Pada entri yang lepas,aku telah mengamuk secara melampau.Maka,entri hari ini adalah contradict dengan entri di bawah yang mana akan membuatkan orang mengatakan bahawa aku cakap tak serupa bikin..hhhahaha..mari gelakkan aku.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ketika marah ialah:
1.Amek wuduk dan solat
Perkara biasa la ni.Marah tu dari syaiton,dan syaiton dari api.Jadi air wuduk tu boleh memadamkan api-api syaiton itu.Eh,tapi kadang-kadang pernah la aku buat macam ni.Tapi after solat still marah lagi.Nampak sangat solat tak khusyuk kan.
2.Buat senaman Aerobik ala-ala kickboxing
Proven!Hari tu ada aku mengamuk dengan orang kan.Pastu nak elakkan aku bagi offline mesej YM berbaur kata-kata makian,aku bukak la Youtube.Tapi bukak Youtube jangan carik Maria Ozawa pulak,tu karang jadik aerobik lain.BUkak youtube korang carik video bawah username sparkpeople.Ada satu tu kickboxing cardio workout.10 minit.dah abes 10 minit tu kau dah tak rasa nak marah dah sebab termengah-mengah.Bonusnya,badan akan jadi fit dan langsing.
Tak mesti aerobik,ikut korang la,nak main bola keranjang ke,boling ke.
3.Basuh Baju
NI kegemaran aku masa dekat u.Aku selalu bayangkan baju-baju yang aku sental tu umpama muka orang yang buat aku marah.Lagi-lagi time basuh stokin.Peh,gila nikmat weiii.
4.Mandi
Sama reason dengan wuduk.NI apply kalau period la.Sebab tak boleh solat kan.Sambil mandi tu korang nyanyi-nyanyi lagi Rock ke,dangdut ke,tak kisah.Janji puas
5.Untuk elakkan mencarut,boleh la tukar perkataan carutan seperti berikut:
-Anatomi Manusia:Daripada korang mencarut p*****k ke,cuba tukar anatomi yang bersifat saintifik seperti pankreas,duodenum ke,uterus ke,nampak bijak sikit
-Binatang:asyik-asyik mencarut guna babi,guna la haiwan yang comel sikit macam tapir ke,hamster ke
-Perkataan seperti bodoh-ganti dengan cerdik,bangang-ganti dengan lengang.ataupun sudah kan dengan perkataan lain.contoh,dripada menngata orang bodoh..baik cakap body ku hot(amek dri blog Maria Elena)..atau Bangang..ganti dengan "Bang..SMS siapa itu bANg(lagu Indonesia)"
6.Kalau tak berjaya jugak,tulis/conteng kat kertas.Lepas tu keronyok-keronyok campak dalam tong sampah.
Amaran:Jangan tulis kat blog dan Facebook,melainkan tulis secara umum je.Jangan spesifik nama@klue2 yang memudahkan orang lain meneka.Kelak anda akan mencurah api ke atas minyak petrol sahaja
Itu je la kot.Sila la amalkan untuk kesihatan minda.Marah-marah selalu bukan elok pun.elok-elok muka cun karang bertukar lak macam raksasa Gorgon.Tapi kalau dah rasa geram sangat dengan orang yang ko marah,petua-petua ni tak jalan.Belasah je dorang..apa susah..
2 comments:
weh mencurah api ke minyak petrol ke curah minyak ke api? haha sengal la wana nih
alamak..terbalik dah aku..macam karam singh walia lak.hahahah
Post a Comment