Friday, February 04, 2011

My 20 dirty little secrets-Versi Sekolah Menengah

Tadi aku tulis entry pasal zaman kanak-kanak,dapat sekali idea untuk sekolah menengah pulak.Tapi aku nak tulis pasal dirty little secrets la pulak.Okeh,setiap orang ada rahsia sendiri.Tapi aku tak malu nak bagitau jugak.Apa ada hal.Zaman sekolah dah abis.Benda ni sedap nak buat bahan gelak-gelak.Teringat bodoh gila zaman dulu-dulu:

1.Masa form 1 aku pernah pura-pura gastrik,demam@migrain sebab aku tak suka sorang ustaz

Aku tak suka sebab ustaz tu sikit-sikit nak buat aku contoh dalam ayat-ayat dalam kelas.Aku ni dah la pemalu tahap gaban masa tu.(tapi sekarang dah tak dah).Lepas tu garang nak mampus mengajar kanak-kanak form one.Oleh sebab aku rebel,tapi masa tu takut lagi nak langgar peraturan sekolah.Maka setiap hari selasa aku akan migrain@gastrik.nak tipu senggugut masa tu belum baligh lak.Tapi dah berapa minggu ok je,beliau dah tak buat contoh asyik nama aku je.Sengal kan

2.Masa form 1 jugak,aku pernah tak hafal surah As-Syams,lepas tu ustaz yang ajar subjek hafazan untuk ujian insentif Bahasa Arab tu marah.Aku pergi bantai nangis lepas dia marah.

Lepas tu dia pujuk cakap.Eh,takpe-takpe.Hafal sikit-sikit.Sampai akhir tahun beliau tak marah aku.See..kecik-kecik dah drama Queen.Eh,tapi masa aku form 3 Ustaz tu macam dah tak ingat drama aku masa form one je.Beliau dah style tak marah,tapi buat ayat perli.
Ustaz yang sama jugak pernah berbalas SMS dengan aku masa form 5.Aku pergi kenakan dia,menyamar nak berkenalan.Last-last dia tahu tu nombor aku.Kena sedas aku dengan dia,"Budak-budak sekarang,cikgu pun nak dikenakan"

Sa'dah,ko tahu kan kisah ni.Hahahha

3.Masa form 2 aku pernah kena dumped atas alasan malas study

First time aku ada BF konon kononnya la adalah masa form 2.Poyo nak mampus.Wahaha.Tapi last-last ko tau,dia dumped aku kan sebab aku malas study,hari-hari datang prep memekak,lepas tu suka tido time Sejarah.Dia bimbang aku akan menjejaskan prestasi beliau untuk PMR tahun depan.Eh boleh blah.Aku rasa PMR aku lagi cemerlang kot dari ko.KO tak nak cakaplah.Tapi alasan ko tu serius KELAKAR.

4.Dulu-dulu aku nampak orang yang rajin layan lagu English adalah cool.Jadi aku pretend layan lagu Britney Spears supaya nampak cool jugak.Poyo kau takde identiti.

5.Aku pernah mengakhiri pidato untuk pertandingan peringkat daerah dengan ayat berikut:

Wabillahi taufi wal hidayah,wassalamu Alaikum warahmatullahi wabarakatuh.Amma ba'du.
Judges gelakkan aku.Aku malu gila tahap cipan.Nasib baik dapat nombor 2.Kira OK la

6.Aku pernah jatuh tangga secara terduduk di hadapan gerombolan senior yang hot.Gila malu dan aku terus berlalu cepat walaupun azab gila nak angkat punggung.

7.Aku tak suka akak senior aku yang sibuk dok ceramah ikhtilat sana-ikhtilat sini ,padahal aku namapk diorang tergedik-gedik gelak-gelak nak pergi meeting dengan budak lelaki.Ko ingat aku tak nampak?

8.Aku pernah bercit-cita nak jadi pakar Bahasa Arab masa form 4,sebab aku rasa Ustaz Fuad cool gila.

9.Aku pernah give up dengan subjek sains tulen masa dah nak SPM.Gila menyesal amek sains tulen masa tu,sebab Bio dengan kimia aku gila sengal punya result masa trial.Tak percaya sekarang aku end up dengan B.sc(Hons) Food Biotechnology.

10.Aku pelik dengan gejala minat-minat akak senior dan adik junior dulu.Soft kind of Lesbian kah?Okeh,tapi aku admit aku ada jugak minat senior.Eh,sekarang aku konpius dengan orientasi seksual aku masa tu.Eh,tapi aku rasa time tu aku admire karisma dia kot.Sila jangan tuduh aku lesbian.Hahahha

11.Aku pernah dicek secara teliti oleh warden sebab disyaki bawak henset ke sekolah.Dia pergi belah kanan,aku alih tangan belah kiri.Last-last dia suruh bangun,aku hulur je tangan kat tingkap.Nasib baik Sa'dah ada kat luar.Beliau sudi save.Hahahaha.

12.Aku pernah nyorok bawah katil dan dalam locker masa pengawas buat spot check nak tengok siapa tak turun surau time maghrib.Nasib baik aku kecik.

13.Aku pernah nangis masa 'kawan baik lelaki' aku pindah sekolah masa tu.Gila-gila nangis macam mati laki weh.Lepas tu beliau sound,"Hoi aku nak pergi pindah je la.Bukan pergi mati".Sekali lagi award drama queen untuk aku.hahaha.AKU TAU KO BACA NI.SILA JANGAN KOMEN!!!!

14.Aku pernah pitam pasal skip makan.Masa tu aku rasa perut aku buncit.Kengkonon nak diet la padahal berat kau cuma 39 kg.Oh lupa,tak sedar diri masa tu pulak ada low blood pressure.Tapi masa dah dewasa tak kisah lak makan sebanyak-banyak tidak.Padanlah aku jadik penguin masa 3rd year kat U.

15.Aku pernah study kat ampaian malam-malam buta sambil pasang walkman.Aku tertidur pulak tu,dan dan terjaga kat earphone aku dengan orang buat tahlil.Aku cuak dan lari balik dorm tinggalkan budak-budak lain.

16.AKu pernah main bunga api dalam dorm.Time tu aku ponteng tazkirah dengan budak-budak dorm aku.By the time budak form 1 nak naik,aku pergi halang depan pintu cakap,"korang jangan masuk.Bahaya dalam tu.jangan cakap warden.Biar ktorang setel".Ditambah efek khas kepulan-kepulan asap bunga-bunga api tersebut.

17.Aku telah berjaya membuat penolong ketua pengawas mintak maaf kat aku.Pergaduhan asal berpunca daripada beliau tak puas hati dengan batch aku.Camne tah,budak dorm aku bersatu hati mensaiko form 5.Last-last tak tahan kena saiko,penolong ketua pengawas mintak maaf dengan aku.Ko jangan tak tau,berlaku adengan air mata dan peluk memeluk antara kami berdua.Gelo siot.Kecik-kecik dah ada bakat ketua samseng aku ni.

18.Aku selalu bajet nak stay up malam,tapi last-last berakhir dengan acara makan dan berbual.Baca buku sehelai dua,pastu tido.

19.Aku pernah pitam kat tengah-tengah jalan masa tengah outing.Aku pun tak tau kenapa boleh pitam,padahal sebelum tu aku bahagia je gelakkan sorang nyonya tua jalan kengkang kat depan aku.kena tulah kot?

20.Aku tak sangka aku akan post banyak benda ni kat blog.Ingat nak simpan sorang-sorang,atau sesama rakan-rakan aje.

Kesimpulannya,zaman sekolah menengah aku best,adventurous dan menarik.RUgi weh korang tak satu sekolah dengan aku.Hahahahahah







5 comments:

atie said...

wana.. no. 9 tu sama pengalaman... rasa nyesal pun ada tak tukar aliran awal2... SPM result average je... takpe ar.. ilmu2...

Sayer Best said...

wahaha..tau xpe.aku lak trkjut ckt la SPM jauh beza dgn trial.cm x cye last2 aku keja pn dlm bdng sains jgk

cik Nurul said...

ahahaha....cane kalo soya bean baca blog kau?sia2 je dia tau aku rakan konspirasi ko...anyway,maceh sebab xdedahkan nama aku kat dia,but somehow aku macam rasa dia tau la yang aku terlibat sama =p

kes no.11,aku ade selamatkan ko eh?seyes tak ingat weyh...hahaha...memory mmg sweet ^_^

Sayer Best said...

sa'dah:aku tak terasa dia baca blog aku.tp kalau cikgu2 lain tau.mati la aku.hahahha

Yang no 11 tu,masa tu aku main hulur je tgn kt tingkap,pastu ada org smbut enset aku dari luar.aku tgk,ko la tu..hahaha.siap pastu ko ajar cmne nk nyorok enset bawah loker lagi.ko mmng hebat la sa'dah..heheh

cik Nurul said...

hah???itupun jugak?hadoyai...kelakar gila sbb aku mmg langsung xingat...kira nakal aku boleh tahan gak la ye....hehehehe..tp 2 dulu,sekarang da baik ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja