengok la web Che Tam sendiri

Untuk menjamu mata kalian yang aku tau kuat tembolok ni,meh aku sajikan sikit gambar.

(cis..takleh haplod lak.sengal Digi broadband..nanti tenet clear aku haplod arr)

Seraya terbayang wajah kecewa di muka pembaca..Hahaha

7 comments:

Ruwaida Ridzwan said...

haha...ak pon tringin gak nk g kelas wat coklat...

tp keinginan nak masuk kelas makeup lagi tggi...nk kena kumpul duit niehhh...hehe

Sayer Best said...

eh kelas mekap de je murah,tapi bukan mekap pengantin la.juz utk grooming diri sendiri je.

Ko jadik Member The Body Shop,pastu dia akan ada buat personal grooming workshop.Juz Rm110 je.Skrang ni dia tgh buat kt area utara.ko cek la website Body Shop malaysia

mas said...

eh aku kecewa xde gambar~

Ruwaida Ridzwan said...

ok set! =)

voltox said...

letak gmbr awk tgh makan coklat tau nti..mesti comot punya..sy yakin

Tie HT said...

coklat cadbury sedap lah :)

Sayer Best said...

mas:nanti tenet ok aku letak gambar ok
voltox:hELLo..saya makan coklat sopan santun,takde comot2 ok
Tihar:yup,cadbury memang sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja