Saturday, January 15, 2011

Financial Management versi emak saya

(yang masih tidak berjaya diikuti oleh anak sulungnya)



Alhamdulillah,saya mempunyai emak yang bijak menjaga kewangan.Bak kata arwah abah saya,kalau mama saya yang jadik menteri kewangan,mesti Malaysia dah makmur dan kaya raya sekarang.Menyesal pulak sebab masa Dato'najib bukak ruangan #tanyanajib kat Twitter,saya tidak mengusulkan ibu saya sebagai menteri kewangan Malaysia,kalau tidak mesti saya dah bertukar menjadi anak menteri kewangan.eh kejap guna emak,sekejap guna ibu,tapi sebenarnya saya memanggil beliau sebagai mama.

Oleh kerana saya agak suka membazir,malahan duit JPA yang dapat setiap semester(masa degree dulu) tidak mencukupi,maka ibu sering memberi nasihat kewangan.Tapi kadabg-kadang saya berdegil.Haha.Takpelah,ni saya menurunkan sedikit sebanyak petua ibu saya,kalau anda tak degil,boleh ikut la.

1.Jangan Buat Banyak Hutang

Hutang adalah pencuri kebahagiaan.Kebanyakan gaji kakitangan kerajaan dihabiskan untuk membayar hutang sebab kakitangan kerajaan senang nak buat pinjaman.emak saya ajar,buat satu hutang je bagi satu masa.Macam mula-mula beli kereta dulu ke,dah habis bayar baru beli rumah.Camtulah.Pulak tu kereta tu pulak jangan la tukar setiap tahun.Ukur baju di badan sendiri.Gaji 2000 jangan buat hutang macam gaji 4000.

2.kalau terpaksa buat hutang jugak,bayar deposit besar,dan tempoh pembayaran yang paling singkat

Ini hasil temuramah aku bersama seorang salesman kereta masa aku survey-survey kereta dulu,beliau cakap,

Orang Melayu suka pilih pembayaran sikit-sikit tapi lama
           Orang cina suka bayar banyak-banyak dan sekejap

Tahukah anda bahawa bayar lama-lama akan menambah interest bagi sesuatu pembelian?kalau berkemampuan,beli cash untuk menghindarkan riba'.kalau mampu la.Kalau tak mampu betul-betul nak jauhi,buat pinjaman Bank Islam la.Carik keberkatan dalam berharta

3.Carik rezeki halal

Eh.Ni sepatutnya letak first.BUkan setakat carik kerja halal je tau,macam ko dapat keja cikgu kompem seratus peratus pendapatan ko halal la.Sory cikgu,contoh je eh.Memang la ko kerja cikgu,tapi ko rajin ngular,jarang masuk kelas.So,pendapatan tu jadik tak berkat pendapatan tu.kalau keja opis,dia rajin rembat stationary opis,so dah kurang keberkatannya di situ.Maka harta akan sentiasa rasa tak cukup.

4.beli barang kesukaan(yang kehendak) satu je sebulan

Macam situasi aku sekarang aku gila membeli belah di Body Shop.Tapi nak limit,kalau shopping dengan mak aku la,beliau akan kata,"eh..minggu lepas bukan dah beli barang kat sini ke?"So,aku limit,kalau bulan ni beli perfume,bulan depan beli lip scuff,bulan lagi satu beli blusher.

Tapi kalau aku gi shopping sorang macam tersasar lak.Hahahha

Ini juga applicable untuk pasangan yang akan berkahwin.macam parents aku dulu tunang setahun kot kalau tak silap la,ke kurang sikit.Tapi sepanjang tempoh bertunang tu diorang akan beli satu hantaran setiap bulan.Jadik takde la rasa burden sangat,compared tu beli sekali banyak.

5.Mesti Simpan duit sekurang-kurangnya 10%,lebih lagi jika anda belum kawen,letak 30% pun ok

Mesti ada simpanan tetap.Awal-awal dapat gaji terus potong.simpanany yang perlu diprioritikan adalah Tabung haji.sebab mak aku kata itu benda wajib.Perlu bersegera dalam urusan itu.Simpanan tu mesti konsisten tiap-tiap bulan,dan jangan dikeluarkan.

macam contoh parents aku start menabung tabung haji masa mula-mula mengajar letak RM50 je.Tapi simpan tiap-tiap bulan secara istiqamah.hasilnya,mereka naik haji sebelum berumur 40 tahun.

Selain simpanan haji,kita juga perlu ada simpanan kecemasan.Letak la dalam 100 sebulan ke.takut kalau-kalau ada kecemasan macam kereta rosak ke,sakit ke,adalah back up plan.

sebelum kahwin adalah masa paling sesuai untuk menyimpan,sebab kita takde tanggungjawab sangat.Simpanlah hari ini untuk kehidupan akan datang

6.Beli barang-barang dapur secara borong masa awal-awal dapat gaji

Reason:Tak perlu ke pasaraya banyak-banyak kali.So,jimat duit minyak dan parking.Senang bukan?

7.Membeli barang second hand bukan lah perkara MEMALUKAN

Terutamanya di zaman gawat-gawat ni.Kalau pandai carik,kena gaya,dapat lah yang cun.aku tak tau la tempat lain,tapi kalau kat Johor ni,ada tempat nama RENGIT.dekat rengit tu ada satu perkampungan orang kuala.Untuk pengetahuan korang,hotel-hotel kat singapore kebanyakannya ada polisi,di mana mereka perlu menukar perabot-perabot hotel dalam tempoh 3 ke 5 tahun gitu aku tak ingatlah,walaupun kondisinya masih baik,untuk menjaga kualiti dan standard.So,barang-barang hotel tu,diorang akan bagi/tolak secara murah gila kat orang laut tu.

Memang ko tengok kondisi rumah/premis perniagaan dorang tak berapa lawa.Tapi try masuk dalam tu,banyak barang-barang cun ko tau.kadang-kadang bukan perabot je,kalau nasib baik ada la handbag branded ke,barang2 gym ke,semua dari singapore,dorang tolak sini.Kitorang kadang-kadang turun sini carik almari ke,meja ke,standard hotel tu!

Peta Rengit


8.Rajin bersedekah

Jangan la kedekut sangat kan.kalau tak mampu nak konsisten ngulur,singgah masjid tu sumbat lah seringgit dua dalam tabung masjid.Mak aku cakap,seringgt kita bagi,10 atau lebih kebaikan kita dapat.kebaikan tu tak semestinya dalam bentuk duit,mungkin dalam bentuk yang lain.

9.Ukur baju di badan sendiri,Utamakan yang perlu

Gaji dua ribu,buat cara gaji dua ribu.jangan tunjuk style mewah.Tapi jangan sampai taraf kedekut gila pakai baju yang dah berlengas.Parents aku punya style walaupun berjimat,mereka tak pernah compromise pasal pendidikan dan pemakanan anak-anak.Bukan la dengan pemakanan tu bawak makan KFC setiap bulan,tapi dengan menyediakan makanan yang berkhasiat,dan bagi duit secukupnya bagi membeli makanan.mak aku memang jaga pemakanan kitorang.Setiap kali nak exam mesti bekalkan kismis dan kurma.
belanja ikut kemampuan,bukan ikut keinginan.gaji sikit beli je silky girl,jangan berangan nak beli MAC(even MAC tiruan pun,sebab bahaya.Sebab pernah baca somewhre mac palsu ni guna barang low quality yang mungkin memudaratkan,dan dorang takkan bertanggungjawab,tapi kalau mac ori,ko pakai kulit ko menggelupas,sebenarnya korang boleh contact opis dia dan mintak fund balik)

10.Duit syling jangan diabaikan

Selalu orang tak amek port pasal duit syling.main campakkk je.Tapi mak aku lain.Duit syiling dia akan masukkan tabung khas.Pastu dekat-dekat nak raya,beliau akan ke bank untuk menukar duit tu jadik duit seringgit-seringgit,dan akan digunakan sebagai duit raya untuk diberi kepada kanak-kanak.So,takde lah rasa kopak sangat kan masa raya.

Itu je aku ingat.boleh la korang amalkan.hehehe.Mak aku cakap nanti aku nak kahwin beliau akan turunkan petua rumahtangga pula.tunggu saja ya

8 comments:

amir baim said...

saya selalu pau kembar~
adakah itu satu kesalahan?
serasa bersalah pula mereka menyalah guna duit yang dibekal parent untuk membelanja saya~T_T~

Ruwaida Ridzwan said...

wah..good entry

ak suke point no.4 & 5! haha

Sayer Best said...

baim:hahaha..Takdelah..Mak selalu cakap,jangan kedekut.Kena kongsi rezeki dengan kawan-kawan.

Hah!Kantoi.selalu pau adik-adik akak!hahaha

Ida:Tau xpe..hahaha..Mak aku kata kalau aku accept offer keja tu,dia dah cop nak simpankan beberapa persen..sebab dia tau anak dia cmne..hahaha

voltox said...

wah..banyaknya petua..menarik2..hehe..

pasal rengit tu mmg menarik..dulu mak sy ada beli gak barang kat situ..cantik2 gak kan..

ukur baju di badan sendiri tu tak sesuai utk tukang jahit..diorang kena ukur kat badan pelanggan..kalau ukur kat badan sendiri..mesti saiz baju kat kedai dia semua sama kan..=p

cik Nurul said...

yea....aku suka entry ko yang satu ni wana....sungguh bermanfaat...boleh apply pas ni...hehehe

Sayer Best said...

voltox:hahaha..ye tak ya jugak..Tukang jahit,fashion designer kena ikut saiz pelanggan.

sa'dah:hehehe..sila2

Anonymous said...

smpai post ni habis dibaca... sy xleh buat kesimpulan lg samada penulis berjaya ke belom melaksanakan petua2 yg die bg.

haha.. joking! good entry.

Sayer Best said...

anon

wahaha..baca ayat atas sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja