Monday, June 01, 2009

Susan boyle

don't judge an entry by its title...ok..lupakan susan boyle yang dapat nombor dua

Tajuk sebenar entri ini adalah:

Perkara yang saya rasa mengganggu ketika membaca blog orang
(The most annoying things when i read others' blogs)

(yerkss.gila perasan bagus..nantikanlah entri di blog-blog lain yang PERKARA YANG SAYA BENCI KETIKA MEMBACA BLOG SAYERBEST..ahaks..)

1.menulis ayat tanpa perenggan

sila kasihani guru Bahasa melayu anda semasa di sekolah rendah.Beliau teramat komitmen dalam mengajar anda membuat perenggan satu-satu.tak perlu la skema sangat nak ada space kat depan bagai,juz nice untuk orang membaca satu-persatu isi dan idea dalam entry anda itu.Memudahkan bukan

2.Blog yang penuh dengan copy paste sana-sini

Entry giler macam bagus penuh ilmiah,tapi semua copy paste saja.Tak kisah kalau ada copy paste sana-sikit sikit-sikit.atau pun copy-paste,kemudian buat ulasan sendiri,atau untuk kurang 10% dari keseluruhan entry.Tapi kalau semua entry dah cilok dari source lain-copy paste satu-satu,apa guna buat blog sendiri,ye tak??

3.Unstoppable loud MP3 player

Oh..dulu aku pernah letak MP3 player di blog aku.DAn aku rasa ia mengganggu,jadi aku remove.Sekarang bile baca blog orang,aku rasa terganggu apatah lagi jika aku membaca di perpustakaan USIM.giler arr sekali lagu revolusi keluar dalam library.kalau boleh stop takpe,it's OK,tapi aku paling kurang gemar membaca blog-blog yang dipenuhi MP3 player yang tiada butang STOP/PAUSE

Saranan MP3 player yang boleh dipause/stop:
IMEEM dan My Flash Fetish

4.Entri macam budak tak pernah belajar tatabahasa

Sambungan #1 tadi.Kau mungkin rasa cute menulis ayat SePeRti InI-SeLAng SelI HuRuF BeSaR daN kEciL di SePAnJang entri-SePanJAng Blog-MaCam BuDaK SekOlAh TAdIka-
Maaf,aku tak rasa ia comel langsung,malah amat comot dan memeningkan.Apatah lagi anda menulis perenggan pertama kaler merah,perenggan kedua kaler biru dan seterusnya sehingga habis 7 warna pelangi.rajin bebenor???

Aku harap semoga penulis-penulis blog yang meminati gaya penulisan di atas tidak marah kepada aku..Jangan bimbang,aku akan terus membaca blog kalian cuma kekerapan itu agak kurang(ceh macam la orang hadap sangat nak kau bukak blog diorang kannn)

Yang benar:
Blogger tulis blog tak best tapi laser kutuk blog orang sana sini



sembahsembahsembah

1 comment:

MZ said...

pergh. memang setuju semuanya.
annoying kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja