Saturday, May 09, 2009

MY own view regarding World halal Research summit-Part 2

Sekarang kita sudah sampai sesi kedua WHR 2009.pada sesi ke 2 ini,ada 3 sesi pembentangan

1.Advance Research in Pharmaceutical Products
Dr. Azizi Ayob
Head of Pharmaceutical R & D Centre,
Chemical Company Malaysia (CCM),

Pendahuluan

Hmm...berkaitan dengan ini aku tak boleh mengulas dengan lebih lanjut sebab aku bukanla pelajar farmasi.Cume kebelakangan ni banyak orang risau berhubung status ubat-ubatan-kapsul yang digunakan Halal atau tidak.Sumber sebahagian vitamin atau mineral dan functional product untuk kegunaan perubatan.Cuma,kalau untuk keterangan lebih lanjut,boleh bukak la web ni:

http://www.who.int/topics/pharmaceutical_products/en/

Ataupun kalau ada sape-sape pharmacists kat sini,boleh la terangkan sikit ye mengenai apa yang tak jelas(ceh..bajet pharmacists sudi je nak menjenguk blog kurang isi ilmiah ini kan).Student pharmacists pun takpe(does HIM included???I don't think so)

Skop pembentangan

DAlam kertas kerja ni,Dr.Azizi ada menerangkan mengenai perkembangan terbaru dalam industri farmasi ini.Pada asasnya,pharmaceutical product ni kita boleh bahagikan kepada dua:

1.Pharmaceutical category
Ini yang biasa punya
2.Biopharmaceutical category
MElibatkan biologi dan bioteknologi,Ini termasuk proses penapaian,amino acid,enzim,protein dan macam-macam lagi.

Perkembangan dalam pharmaceutical boleh dibahagikan kepada
-Teknik dan kajian dalam penghasilan ubat-ubatan:konsepnya dos yang lebih rendah tapi keberkesanan yang tinggi
-Sistem pengangkutan ubatan dalam tubuh badan:memudahkan proses bahan kimai tertentu dalam ubatan untuk sampai ke organ@ tisu yang ditarget(huh..ayat susah betul,senang cakap macam ni la..kau makan panadol guna mulut kan,tapi efek adalah untuk kepala..jadi para saintis ni berusaha untuk memudahkan bahan kimia dari panadol yang kita telan tu sampai ke target iaitu kepala...faham??)
-Teknologi untuk meningkatkan kebolehan sistem badan dalam menerima ubat-ubatan(emm...any exact meaning to bioavailability)
-Teknologi dan penggunaan baru dalam penyediaan ubat-ubatan

Beliau juga mengulas mengenai cabaran dalam penghasilan formulasi ubatan dan cara-cara untuk membangunkan produk dan analisis ubat-ubatan.
Antara teknologi baru dalam industri farmasi adalah:

Penghasilan teknologi pellet.Pellet adalah strukutur yang kecil seperti manik.Pellet ini memberi banyak kelebihan seperti menambah keefisienan ubatan,mempermudahkan bahan kimia berfungsi disebarkan dan sampai ke organ yang ditarget dan orang tak tercekik(ni aku tambah sendiri..hahaha)

Beliau juga mengulas bahawa sesuatu produk farmasi itu dikira halal jika:
-bahan mentah,ramuan dan bahan penambah adalah dari sumber halal
-Bahan-bahan pemprosesan dari sumber Halal
-sistem pemprosesan mengikut syariat islam

DAn penggunaan sumber tumbuh-tumbuhan adalah lebih digemari berbanding sumber haiwan untuk mengelakkan masalah syubhah

Ulasan:

Seperti apa yang aku kata tadi,aku tak berapa tahu sangat bidang ini.jadi aku tak boleh mengulas lanjut.Apapun syabas untuk CCM(chemical company Malaysia) kerana menghasilkan produk pharmaceutical yang halal.Antara produk ini adlah vitamin Champs.AKu juga sempat membeli pek berkembar Minyak ikan(kaya dengan asid lemak tak tepu yang boleh merendahkan tahap kolestrol).HAl ini kerana mak aku komen bahawa beliau susah nak jumpa produk minyak ikan ini yang ada logo halal.Untuk maklumat lanjut berkaitan CCm ini,bolehlah layari web mereka ini

2.Halal : An Emerging Food Quality Standard - Similarities of Halal & HACCP
Dr. Mianz N. Riaz

Pengenalan

HACCP makna secara lughawi(literally) adalah:Hazard analysis and critical control point-analisis bahaya dan kawalan titik kritikal(amek ko terjemahan ala-ala kamus dewan bahasa edisi ke20..eh dah sampai 20 ke??)
MAnakala maksud secara teknikalnya:Suatu sistem pengawalan kualiti dalam industri yang bertujuan untuk mengawal/mencegah dan merendahkan risiko pencemaran oleh bahaya biologi,kimia dan fizik dalam sesuatu sistem pemprosesan makanan

Pada dasarnya,HACCP ini berpegang pada 7 prinsip:

1.Menjalankan analisis bagi mengesan unsur-unsur bahaya(pencemaran secara kimia,fizik dan biologi)

Kimia:contohnya melamine,dioxin,pewarna yang tidak dibenarkan
Fizik:TAik idung,Kaca,pencungkil gigi,pengorek telinga
Biologi:bakteria,virus,kulat

2.Mengenalpasti titik kritikal dalam pemprosesan(kira macam dekat step mana unsur pencemaran boleh mencemari makanan tu la)
3.MEnetapkan limit bagi pencemaran tersebut.Yang ini kena ikut standard yang ditetapkan dalam MAlaysian food regulation 1985.COntohnya,jumlah bakteria yang dibenarkan ada dalam produk.FYI,adalah agak MUSTAHIL untuk memastikan makanan adalah 100% bebas dari bakteria,dan bakteria adalah tidak berbahaya jika ia terdapat dalam jumlah yang tak melampau,berdasarkan jenis bakteria tersebut).Untuk keterangan lanjut boleh buka web rasmi kementerian kesihatan di sini
4.memantau setiap titik kritikal.
5.Mengenalpasti proses pembetulan.COntoh jika terdapat unsur pencemaran biologi akibat tempoh memasak yang tidak mencukupi,maka langkah pembetulan perlu diambil untuk menurunkan/membuang unsur pencemaran itu seperti memasak semula makanan tersebut.
6.mengesahkan rekod dan prosedur HACCP
7.Menyimpan dan mendokumenkan prosedur-prosedur HACCP

Skop Pembentangan

Dr.RIaz mengulas mengenai cara untuk mengaplikasikan prinsip HACCP ini kepada sistem halal,secara dasarnya HACCP boleh diguna pakai dalam sistem halal,cuma bab pencemaran tu kena tambah dengan pencemaran dari unsur haram.

Critical point juga ditambah dengan halal critical point.YAng ini biasanya dari sumber bahan mentah,peralatan yang digunakan dan pembungkusan produk.HAlal critical point ini menjadi isu biasanya dalam penyembelihan.Para pekerja perlu memastikan bahwa binatang sembelihan itu menjalani proses penyembelihan dengan sempurna,jika tidak,produk itu LANGSUNG tidak boleh digunakan.

BAgaimanapun standard HALAL ini agak sukar diaplikasikan kerana di amerika pada dasarnya,kerajaan berpendapat bahwa kos adalah tinggi untuk dilaksanakan sistem HALAL dan HACCP itu.

Sistem HALAL dan HACCP adalah lebih kurang sama kerana kedua-duanya menitik beratkan kebersihan menyeluruh,tapi HALAL ditambah dengan kebersihan dari unsur-unsur haram.

Ulasan

hmm...Dr.Zaiton pernah cakap dalam kuliah dia,bahawa antara perbezaan HALAL dan HACCP adalah di halal tidak ada CRITICAL LIMIt,sebab kalau ada sikit pun unsur haram,macam 0.001% minyak babi dalam makanan,ia tetap dikira haram.Tapi aku tak sempat pulak tanya soalan tu kt dr.riaz semalam.Begitu juga dengan arak,aku pernah terdengar bahwa sebahagian produk yang kita guna ada mengandungi sedikit unsur arak,tapi tak berani pulak nak tuduh sebarang tanpa bukti yang kukuh.JAdi aku berharap,sistem halal ini dapat dilaksanakan dalam industri makanan malaysia untuk mengelakkan pencemaran produk dengan unsur tidak halal,macam mencampurkan ayam bangkai dengan ayam sembelih dalam satu peti,keberangkalian untuk pengguna tersalah ambil ayam adalah tinggi.MAka di situlah adanya titik kritikal HALAL.

3.Updates on Global Halal and Kosher Industry
Prof Dr. Joe Regenstein

Haa..Jangan ingat orang islam je ada pantang-larang benda yang tak boleh dimakan.Yahudi pun ada tau.Kalau kita guna sistem halal,mereka pula guna sistem KOSHER.
Apa kosher tu??

Kosker adalah makanan 'halal' versi yahudi,manakala makanan haram bagi dorang adalah tith(maksudnya duri)

Antara tith adalah:
-arnab,burung hantu,helang,babi,shellfish,serangga dan reptilia
-Binatang lain yang tidak disembelih mengikut kosher
-produk daging dan susu yang dicampur bersama
-makanan kosher+tith=tith

NAk tau lebih lanjut boleh baca ni

SKop Pembentangan

Dr.regenstein mengulas bahawa terdapat negara barat yang menegah dan menghalang dan mencegah penyembelihan secara halal dan kosher,mereka lebih menyukai stunning..TApi ini salah kebanyakan pengusaha yang tidak menjaga kepentingan dan kebajikan haiwan-haiwan tersebut sebelum disembelih.Beliau juga menegaskan agar sistem penyembelihan dijalankan dengan lebih berhemah bertujuan untuk meengurangkan kesakitan haiwan seperti menggunakan pisau yang betul-betul tajam,tangkap haiwan secara lembut,elakkan pergerakan secara tiba-tiba dan lain-lain lagi.

Beliau juga mencadangkan bahawa perlunya persefahaman antara lab halal dan kosher,juga sistam logo untuk halal dan kosher..

Segaris ayat beliau

It is not our differences that divide us.It is our inability to recognize,accept and celebrate those differences.

Ulasan

Aku setuju dengan pendapat Dr Regenstein bahawa kita perlu menerima perbezaan antara kita.Contohnya di malaysia ni.kita nak semua orang respek makanan halal kita.memang nahaslah kalau ah chong hidang babi panggang depan ali,maka keluarlah ayat macam,"kau memang nak cemarkan kesucian islam he..carik pasal betul!!!"

Tapi Ali tak pernah memahami samy dengan menghidangkan beliau sate daging lembu masa rumah terbuka aidil fitri.MAka,menghormatilah untuk dihormati.

Sekian untuk ulasan part 2.Aku nak pindah NILAM COURT kejap lagi.Chowww

2 comments:

Anonymous said...

I will not acquiesce in on it. I regard as nice post. Specially the title-deed attracted me to review the whole story.

Anonymous said...

Good fill someone in on and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja