Alhamdulillah..
aku sudah discharged dari hospital pada hari isnin pukul dua berapatah,dengan keadaan perut yang sudah agak selesa.Takde ah binatang denggi bagai tu,cuma infeksi usus je.Almaklumlah perut diva kan,haruslah sensitif
Kronologi kejadian
Selasa-15/2
aku bangun pagi sakit perut yang amat.muntah-muntahan sentiasa.tapi bertahan masih menten bertenaga lagi.tapi malam tu housemate Payied,iaitu Ida telah membawa aku ke klinik kat seksyen 7 shah alam.Dia cakap takde pape,cirit birit biasa je.dia bagi MC sehari iaitu untuk Rabu
Rabu-16/2
MC..tapi hari ni sakit menggila bagai nak mampus la.Asal makan,muntah.Padahal Dr semalam tu ada je bagi pil tahan muntah,tapi masalahnya pil tahan muntah tu pun aku boleh muntahkan.Memang gila ah.malam tu dah lembik macam jellyfish.Ida bawak aku gi klinik semalam,lalu aku mengadu domba mengatakan sakit tak elok malah bertambah teruk.beliau suruk merujuk kes tu pada Hospital Klang terus.malam tu jugak gi Hospital Klang.
Gila lama nak mampus nak tunggu jumpa doktor.Last-last jumpa dia just masukkan air,atau Bahasa dokternya larutan saline.Ingat time ni okeh dah.Tenaga dah bertambah,tak macam jellyfish lagi.
Khamis 17/2
bangun pagi-pagi tahap gaban punya diarrhea lagi.The worst is najis tukar kaler ijau.Cit,jangan bayangkan.Scary beb.Nasib hari ni aku MC lagi.
Malam pun bertambah teruk,makan je muntah.Tapi najis tetap terbuang-buang lagi.Pukul 12 malam still macam tu.Aku tak tahan,capai kunci kereta,ajak Payied gi hospital Klang lagi
Jumaat 18/2
Tiba-tiba Dr suspect aku denggi sebab suhu badan yang tinggi,muntah-muntah dan kekejangan perut.Sample darah aku dorang amek dan malam tu aku kena admit masuk ward.Nak masuk tu pun dia amek darah lagi dan masukkan salur berisi larutan saline ke dalam badan aku.Ni sedikit sebanyak la gambar camne korang nak bayangkan salur tu masuk tangan
Leceh okeh pakai benda ni.nak tido pun tak selesa.Pastu tangan ko akan rasa bisa-bisa.Air takpe lagi.3 kali sehari dorang akan inject ubat tahan muntah ke dalam salur ni.Ye la,aku tak boleh consume ubat tu orally,terpaksa guna cara ni.Yang itu SERIUS memang bisa sikit ah.
Hari ni hari kronik aku.5 kali dorang amek darah aku,pastu collect sample urine dengan stool aku.hari ni memang diarrhea gila ah.Keja ngulang toilet je aku.
dah la berulang gi toilet,bendalah yang kat atas ni,yang sambung dengan salur kat tangan aku WAJIb diheret ke mana-mana.Dorang bagi bukak time mandi je,tu pun dorang yang bukakkan.
Berapa kali doktor dok picit-picit perut aku.Gila sakit ah perut.nasib aku baik,asyiklah dapat doktor pompuan gorgeous yang jaga aku.Pastu dr dengan nurse asyik la tanya
"buang air besr berapa kali hari ni"
"kencing berapa banyak-ni dorng bagi measuring bottle"
"Minum air berapa mL"
Mula-mula aku asyik cakapla,berak lebih lima kali la.Tak accurate!Sebagai bekas saintis brwibawa,aku mestilah mempunyai method penyimpanan rekod yang efektif.Maka aku memilih method ini:
Bagus bukan method aku.Selain agak tepat dan berkesan untuk record keeping,buku ini juga memudahkan kerja dr dan nurse.Nurse tak payah la nak dok tanya-tanya setiap 2 3 jam,dorang mintak buku ni.Melalui catatan ni jugak la dr senang nak monitor keadaan aku.So pasni,please bawak buku camni kalau korang admit ke wad,tapi mungkin catatan berbeza la.Ibu brsalin mungkin kena catat berapa kali baby tendang perut.Ikut penyakit lah.bukan apa,mudahkan kerja Dr dan nurse.Kita mudahkan kerja orang,InsyaAllah Allah akan permudahkan kerja kita.
Setiap 3 jam kalau tak silap dorang akan amek tekanan darah dan tengok temperature.Time hari ni memang suhu aku agak tinggi.bahana dehydrated kot.
Nasib baik mak aku datang melawat ini hari.Tengok,betapa besar jasa ibu sanggup nak datang dari jauh untuk tengok anak.Jadi aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari bersikap durhaka kepada ibu aku.
Sambung esok ah.Ngantuk la pulok...
4 comments:
mesti kau makin kurus kan dah asek muntah berak je..haha
bolehlah.lose 2 kg in 4 days..hehehe.ni tgh nk cover balik .hehehe
lepas ni dh xleh ajak ko g makan merata2 tempat dh la...
wan:boleh je..tp kne ko blanje la..bru x sakit perut kot..hahha
Post a Comment