Wednesday, June 24, 2009

Jengkelism could ruin your social life

Masih dalam mood riang ria bergembira sambil melupakan masalah kampus,apatah lagi masalah politik negara.Setelah bersuka ria berkaraoke selama sejam di summit,keluar masuk kedai baju dan aksesori-tapi last-last beli bag jalur-jalur sama ngan tiqah-juga membelek-belek selendang dan tudung ekin-dan makan di restoran MK yang nampak ekslusif...

HAri yang best,tapi malas nak menulis tentang itu kerana takde gambar-sila layari blog ini untuk keterangan lanjut,juga merambangkan mata melihat gadis-gadis cun yang boleh dibuat calon isteri atau menantu------->blog payied

Summit masih best seperti biasa bagi seorang shopaholic,tapi di mana-mana masih ada benda yang jengkel.Ada aku ngan ainun tengah hot story pasal laki hensem partner tak cun vs laki tak hensem awek cun gila,jap lagi sekumpulan mamat penyibuk menyampuk,"mana yang cun,mana satu,mana-mana???".Banyak la ko punya cun

Eh..cakap pasal jengkel teringat aku semalam YM dengan sorang kawan aku,bercerita mengenai perangai jengkel seorang kenalan aku,cehs asal ym,gosip ngumpat,gosip ngumpat,macam kan takde keja lain.SILA KESALI

tapi,terima la hakikat di sekeliling kita,banyak benda,peristiwa dan manusia yang agak menjengkelkan.Juga kadangkala diri kita sendiri boleh menjadi menjengkelkan.

Kriteria bagi benda-benda jengkel pada aku adalah:
~Pretend to be good,but it nonsense actually~
~Buat-buat tak tahu bila orang puji,tapi tiba-tiba pop out your so called statement berlagak
~kau kutuk orang punya kerja kaw-kaw,padahal kau tak tau buat pun

BAnyak kriteria lagi
nampak sangat busuk hati(pantun dua kerat)

Kriteria nombor 1,biasanya dikaitkan dengan peristiwa.Ala...selalu kalau kat sekolah-sekolah agama berasrama selalu je masa orientasi.Senior-senior akan panggil junior,suruh tutup lampu,tutup mata,pegang tangan kawan sebelah sambil berzikirPastu bagi arahan
"Korang jangan lepas tangan walau apa pun terjadi,ini ibarat ukhwah antara kita"

Ok la,aku tutup mata.Pastu buat sketsa sedih pasal anak derhaka la,macam kan takde cerita lain.Gua gelap no hal,tutup mata jela.PAstu skrip mesti andaikan mak korang di tempat kejadian.PAstu part mak tu kena sepak terajang,ada la sorang dua terpa "mak" tu.PAstu yang terpa mak kena marah,yang stay kena marah.Ceh,arahan suruh stay la,ukhwah la.Pasal apa aku nak terpa "mak" tu,bukan mak aku pun...

Lagi satu taktik lebih kurang.Dorang suruh lukis gambar parents kau.PAstu wat lakonan"andaikan mak bapak korang kena serang penjenayah,kertas yang kau lukis tu je yang boleh buat senjata".Aku wat bodo je la tengok dorang teriak-teriak berlakon,JAp lagi kena marah,alahai...bukan mak aku betul pun.LAgipun apa kejadah kertas buat senjata.Yang baling kertas kat "penjahat" pun kena marah,alasan tak sayang baling-baling gambar parents.Setakat gambar orang lidi lukisan budak form 1 pun boleh buat bahan kan.Apa kes??

TU peristiwa menjengkelkan,ni orang menjengkelkan
COntoh kau puji orang,"Eh kiah,lawa rambut kau,lebat dan licin pulak tu,kalah model iklan syampu
Kiah:Eh yeke rambut aku lawa,aku tak tau pulak selama ni
AKu:ye,lawa(start lain macam)
Kiah:Oh,aku pakai syampu jenama kedai AH tong,syampu 3 kali sehari,selepas makan.

WTH,ada aku tanya ko buat apa sampai rambut kau lawa.Konon la kau tak perasan selama ni rambut kau lawa,tapi tiba-tiba ada lak petua.Ala,aku puji pun bukan apa.Aku nampak kau punya biskut tiger nampak sedap,mana la tau nak bagi sekeping dua.Ceh,aku pulak menjengkelkan.hahaha.

Bagi kategori kutukan pulak,
Ok,no hal kau nak mengutuk,menghina dan mencaci,tapi berpada-padalah.
Ni aku bagi satu contoh:
Ada sorang mamat kena buat video korporat.Ok,hasil biasa-biasa je la kan.tak la cun macam CV KFC ke,Gardenia ke.Cuma lari tema je sebab banyak fokus pasal mamak As-salam,padahal dia nak promote pasal rempah kari baba's.
Tiba-tiba segerombolan satu meeting room kutuk dia
"ceh,ko ni reti buat ke tidak"
"kureng la,buat penat mak ko anto ngaji tinggi-tinggi,macam ni je hasilnya"

eleh..mengutuk macam la kau reti buat.Try buat tengok.dari mengutuk,baik ko sugest untuk improvement.Ni satu hal dengan pak-cik pak cik kat kedai kopi tepi jalan.Borak kutuk PM macam la kau bagus,sikit punya berkobar-kobar.ingat jadi PM tu kerja dia sama ke ngan ketua pengawas.CUba bertimbangrasa sikit.

eh,aku pun pernah buat jengkel kat Faz la camni.sila rujuk entri ini dan komennya.sory faz.

Akhir kalam,majukanlah jengkel untuk kemunduran negara.

4 comments:

star_dust said...

hidup jengkel untuk negara!!...haha
nyway, aku rase org lidi tu tahap tadika la wana...form1 dah ade isi sikit lidi tu...cam lidi ball kat pasar tu...hehe...ape aku merepek ni....tp xpe...yg penting aku ske gak merepek....marilah menjengkel!!!...hehe...=P

Sayer Best said...

hohoho...macam satay pun ada jugak kot..de daging2 sikit..

Insan Kecil said...

wana, teringat la kenangan masa form 1 tu..mainkan emosi kita je.. lagi satu yg menjengkelkan senior minta mcm2 nak dpt kan sign diorang..ei..!

Sayer Best said...

tulah,eleh ingat siti nurhaliza ke nak mintak sign.sedangkan siti pun aku tak teruja nak mintak sign,apatah lagi dorang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers-Yang ikhlas sahaja